Woods terus hampa buru kejuaraan buru

Woods terus hampa buru kejuaraan buru

Woods terus hampa buru kejuaraan buru

SHEBOYGAN, Wisconsin – Kejohanan major terakhir Tiger Woods musim ini, berakhir dengan cukup mengecewakan kelmarin, sekali gus meneruskan musim hambar pemain No. 1 dunia itu.

“Sudah pasti ia mengecewakan. Untuk mencatat musim gemilang, sudah tentu anda harus memenangi kejohanan major.

“Saya menang empat kejuaraan tahun lalu, ia musim yang hebat, tetapi tidak pada tahun ini,” katanya.

Woods, yang masih memburu kejuaraan musim ini, mencatat satu di atas par 73 pada hari keempat Kejuaraan PGA Ke-92.

Pemenang empat Kejuaraan PGA, Woods pantas mencatat tiga birdie pada empat lubang pertama, namun kemudiannya pukulan tee pemain itu tidak menjadi.

“Saya tidak terlepas walau satu pukulan pada empat lubang pertama. Namun kemudiannya pukulan saya amat teruk,” kata Woods.

Woods beraksi pada kejohanan major terakhir musim ini, dengan permainan buruk dan tanpa sebarang kejuaraan grand slam dalam tempoh dua tahun.

Kemenangan terakhirnya ialah di Australia pada November, dua minggu sebelum skandal seks kehidupan peribadinya didedahkan, sehingga menjejaskan rumahtangganya.

Permainan Woods pada pusingan kelmarin merangkumi empat birdie, tiga bogey dan bogey berganda.

“Tahun depan saya menetapkan kejuaraan untuk kejohanan major yang berbeza, kecuali di Augusta, tetapi saya masih banyak masa,” katanya.

Seminggu lalu, dia mencatat prestasi terburuk dalam kariernya, apabila mencatat 18 di atas par pada kejohanan Jemputan Bridgestone Kejuaraan Golf Dunia.

Woods bukanlah salah seorang daripada lapan pemain yang layak untuk kejohanan Piala Ryder Amerika Syarikat, kelmarin.

Tiger Woods, Tiger Woods kini, Tiger Woods terkini, Tiger Woods terbaru, Tiger Woods baru, Tiger Tiger Woods skandal, gambar Tiger Woods, foto Tiger Woods, video Tiger Woods, biodata Tiger Woods, biografi Tiger Woods, sejarah Tiger Woods, web Tiger Woods, berita terkini, berita terbaru, berita penting, berita dunia, berita asia