Woods naik pesawat bersama isteri

Woods naik pesawat bersama isteri

Woods naik pesawat bersama isteri

MIAMI – Selepas muncul buat julung kali pada sidang akhbar Jumaat lalu, bintang golf No.1 dunia, Tiger Woods sekali lagi menghadiri sesi pemulihan bagi merawat ketagihan seksnya pada minggu ini, lapor sebuah akhbar semalam.

Dia dilihat menaiki sebuah pesawat bersama isterinya, Elin Nordegren untuk menuju ke sebuah klinik di Mississippi.

Pada Jumaat lalu, Woods membuat pengakuan terbuka mengenai skandal seksnya dan memohon maaf di atas kecurangan itu.

Menurut akhbar itu, kenyataan yang dibuat Woods pada sidang akhbar tersebut di Florida juga dilakukan atas arahan Elin, 30, sebagai sebahagian daripada proses pemulihan dan bagi mendapatkan semula kepercayaan isterinya.

Woods, 34, kemudian bermain tenis bersama-sama Elin.

Dia dilaporkan pada Sabtu lalu memandu kereta berasingan sebelum menaiki sebuah pesawat yang sama untuk menemani Woods menjalani rawatan ketagihan seks itu.

Pasangan itu langsung tidak pernah bercakap antara satu sama lain sejak skandal Woods terbongkar pada November tahun lalu.

Seorang rakan Elin berkata, sidang akhbar Jumaat lalu sebagai berhasil dan ia dibuat khusus untuk Elin.

“Dia (Elin) berasa kasihan dan tidak mahu lelaki itu menjalani sesi berseorangan namun tidak timbul isu mereka akan kembali bersama kerana Woods masih perlu banyak memperbaiki hubungan,” katanya.

Woods naik, Woods naik berita, Woods naik kini, Woods naik dunia, Woods naik asia, Woods naik malaysia, Woods naik melayu, Woods naik indon, Woods naik indonesia, Woods naik kl, Woods naik foto, Woods naik gambar, Woods naik terkini, Woods naik web, Woods naik harian, Woods naik baru, Woods naik bf1, berita bf1, berita bf1, berita kini, berita kini, berita malaysia, berita indon, berita indonesia, berita dunia, berita harian, berita majalah, berita baru, berita asia, berita artis, berita hiburan, berita kawan, berita politik,teknologi,ekonomi