Woods dibaling hot dog

Woods dibaling hot dog

SAN MARTIN – Musim 2011 Tiger Woods terus dirundung malang apabila seorang peminat mencampakkan hot dog ke arahnya ketika pusingan akhir Terbuka Frys.com di Corde Valle, kelmarin.

Ketika insiden itu, Woods yang sedang bersiap sedia untuk meneruskan permainan pada lubang ke-16, tiba-tiba dikejutkan dengan tindakan seorang lelaki yang berada di kalangan penonton apabila membaling hot dog ke arah Woods.

Menyedari kejadian itu, Woods berundur daripada membuat pukulan. Lelaki terbabit menyerah diri kepada kakitangan keselamatan dan polis.

Pihak berkuasa tidak mendedahkan identiti lelaki tersebut, namun menyatakan dia berada dalam keadaan mabuk dan ditahan untuk membantu siasatan.

“Apabila saya melihat ke atas, hot dog melayang ke arah saya.

“Lelaki itu agak jauh dari kedudukan saya. Dia bagaikan sengaja ingin ditahan kerana dia terus meniarap dan meletakkan tangannya ke belakang badan.

“Saya fikir dia ingin mahu masuk surat khabar dan saya pasti hajatnya tercapai,” kata Woods, pemenang 14 kejuaraan major.

Woods, dibaling, hot dog, SAN MARTIN, Musim, Tiger Woods, malang, seorang, peminat, mencampakkan, hot dog, pusingan, akhir, Terbuka, Corde Valle, Ketika, insiden, itu, bersiap, sedia, permainan,lubang, tindakan, seorang, kalangan, penonton, membaling, hot, dog, arah, major, mabuk, kakitangan, keselamatan, polis, berita kl, berita malaysia, Berita Malaysia dan Singapore, berita melayu, berita penting, berita politik, berita sains, berita sejarah, berita sukan, berita teknologi, berita terbaru, berita terkini, berita tv