Walcott masih ‘merajuk’

Walcott masih ‘merajuk’

LONDON – Bintang muda Arsenal, Theo Walcott seolah-olah masih ‘merajuk’ apabila mengakui dia tidak terlalu berharap untuk dipilih jurulatih England, Fabio Capello bagi memperkuatkan skuad itu pada pusingan akhir Euro 2012 di Poland dan Ukraine tahun depan.

Meskipun Capello kehilangan khidmat Wayne Rooney bagi aksi pembukaan gara-gara kad merah, Walcott tidak merasakan dia mempunyai kelebihan terutamanya masih kecewa apabila dipinggirkan ketika Piala Dunia 2010 di Afrika Selatan.

Malah, prestasi tidak menentu skuad The Gunners dalam aksi Liga Perdana England ketika ini juga menyebabkan Walcott kurang yakin akan terpilih.

Arsenal ketika ini hanya memenangi dua daripada tujuh perlawanan mereka musim ini dan akan melayan kunjungan Sunderland di The Emirates, Isnin depan. “Kita sepatutnya sudah sedia maklum, dia (Capello) hanya memilih pemain yang berada di prestasi yang terbaik.

“Ketika ini, saya hanya mahu menumpukan sepenuh perhatian bagi membantu kelab saya,” katanya. Malah, Walcott juga gembira apabila England menempah slot walaupun dicemari dengan insiden Rooney.

“Memang emosi agak bercampur-baur ketika ini, tetapi ia tetap mengembirakan apabila berjaya layak dan mencatat keputusan seri walaupun mendahului pada satu ketika.

“Yang penting ialah kami berjaya layak, semudah itu. “Apabila layak, sudah tentu ramai beranggapan pemain seperti saya, Ashley (Young) dan Stewie (Downing) harus diberikan peluang untuk memperkasakan pasukan.

“Jika dipilih saya berbesar hati tetapi keutamaan saya sekarang adalah Arsenal,” katanya.

Walcott, masih, merajuk, LONDON, Bintang, muda, Arsenal, Theo Walcott, masih, mengakui, terlalu, berharap, dipilih, jurulatih, England, Fabio Capello, memperkuatkan, skuad, pusingan, akhir, Euro, Poland, Ukraine, tahun, depan, Wayne Rooney, kad merah, kelebihan, masih, kecewa, Piala Dunia, Afrika Selatan, prestasi, menentu, skuad, The Gunners, aksi, Liga Perdana England, Walcott, Sunderland, The Emirates, berita sukan, berita bolasepak, berita atlet, berita gambar, barita foto