Villa mara ke perlawanan akhir Piala Liga

Villa mara ke perlawanan akhir Piala Liga

Villa mara ke perlawanan akhir Piala Liga

BIRMINGHAM – Pengurus Aston Villa, Martin O’Neill menganggap pasukannya telah matang selepas menempah perlawanan akhir Piala Liga dengan mengalahkan Blackburn Rovers 6-4 pada pertemuan kedua separuh akhir, kelmarin.

Kemenangan di Villa Park itu menyaksikan skuad O’Neill mencatat kemenangan agregat 7-4 dan akan menjamin kelab Midlands itu untuk beraksi buat pertama kali dalam saingan akhir di Wembley selepas sedekad.

Lawan mereka dalam saingan akhir nanti adalah di antara pemenang Manchester City atau Manchester United.

Blackburn pula menimpa nasib malang sepanjang perlawanan setelah ketinggalan 0-1 pada pertemuan pertama mereka memperoleh jaringan dari pemain dari Croatia, Nikola Kalinic pada minit ke-10.

Villa kemudian kembali melakukan serangan menerusi bekas pemain Rovers, Stephen Warnock dan memperoleh sepakan penalti yang disempurnakan James Milner dan jaringan ke gawang sendiri oleh Steven Nzonzi.

Gabriel Agbonlahor kemudian menolak masuk hantaran Milner sebelum Emile Heskey muncul penjaring dengan menjadikan kedudukan 5-2 untuk Villa.

Bagaimanapun, Rovers enggan mengalah dan memperoleh jaringan ketiga menerusi tendangan jauh oleh Martin Olsson.

Pemain Australia, Brett Emerton juga berjaya mencatat nama sebagai penjaring enam minit sebelum perlawanan tamat sebelum Ashley Young melebarkan jurang buat Villa melalui jaringan di minit akhir.

Pasukan bimbingan O’Neill itu mendapat pujian kerana mempersembahkan permainan menarik musim ini tetapi apa yang membanggakannya adalah karakter setiap pemain yang ditunjukkan ketika menentang pemain Rovers yang bersemangat tinggi.

“Masih ada dua perlawanan (sebelum ke saingan akhir) untuk dilalui dan saya rasa kami memang berhak untuk ke Wembley.

“Saya juga seronok dengan pemain-pemain. Mereka mempersembahkan permainan yang berkarakter untuk mengatasi dua gol awal itu,” katanya.

Villa mara berita,Villa mara istri, Villa mara poster, Villa mara terkini, Villa mara foto, Villa mara foto, Villa mara foto, Villa mara video, Villa mara ayunan, Villa mara turnamen, Villa mara master, Villa mara dukungan, Villa mara hangat, Villa mara privasi, Villa mara yayasan, Villa mara informasi, Villa mara info,  Villa mara harian, Villa mara poster, Villa mara jadwal, Villa mara latar belakang, Villa mara video, Villa mara film, Villa mara tanda tangan, Villa mara wallpaper, Villa mara biografi, Villa mara blog, John Edward susia, Villa mara profil,Villa mara foto, Villa mara berat, Villa mara wallpaper,foto, gambar, terkini, web, Dolaran, baru, berita lain-lain, dunia, sukan, sains,teknologi, ekonomi