Van Persie sandaran Arsenal

Van Persie sandaran Arsenal

LONDON – Penyerang Belanda, Robin van Persie menjadi watak penting yang membantu Arsenal bangkit daripada permulaan yang hambar dalam kempen musim ini.

Kini, van Persie sekali lagi menjadi sandaran skuad The Gunners untuk meneruskan rentak cemerlang dalam saingan Liga Juara-Juara menentang Olympiakos di Stadium Emirates awal pagi esok.

Van Persie yang dilantik sebagai kapten Arsenal selepas Cesc Fabregas berpindah ke Barcelona, meledakkan dua gol ketika menang 3-0 ke atas Bol- ton Wanderers, Sabtu lalu.

Kemenangan itu turut membantu Arsenal memulihkan reputasinya selepas mencatat permulaan terburuk dalam kempen Liga Perdana England musim ini.

Meskipun masih banyak yang perlu dilakukan sebelum kembali ke kedudukan sebenar, kemenangan ke atas kelab Greece ini akan memulihkan semula rekod buruk Arsenal di England.

Untuk rekod, Olympiakos tewas kesemua sembilan perlawanan di tempat lawan ketika menentang kelab England dalam kempen Eropah, memboloskan 29 gol dan hanya menjaringkan satu gol.

Rekod tersebut memberi sedikit kelegaan kepada Arsenal yang cuba bangkit daripada permulaan yang hambar sele- pas seri di Dortmund dua minggu lalu.

Van Persie, 28, telah meledakkan lima gol musim ini dan pengurus Arsenal, Arsene Wenger yakin penyerang Belanda yang dilaporkan tidak mahu terburu-buru untuk menyambung kontrak selepas tahun 2013 itu semakin matang untuk mengetuai pasukan tersebut sama ada sebagai penjaring gol dan motivasi.

“Robin (van Persie) semakin matang berbanding seorang pemain muda yang penuh emosi ketika dia mula-mula menyertai kelab ini,” kata Wenger.

“Sukar untuk menjangkakan tetapi dia sangat bijak, dia menyuarakan pendapat dan kamu boleh bercakap dengannya. Dia menerima nasihat dan secara keseluruhan, dia meningkat dengan baik.

“Saya rasa, dia memiliki kombinasi sebagai seorang pemimpin di tengah padang. Secara teknikalnya, dia sangat hebat dan dihormati rakan sepasukan yang lain.

“Kini, dia memasuki fasa kedua iaitu menyuarakan pendapat.”

Van, Persie, sandaran, Arsenal, LONDON, Penyerang, Belanda, Robin van Persie, watak, penting, membantu, Arsenal, bangkit, permulaan, hambar, kempen, musim, Olympiakos, Stadium, Emirates, awal, pagi, esok, ini, Berita Asia, berita baru, berita dunia, berita harian, berita hiburan, berita indon, berita indonesia, berita kawan, berita kini, berita majalah, berita malaysia, berita politik, Van Persie, Van Persie asia, Van Persie baru, Van Persie berita, Van Persie bf1, Van Persie dunia, Van Persie ekonomi, Van Persie foto, Van Persie gambar, Van Persie indon, Van Persie indonesia, Van Persie kini, Van Persie kl, Van Persie malaysia, Van Persie melayu, Van Persie terkini, Van Persie web, teknologi Van Persie