Van der Vaart tekad guna pengalaman bantu Spurs

Van der Vaart tekad guna pengalaman bantu Spurs

Van der Vaart tekad guna pengalaman bantu Spurs

LONDON: Pemain Tottenham Hotspur, Rafael van der Vaart berazam menggunakan pengalaman luasnya dalam Liga Juara-Juara untuk meraih kemenangan pertama dalam Kumpulan A, hari ini.

Pemain tengah antarabangsa Belanda itu dijangka memainkan peranan penting menentang juara Belanda, FC Twente di White Hart Lane, dengan pengurus Spurs, Harry Redknapp mahu menekankan kepada serangan ketika dia berdepan masalah kecederaan di bahagian pertahanan.

“Saya memiliki banyak pengalaman dalam Liga Juara-Juara,” kata Van der Vaart.

“Saya bermain dengan Ajax dalam Liga Juara-Juara, Hamburg dan Madrid. Saya berharap dapat membantu pasukan dan saya pasti mampu melakukannya.”

Pemain 27 tahun itu membuat penampilan positif dalam empat kemunculan selepas berhijrah dari Real Madrid sejurus sebelum tirai perpindahan ditutup.

Permainan Van der Vaart mirip gaya perancang Spurs dari Croatia, Luka Modric tetapi dia merasakan mereka berdua boleh bermain dalam pasukan sama.

“Dia pemain hebat,” kata Van der Vaart.
“Saya sentiasa bermain dengan pemain bagus. Dia bermain sedikit mirip gaya Belanda, dengan teknik bagus, dia laju dan mampu menyesuaikan diri dengan baik.”

Van der Vaart, Van der Vaart kini, Van der Vaart terkini, Van der Vaart terbaru, Van der Vaart baru, Van der Vaart skandal, gambar Van der Vaart, foto Van der Vaart, video Van der Vaart, biografi Van der Vaart, sejarah Van der Vaart, web Van der Vaart, berita terkini, berita terbaru, berita penting, berita dunia, berita asia