Van der Vaart curi tumpuan

Van der Vaart curi tumpuan

Van der Vaart curi tumpuan

LONDON – Penyerang Tottenham Hotspur, Rafael van der Vaart melalui saat suka dan duka pada aksi Liga Juara-Juara menentang FC Twente di White Hart Lane awal pagi semalam.

Selepas gagal menyempurnakan sepakan penalti pada minit ke-41, van der Vaart kembali menebus kesilapannya itu apabila berjaya membuka tirai jari- ngan Spurs dua minit sebaik babak kedua bermula.

Nasib malang menimpa van der Vaart apabila dia diarahkan keluar padang se- lepas menerima kad kuning kedua pada minit ke-61.

Namun, percaturan dilakukan pengurus Spurs, Harry Redknapp yang menyenaraikan Roman Pavlyuchenko dalam kesebelasan utama Spurs ternyata membuahkan hasil.

Sebelum van der Vaart dibuang padang, penyerang antarabangsa Rusia itu meledak gol kedua tuan rumah hasil sepakan penalti pada minit ke-50.

Begitupun, Nacer Chadli berjaya merapatkan jurang buat FC Twente apabila menjaringkan gol pada minit ke- 56.

Pavlyuchenko merekodkan gol kedua peribadinya apabila tampil menyempurnakan sepakan pada minit ke-64 .

Beraksi dengan 10 pemain ternyata tidak menjejaskan rentak anak-anak buah Redknapp apabila Gareth Bale melengkap hari gemilang Spurs selepas menyumbangkan gol keempat pada minit ke-85.

“Kami menurunkan pasukan yang lebih terbuka pada perlawanan kali ini kerana kami sedar FC Twente pasti akan beraksi dengan corak permainan serangan balas.

“Tetapi kami tetap berjaya menjaringkan empat gol dan keputusan yang kami catatkan dalam perlawanan hari ini (awal pagi semalam) sungguh menakjubkan.

“Kemenangan ini sebenarnya adalah disebabkan memilih pasukan yang terbaik untuk diturunkan bagi menghadapi lawan seperti FC Twente dan ternyata saya memilih pasukan yang tepat,” jelas Redknapp.

Sementara itu, jurulatih FC Twente, Michel Preud meluahkan kekecewaannya mengenai sepakan penalti yang diberikan pengadil kepada Spurs dalam perlawanan tersebut.

“Jika kamu memberikan penalti kepada satu pihak disebabkan ada pemain yang menahan bola dengan mengguna- kan tangan, kamu juga perlu melakukan perkara yang sama kepada satu lagi pihak.

“Mungkin Spurs berjaya menjaringkan gol setiap kali mereka mempunyai peluang yang terhidang untuk berbuat demikian tetapi sebaliknya yang terjadi kepada kami,” kata Preud.

Van der Vaart, Van der Vaart kini, Van der Vaart terkini, Van der Vaart terbaru, Van der Vaart baru, Van der Vaart skandal, gambar Van der Vaart, foto Van der Vaart, video Van der Vaart, biografi Van der Vaart, sejarah Van der Vaart, web Van der Vaart, berita terkini, berita terbaru, berita penting, berita dunia, berita asia