United waspada jerat West Ham


United waspada jerat West Ham

LONDON – Manchester United tidak mahu lagi mengulangi kesilapan ketika menentang West Ham pada aksi Liga Perdana England malam esok.

Pada aksi Piala Liga sebelum ini, United dimalukan dengan kekalahan 0-4 kepada West Ham yang kini menghuni tangga ke-17 liga.

Namun, setelah tewas pada aksi di Upton Park itu ketika menurunkan barisan simpanan, pengurus United, Alex Ferguson sekali lagi berdepan tugas sukar apabila menghadapi krisis di posisi pertahanan.

Rio Ferdinand, John O’Shea, Jonny Evans dan Rafael da Silva, kesemuanya terpaksa diketepikan akibat kecederaan.

Bagaimanapun, rehat dua minggu sempena aksi kelayakan Euro 2012 dan perlawanan persahabatan antarabangsa, memberi sedikit kelegaan buat Ferguson apabila ketua pasukan, Nemanja Vidic akan kembali memperkukuh benteng pertahanan.

“Ia satu tempoh yang buruk buat kami. Ia lebih sukar berban- ding apa yang berlaku pada tahun 1999. Ketika itu, kami tidak mengalami masalah kecederaan seteruk ini.

“Memang keghairahan dan semangat pasukan cukup tinggi ketika ini tetapi kami mengalami masalah kerana terlalu ramai pemain pertahanan yang masih cedera,” kata Ferguson.

Pada 1999, United turut dilanda masalah kecederaan tetapi tetap mampu merangkul kejuaraan treble dengan memenangi Liga Perdana England, Liga Juara-Juara dan Piala FA.

United kini masih berada di tangga teratas liga dengan mengumpul 63 mata, lima mata mengatasi pencabar terdekatnya, Arsenal yang kurang satu perla- wanan.

Namun, United hanya berjaya memenangi empat daripada 15 perlawanan di tempat lawan yang mereka harungi musim ini.

Bagaimanapun, rekod pertemuan liga musim lalu menjadi bekalan United yang berjaya menumbangkan West Ham 4-0 pada aksi di Upton Park.

united, united berita, united kini, united dunia, united asia, united malaysia, united melayu, united indon, united indonesia, united kl, united foto, united gambar, united bf1, berita dunia, berita majalah, berita baru, berita asia, berita artis, berita hiburan, berita kawan, berita politik, berita-berita, beritakini, beritadunia, beridaasia, beritamalaysia, beritamelayu, beritaindon, beritaindonesia, beritakl, beritafoto, beritagambar, beritaterkini, beritaweb, beritaharian, beritabaru, beritabf1, beritatv, berita8, beritagay, beritapenting, beritabulan, beritakasa, beritaawas, berita2, beritascander, beritajalan, beritamaju, beritasukan, berita kini, berita dunia, berita asia, berita malaysia, berita melayu, berita indon, berita indonesia, berita kl, berita foto, berita gambar, berita terkini, berita web, berita harian, berita baru, berita bf1, berita tv, berita 8, berita gay, berita penting, berita bulan, berita kasa, berita awas, berita scander, berita jalan, berita maju, berita sukan, berita, kini, dunia, asia, malaysia, melayu, indon, indonesia, kl, foto, gambar, terkini, web, harian, baru, bf1