United sudah bosan dengan Berbatov

United sudah bosan dengan Berbatov

United sudah bosan dengan Berbatov

LONDON – Manchester United dilaporkan telah berputus asa dengan Dimitar Berbatov dan bersedia melepaskannya pada hujung musim ini.

Penyerang Bulgaria itu bergelut untuk memberi impak kepada United sejak perpindahannya dari Tottenham Hotspur dengan harga £30.75 juta (RM153 juta) pada September 2008.

Prestasinya ketika kekalahan United kepada Chelsea dan keputusan seri tanpa jaringan dengan Blackburn Ahad lepas sudah mula mencetuskan kemarahan peminat The Red Devils.

Pengurusnya, Alex Ferguson juga sudah mula hilang keyakinan ke atas pemain termahal kelab Old Trafford tersebut.

Ferguson memutuskan untuk mempertaruhkan Wayne Rooney yang saparuh cergas ketika menen- tang Bayern Munich dalam aksi suku akhir kedua Liga Juara- Juara daripada menurunkan Berbatov.

Penyerang itu bagaimanapun beraksi pada aksi menentang Chelsea, namun ia adalah penampilan penuh pertamanya buat United ketika berdepan empat pencabar utama musim ini.

Strategi Ferguson yang hanya menggunakan seorang penyerang sahaja dalam kempen Eropah menjadi alasan kepada punca Berbatov kurang diturunkan.

Begitupun, dua aksi terakhir United membuktikan bahawa kemampuannya boleh dipersoalkan sekira- nya dia diturunkan.

Berbatov, 29, juga menerima kritikan peminat Bulgaria di atas prestasi hambarnya bersama skuad kebangsaan.

Dengan peluang The Red Devils merangkul kejuaraan musim ini dilihat semakin tipis, Ferguson sudah pasti membuat perancangan baru bagi musim depan.

Pemain pilihannya setahun yang lalu, Karim Benzema, kembali dalam perhatiannya musim panas ini selepas penyerang Perancis itu gagal mendapat tempat dalam skuad Real Madrid.

Ferguson mungkin boleh mendapatkan khidmat Benzema dengan harga yang pernah ditawarkan dahulu £25 juta (RM124 juta) sebelum menaikkan jumlah tersebut kepada £35 juta (RM174 juta).

United, United kini, United terkini, United terbaru, United baru, United skandal, gambar United, foto United, video United, biodata United, biografi United, sejarah United, web United, berita terkini, berita terbaru, berita penting, berita dunia, berita asia, berita malaysia, berita melayu, berita indon, berita indonesia, berita kl, berita tv, berita Unitedan, berita gay, berita artis, berita hiburan, berita sukan, berita ekonomi, berita sains, berita teknologi, berita kesihatan, berita sejarah, berita politik, berita bf1, dunia, asia, malaysia, melayu, indon, indonesia, foto, gambar, terkini, web, Unitedan, baru, macam-macam, Bf-1,United, sudah, bosan, dengan, Berbatov