United sedia lepas Berbatov

United sedia lepas Berbatov

LONDON – Penderitaan Dimitar Berbatov di Old Trafford bakal berakhir apabila pengurus Manchester United, Alex Ferguson sedia melepaskannya ke kelab Paris Saint-Germain (PSG).

Kelab Perancis itu dilapor mula menaruh minat terhadap Berbatov sejak musim panas lalu dan telah membuat tawaran dengan United minggu lalu.

“Ya, itu mungkin,” jelas Ferguson ketika diajukan soalan berhubung perpindahan Berbatov ke Perancis.

Sekiranya perpindahan itu berlaku, The Red Devils dijangka menerima bayaran £20 juta (RM96 juta).

Jumlah tersebut kurang £10 juta (RM48 juta) ketika United membayar kepada Tottenham Hotspur bagi mengikat Berbatov pada 2008.

Selepas mengharungi dua musim pertama yang sukar di Old Trafford, Berbatov tampil sebagai penjaring terbanyak Liga Perdana England musim lalu bersama penyerang Manchester City, Carlos Tevez dengan 20 gol.

Namun kehadiran bintang muda Mexico, Javier Hernandez sedikit sebanyak telah membayangi kelibat Berbatov.

Situasi itu menyebabkan Berbatov tidak beraksi dalam beberapa perlawanan penting termasuk aksi final Liga Juara-Juara menentang Barcelona di Stadium Wembley pada Mei lalu.

Perpindahannya juga memberi petanda United bakal mengakhiri penantian untuk mengikat perancang Inter Milan, Wesley Sneijder.

United sedia, United sedia berita, United sedia kini, United sedia dunia, United sedia foto, United sedia gambar, United sedia bf1, berita dunia, berita majalah, berita baru, berita asia, berita artis, berita hiburan, berita kawan, berita politik, berita-berita, beritakini, beritadunia, beridaasia, beritamalaysia, beritamelayu, beritaindon, beritaindonesia, beritakl, beritafoto, beritagambar, beritaterkini, beritaweb, beritaharian, sukan, kosmo, berbatov, united, dalam, online, sedia, lepas, united sedia, sedia lepas, lepas berbatov, infiniti, artikel, kepala, kosmo online, hukum, fizik, hukum fizik, fizik dalam, animasi, dalam animasi, teknologi, animasi teknologi, online sukan, infiniti hukum