United bayar harga tinggi

United bayar harga tinggi

MANCHESTER – Meskipun berjaya menewaskan Chelsea 3-1 dalam aksi saingan Liga Perdana England kelmarin, Manchester United terpaksa membayar kemenangan tersebut dengan harga yang tinggi.

Ini kerana, penyerang, Javier Hernandez berkemungkinan terpaksa diketepikan untuk tempoh dua minggu ekoran mengalami kecederaan di bahagian kaki selepas dikasari tonggak pertahanan Chelsea, Ashley Cole.

Segala-galanya bermula apabila Cole melakukan terjahan keras terhadap Hernandez di kawasan kotak penalti pada minit ke-79 sehingga memaksa pengurus United, Alex Ferguson mengeluarkan penyerang antarabangsa Mexico itu daripada meneruskan perlawanan.

“Bagi saya, ia merupakan kekasaran mengejut yang dilakukan oleh Cole. Pengadil perlawanan berjaya mengesan kekasaran tersebut, tetapi apa yang saya pelik, dia tidak memberikan kami sepakan penalti.

“Kami perlu menunggu perkembangan terkini mengenai kecederaan yang dialami Hernandez itu. Apa yang pasti, dia tidak dapat beraksi untuk tempoh beberapa minggu,” jelas Ferguson.

Pada aksi yang berlangsung di Old Trafford itu, skuad The Red Devils tidak perlu menunggu lama untuk membuka tirai jaringan apabila Chris Smalling meledak gol pertama seawal minit kelapan.

Pemain sayap antarabangsa Portugal, Nani menambah derita Chelsea apabila menyumbat gol kedua buat United pada minit ke-37 sebelum Wayne Rooney meledak gol ketiga pada lewat babak pertama perlawanan.

Sebaik babak kedua bersambung, Chelsea memperoleh gol menerusi penyerang, Fernando Torres pada minit ke-46.

Bagaimanapun, Chelsea gagal menambah jaringan selepas gol tersebut sekalipun memiliki peluang terbaik menerusi Torres.

United, bayar, harga, tinggi, MANCHESTER, berjaya, menewaskan, Chelsea, aksi, Liga, Perdana, England, kelmarin, Manchester United, membayar, kemenangan, harga, tinggi, penyerang, Javier, Hernandez, tempoh, dua, minggu, mengalami, kecederaan, bahagian, kaki, selepas, tonggak, pertahanan, Chelsea, Ashley Cole, berita dunia, berita asia, berita sukan, berita terkini