Ulama Indonesia tuduh CIA

Ulama Indonesia tuduh CIA

mainpix

Ulama Indonesia tuduh CIA

Abu Bakar anggap perisik AS dalang siri serangan dua hotel

SOLO: Ulama dikenali ramai di Indonesia, Abu Bakar Bashir, menyalahkan Agensi Perisikan Pusat Amerika Syarikat (CIA) atas dua serangan bom di dua hotel mewah di Jakarta, 17 Julai lalu.

“Ia kerja CIA, sama seperti pengeboman Bali. CIA mengarahkan Mujahidin yang mahu melakukan jihad,” kata Abu Bakar yang mengetuai Jemaah Ashorut Tauhid, kumpulan payung bagi penyokong kumpulan berasaskan Islam yang mahu mengamalkan hukum Syariah.

Beliau keluar daripada Majlis Mujahidin Indonesia (MMI) yang diasaskannya dan dipengerusikan selama beberapa tahun selepas bergaduh dengan pemimpin lain kumpulan sebelum mengasaskan Anshorut Tauhid pada September 2008.

Dalam ulasan umum pertamanya selepas letupan Jumaat lalu di Hotel JW Marriott dan Ritz-Carlton di Jakarta, Abu Bakar berkata, CIA merancang untuk menambah kebencian terhadap Islam, menyebabkan guru agama Islam dan pelajar Islam diharamkan.

Pada masa sama, beliau berkata: “Saya bukan pakar pengebom, saya tidak tahu menahu mengenainya.”

Ulama itu juga mengulangi bahawa Jemaah Islamiah (JI) ? kumpulan yang mana pihak berkuasa berkata diketuainya dan juga rangkaian serantau dikaitkan al-Qaeda bertanggungjawab bagi serangan bom sejak beberapa tahun lalu, tidak wujud.

“Adalah salah mengatakan JI berpecah kepada dua kumpulan, pertama adalah kumpulan asal dan yang kedua menjadi Jemaah Ashorut Tauhid. Setahu saya, JI hanyalah kumpulan pelajar Islam di Mesir,” katanya.

Seperti juga pengeboman Bali pada 2002, Abu Bakar yakin bahawa rangkaian jihad di negara itu tidak mempunyai keupayaan untuk membuat bom canggih.

“Sehingga saat ini, pendapat saya ialah sesiapa percaya Mukhlas adalah seorang membuat bom Bali benar-benar bodoh. Bom Bali dibuat CIA,” katanya merujuk kepada seorang daripada tiga lelaki yang disabitkan sebagai dalang serangan bom Bali dan dihukum mati oleh skuad penembak.

Katanya, perkara sama berlaku kepada serangan Jumaat lalu. “Saya fikir bukan mudah untuk masuk dan keluar dari hotel dengan membawa bom, walaupun ia dibawa secara kecil-kecilan. Justeru, alasan saya ialah ia semestinya rancangan CIA untuk memburukkan Islam,” katanya.

Ulama,Ulama berita, Ulama kini, Ulama dunia, Ulama asia,Ulama malaysia, Ulama melayu, Ulama indon, Ulama indonesia, Ulama kl, Ulama foto, Ulama gambar, Ulama bf1, berita dunia, berita majalah, berita baru, berita asia, berita artis, berita hiburan, berita kawan, berita politik, berita-berita, beritakini, beritadunia, beridaasia, beritamalaysia, beritamelayu, beritaindon, beritaindonesia, beritakl, beritafoto, beritagambar, beritaterkini, beritaweb, beritaharian, beritabaru, beritabf1, beritatv, berita8, beritagay, beritapenting, beritabulan, beritakasa, beritaawas, berita2, beritascander, beritajalan, beritamaju, beritasukan, berita kini, berita dunia, berita asia, berita malaysia, berita melayu, berita indon, berita indonesia, berita kl, berita foto, berita gambar, berita terkini, berita web, berita harian, berita baru, berita bf1, berita tv, berita 8, berita gay, berita penting, berita bulan, berita kasa, berita awas, berita scander, berita jalan, berita maju, berita sukan, berita, kini, dunia, asia, malaysia, melayu, indon, indonesia, kl, foto, gambar, terkini, web, harian, baru, bf1