Tulisan teori epal Isaac Newton dipamerkan

Tulisan teori epal Isaac Newton dipamerkan

Tulisan teori epal Isaac Newton dipamerkan

LONDON 19 Jan. – Sebuah manuskrip abad ke-18 yang menceritakan kisah sebenar bagaimana Isaac Newton membangunkan teori graviti selepas melihat sebiji epal jatuh daripada sebatang pokok telah dipamerkan kepada orang ramai semalam buat julung kalinya.

Manuskrip yang merupakan sebahagian daripada biografi seorang saintis bernama William Stukeley itu telah disimpan di dalam arkib Kesatuan Diraja Britain namun kini telah disiarkan di Internet.

“Selepas makan malam, cuaca menjadi hangat, kami keluar ke taman dan menikmati minuman teh di bawah sebatang pokok epal, hanya beliau dan saya,” menurut manuskrip Stukeley mengenai kisah satu malam bersama Newton di taman milik saintis itu.

“Semasa berbual-bual, beliau memberitahu saya bahawa beliau berada di dalam situasi yang sama ketika teori graviti itu muncul di dalam mindanya.

“Mengapa epal itu sering jatuh lurus ke tanah, tanya beliau sendiri merujuk kepada epal yang jatuh itu semasa beliau duduk di dalam keadaan tenang.

“Kenapa ia tidak bergerak ke tepi atau ke atas tetapi terus ke pusat bumi? Tentu ia disebabkan oleh daya tarikan bumi,” katanya.

Manuskrip itu merupakan satu daripada siaran Internet sempena ulang tahun ke-350 Kesatuan Diraja itu, Akademi Sains Britain dan boleh dilayari melalui laman web www.royalsociety.org/turning-the-pages.

Isaac Newton merintis berita terkini,Isaac Newton merintis berita,Isaac Newton merintis berita hari ini,Isaac Newton merintis berita minggu,Isaac Newton merintis berita terbaru,Isaac Newton merintis berita ekonomi,Isaac Newton merintis berita dunia,Isaac Newton merintis berita harian,Isaac Newton merintis berita acara,Isaac Newton merintis informasi,Isaac Newton merintis berita online,Isaac Newton merintis indon,Isaac Newton merintis berita berita,Isaac Newton merintis penting,Isaac Newton merintis turnamen ,Isaac Newton merintis berita internasional, Isaac Newton merintis sukan,Isaac Newton merintis kesihatan, Isaac Newton merintis sains,wallpaper, profil, biografi, berita foto,berita bernama,foto, gambar, terkini, web, Dolaran, baru, berita lain-lain, Bf-1,dunia, sukan,sains,teknologi