Trofi EPL bakal pulang ke Stamford Bridge?

Trofi EPL bakal pulang ke Stamford Bridge?

Trofi EPL bakal pulang ke Stamford Bridge?

TIDAK keterlaluan memperkatakan, penyokong setia Blues mungkin sudah berkira-kira melihat pasukan kesayangan mereka, Chelsea akan merangkul kejuaraan Liga Perdana England dan melengkapkan kejayaan berganda pada perlawanan akhir Piala FA bertemu Portsmouth, 15 Mei ini.

Empat perlawanan dengan 12 mata sahaja menjadi buruan, aksi yang dipamerkan Chelsea semakin memukau dalam menuju babak akhir perhitungan kejuaraan liga sedangkan rentak pencabar terdekat, Manchester United semakin sumbang.

Tanpa mengambil kira keputusan bertemu Bolton, semalam yang dijangka dimenangi Chelsea, anak-anak buah Carlo Ancelotti mendapat keyakinan yang tepat pada masanya setelah melalui masa sukar ekoran skandal menyelubungi kapten mereka, John Terry.

Aksi Chelsea umpama sudah memasuki gear lima bermula penghujung bulan Mac lalu selepas terkeluar pada pusingan kedua Liga Juara-Juara di tangan Inter Milan. Didier Drogba, Frank Lampard, Florent Malouda dan Joe Cole menjadi watak penting kepada kebangkitan Chelsea pada saat ini.

Namun, awas jika Chelsea sudah mula dibuai keyakinan tinggi bahawa akan bergelar juara, mereka mungkin berdepan bahaya kerana masih terdapat dua halangan sukar yang masih menanti, iaitu menentang Tottenham Hotspur pada 17 April ini dan Liverpool (1 Mei) di gelanggang lawan.

Chelsea tewas 0-1 di White Hart Lane dan 0-2 semasa bertandang ke Anfield. Tidak mustahil keputusan sama akan berulang memandangkan Spurs dan Liverpool masih mempunyai misi memburu tempat keempat dalam liga.

Jika itu terjadi, Alex Ferguson boleh menarik nafas lega kerana pasukannya masih berpeluang merampas takhta pendahulu daripada Chelsea dengan syarat menang dalam semua perlawanan termasuk berdepan pasukan jiran, Manchester City di Eastlands.

Dengan Wayne Rooney dijangka hadir semula ke dalam pasukan, Red Devils boleh berada kembali ke landasan sebenar. Selain City, pertemuan berdepan Tottenham di Old Trafford mungkin akan memberikan sedikit masalah buat United.

Dalam situasi sekarang, Ferguson terpaksa mengharapkan bantuan daripada pasukan lain terutamanya Liverpool atau Spurs supaya Chelsea akan kehilangan sekurang-kurangnya empat ke enam mata.

Walaupun Ferguson ada mengakui peluang United kian samar selepas seri dengan Blackburn 0-0, sebenarnya itu tidak lebih daripada permainan minda psikologi agar pasukan Chelsea berasa terlebih yakin.

Satu lagi pasukan yang masih berpeluang mengucup trofi EPL, Arsenal, masih belum terlewat mengejar kedudukan Chelsea berdasarkan aksi konsisten yang dipamerkan semenjak pertengahan Februari lalu.

Kembali bangkit setelah kecundang kepada Chelsea dan Manchester United, pasukan bimbingan Arsene Wenger itu menampilkan karakter yang membanggakan apabila mampu mengejar daripada ketinggalan 11 mata kepada tiga mata di belakang Chelsea.

Walaupun keputusan seri 1-1 dengan Birmingham di St.Andrews merencatkan sedikit harapan Gunners, ia bukan bermakna harapan merebut kejuaraan Arsenal sudah pudar.

Berdasarkan statistik, Arsenal banyak memperoleh kemenangan berdasarkan jaringan pada 10 minit terakhir permainan.

Rekod itu menunjukkan pemain Arsenal ternyata mempunyai kekuatan mental yang boleh diharapkan malah boleh menjadi faktor terhadap kejuaraan Arsenal musim ini.

Namun, dengan kehilangan Cesc Fabregas, Andrey Arshavin, Aaron Ramsey dan William Gallas, watak sebenar Arsenal sudah pasti akan teruji semasa melayani Spurs hari ini dan City pada 24 April.

Adakah Chelsea sudah boleh dianggap sebagai juara dalam penantian bagi trofi EPL musim 2009/10 atau United bakal mempamerkan kebangkitan dramatik saat akhir di bawah sentuhan berbisa Rooney.

Mungkinkah juga Gunners akan memberikan kejutan kepada semua pihak dengan memintas kedudukan kedua-dua pasukan itu? Hanya tarikh 9 Mei sahaja akan memberikan kepastian kepada segala kemungkinan itu.

Trofi EPL, Trofi EPL kini, Trofi EPL terkini, Trofi EPL terbaru, Trofi EPL  baru, Trofi EPL skandal, gambar Trofi EPL, foto Trofi EPL, video Trofi EPL, biodata Trofi EPL, biografi Trofi EPL, sejarah Trofi EPL, web Trofi EPL, berita terkini, berita terbaru, berita penting, berita dunia, berita asia, berita malaysia, berita melayu, berita indon, berita indonesia, berita kl, berita tv, berita Trofi EPL an, berita gay, berita artis, berita hiburan, berita sukan, berita ekonomi, berita sains, berita teknologi, berita kesihatan, berita sejarah, berita politik, berita bf1, dunia, asia, malaysia, melayu, indon, indonesia, foto, gambar, terkini, web, Trofi EPL an, baru, macam-macam,Bf-1,Trofi EPL, bakal, pulang, ke Stamford, Bridge?