Toure tidak tertekan

Toure tidak tertekan

Toure tidak tertekan

LONDON – Bintang baru Manchester City, Yaya Toure mengakui saingan Liga Perdana England lebih hebat berbanding Liga Sepa- nyol.

Toure yang bakal beraksi bersama abangnya, Kalou Toure di Eastland dibawa masuk daripada Barcelona dengan yuran perpinda- han bernilai £24 juta (RM120.3 juta) dan menerima gaji sebanyak £200,000 (RM1 juta) seminggu.

Begitupun, kehadiran Toure dalam skuad kendalian Roberto Mancini itu dibebani dengan satu tugas berat.

Pemain tengah Ivory Coast ini diletakkan harapan tinggi untuk membantu City meng- akhiri saingan liga pada kedudukan empat pasukan teratas.

City yang telah berbelanja besar musim ini bagi membawa masuk beberapa bintang baru ke Estland perlu melayakkan diri ke saingan Liga Juara-Juara musim depan.

“Saya tidak fikir ia merupakan satu tekanan buat saya kerana penyokong-penyokong City meletakkan harapan yang tinggi kepada saya.

“Saingan Liga Perdana England sungguh menakjubkan kerana ia lebih mencabar jika dibandingkan dengan Liga Sepanyol dan disebabkan itu City sanggup berbelanja besar bagi melakukan persiapan untuk mengharu- ngi musim baru ini.

“Pada masa akan datang, saya percaya City akan menjadi sebuah kelab yang besar. Setiap pasukan di setiap negara kini sudah mula ber- cakap mengenai City.

“Mereka tahu kami (City) telah menanda- tangani pemain-pemain bintang yang dianggap penting buat pasukan dan saya mahu membuktikannya dengan persembahan konsisten berdasarkan pengalaman yang saya miliki,” jelas Toure

yaya toure, yaya toure kini, yaya toure terkini, yaya toure terbaru, yaya toure baru, yaya toure skandal, gambar yaya toure, foto yaya toure, video yaya toure, biodata yaya toure, biografi yaya toure, sejarah yaya toure, web yaya toure, berita terkini, berita terbaru, berita penting, berita dunia, berita asia, berita malaysia, berita melayu, berita indon, berita indonesia