Torres mesti bangkit atau digugur

Torres mesti bangkit atau digugur

LONDON – Bos Chelsea, Andre Villas-Boas memberi amaran terakhir kepada Fernando Torres bahawa dia mempunyai dua perlawanan lagi untuk membuktikan kemampuannya atau berdepan padah digugurkan.

Villas-Boas menegaskan dia tidak mahu menjejaskan cita-cita pasukan hanya kerana seorang individu.

“Saya tidak mempunyai masalah menggugurkan mana-mana pemain. Saya tidak akan bertolak ansur sehinggakan menjejaskan objektif yang mahu dicapai pasukan ini.

“Buat masa ini, sikap tolak ansur dalam mengendalikan pasukan ini sudah berakhir. Saya tidak memiliki penyerang pilihan pertama. Saya akan buat pemilihan berdasarkan prestasi latihan,” tegas pengurus Portugal itu.

Ketiadaan Didier Drogba untuk dua perlawanan akan datang selepas mengalami gegaran otak memberikan ruang untuk Torres, 27, menambat hati Villa-Boas yang dia berhak diturunkan dalam kesebelasan utama.

Penyerang Sepanyol yang dibeli pada harga 50 juta pound(RM239.4 juta) itu menjaringkan hanya satu gol dalam 21 penampilan untuk kelab London barat itu dan Villas-Boas berpendapat aksi hambar Torres berpunca daripada kurang keyakinan.

“Bakatnya ada, cuma persoalan bila dia akan mengembalikan keyakinan membolosi gawang,” tambahnya.

Ekoran kegagalan menemui jaring berterusan, Torres kini disamakan dengan bekas penyerang Chelsea, Andriy Shevchenko yang dibeli dengan harga mahal tetapi tenggelam di Stamford Bridge.

Torres, bangkit, digugur, Bos Chelsea, Andre Villas, Boas, terakhir, Fernando Torres, dua, perlawanan, berdepan, padah, gugurkan, Villas-Boas, cita-cita, individu, menggugurkan, pemain, bertolak, ansur, objektif, pasukan, ini, berita kini, berita kl, berita majalah, berita malaysia, Berita Malaysia dan Singapore, berita melayu, berita penting, berita politik, berita scander, berita terkini, berita tv, berita web, berita baru, berita sukan, Andriy Shevchenko, harga, mahal, tenggelam, Stamford Bridge