Tiga etnik Uighur ditembak

du_01.1

Tiga etnik Uighur ditembak

Pihak berkuasa China menembak mati dua lelaki etnik Uighur manakala seorang lagi rakan mereka cedera selepas mereka menyerang anggota-anggota polis di sini semalam.

Menurut seorang pegawai, tiga lelaki bersenjatakan pisau dan batang besi itu menyerang polis yang cuba meleraikan pergaduhan mereka dengan seorang lelaki etnik Uighur.

Kejadian tersebut berlaku selepas Urumqi dilanda keganasan etnik bermula pada 5 Julai lalu dengan menyebabkan lebih 180 penduduk tempatan mati dan 1,680 cedera.

“Polis melepaskan tembakan amaran ke udara tetapi mereka tidak berhenti. Anggota kami terpaksa melepaskan beberapa das tembakan ke arah mereka,” kata pegawai itu yang mahu dikenali sebagai Fan.

Kejadian tembakan tersebut yang berlaku berhampiran sebuah kawasan kediaman di Uighur turut disaksikan oleh orang ramai.

Beberapa foto yang dirakamkan menunjukkan seorang anggota polis menghalakan senjata api ke arah mangsa.

Seorang saksi, Zhang Ming berkata, dia melihat tiga lelaki keluar dari sebuah masjid bersama pisau sebelum menyerang sekumpulan polis separa tentera yang berdiri secara berkelompok di tepi-tepi jalan raya.

Dalam kejadian pada 5 Julai lalu, sekumpulan etnik Uighur mengadakan perarakan aman di Urumqi bagi membantah kematian rakan-rakan mereka ketika bekerja di sebuah kilang di selatan China tetapi keadaan menjadi kacau bilau setelah polis bertindak balas.

Uighur, Uighur musik, Uighur video, Uighur foto, Uighur cinta, Uighur berita, Uighur awek, Uighur kontraksi, Uighur Hiburan, Uighur malaysia, Uighur Melayu, Uighur Indon, Uighur Indonesia, Uighur gambar, Uighur cerita, Uighur pilihan, Uighur kl, Uighur bf1,Berita Hiburan musik, Berita Hiburan video, Berita Hiburan, Berita, Hiburan cinta, Berita Hiburan berita, Berita Hiburan awek, Berita Hiburan kontraksi, Berita Hiburan Hiburan, Berita Hiburan malaysia, Berita Hiburan Melayu, Berita Hiburan, Berita Hiburan Indonesia,Berita Hiburan gambar, Berita Hiburan cerita, Berita Hiburan pilihan, Berita Hiburan kl, Berita Hiburan bf1, Artis musik, Artis video, Artis foto,Artis berita, Artis awek, Artis kontraksi, Artis Hiburan, Artis malaysia, Artis Melayu, Artis Indon, Artis Indonesia, Artis gambar, Artis cerita, Artis pilihan, Artis kl, Artis bf1, Artis foto, Artis Indon, Artis cinta, hiburan malaysia, hiburan melayu, hiburan korea, hiburan jepun, hiburan