Tevez cetus masalah baharu

Tevez cetus masalah baharu

MANCHESTER – Bintang Manchester City, Carlos Tevez menafikan tuduhan dia tidak mahu bermain ketika pasukan itu tewas 0-2 kepada Bayern Munich pada aksi Liga Juara-Juara awal pagi semalam.

Pengurus City, Roberto Mancini menuduh penyerang Argentina itu tidak mahu bermain pada babak kedua selepas kelab Liga Perdana England itu ketinggalan kepada Bayern.

Mancini yang berang dengan situasi tersebut berkata, masa depan Tevez di kelab itu sudah berakhir.

Bagaimanapun, Tevez menafikan komen Mancini tersebut dalam satu kenyataan semalam.

“Di Munich pada Selasa lalu (awal pagi semalam), saya telah memanaskan badan dan bersedia untuk bermain. Ini bukan masa yang sesuai untuk memberi penjelasan secara terperinci kenapa perkara ini berlaku. Tetapi saya mahu menegaskan, saya tidak pernah memberitahu saya enggan bermain,” kata Tevez.

Penyerang berusia 27 tahun itu berkata, kegagalan untuk bermain berpunca daripada kekeliruan di bangku simpanan City dan dia memohin maaf kepada para peminat.

“Saya mahu memohon maaf kepada semua peminat City, saya seringkali mempunyai hubungan yang baik, untuk sebarang kekeliruan yang berlaku di Munich,” kata Tevez.

“Mereka memahami bahawa apabila saya berada di tengah padang, saya seringkali berikan yang terbaik untuk kelab.

“Berlaku kekeliruan di bangku simpanan dan saya yakin kedudukan saya berpunca daripada salah faham.”

Tevez, cetus, masalah, baharu, MANCHESTER, Bintang, Manchester, City, Carlos Tevez, tuduhan,  tidak, mahu, bermain, pasukan, Bayern, Munich, Liga, Juara, awal, pagi, semalam, Pengurus, City, Roberto, Mancini, menuduh, penyerang, Argentina, bermain, pada, babak, kedua, selepas, kelab, Liga, Perdana, England, Bayern, dunia, foto, gambar, gambar Tevez, harian, indon, indonesia, jerman, kejayaan, malaysia, mampu, melayu, minit, rakan, sejarah Tevez, sepanyol, Tevez, Tevez baru, Tevez kini, Tevez skandal, Tevez terbaru, Tevez terkini, terkini, Venus, victoria azarenka, video Tevez, web, web Tevez