Tevez bakal rasai perlawanan pertama

Tevez bakal rasai perlawanan pertama

MANCHESTER – Carlos Tevez dijangka turun untuk aksi pertamanya dalam Liga Perdana England musim ini apabila Manchester City menerima kunjungan Wigan di Stadium Etihad hari ini.

Selepas lama tidak berada dalam kesebelasan utama City gara- gara mahu berpindah ke kelab lain, pemain Argentina itu disebut-sebut bakal diberi peluang kedua oleh pengurus, Roberto Mancini.

Namun jika musim lalu Tevez muncul ‘anak emas’, ketua pasu- kan dan penjaring terbanyak, musim ini penyerang sasa itu sudah ada pesaing yang juga rakan senegara, Sergio Aguero yang baru dibeli serta Edin Dzeko.

Ketiadaan Aguero yang mengikuti pasukan Argentina ke India dan Bangladesh membolehkan Mancini bakal menimbang untuk menurunkan Tevez.

“Carlos Tevez bakal diturunkan buat kali pertama musim ini,” kata sebuah akhbar membuat spekulasi sendiri.

Tevez juga dijangka akan berganding dengan Dzeko juga yang sedang meningkat naik prestasi- nya untuk berdepan Napoli dalam saingan Liga Juara Juara Eropah di tempat sendiri, Rabu ini.

Ketika ini, Samir Nasri yang dibeli dari Arsenal hampir pasti akan mengemudi barisan tengah walaupun mengalami patah tulang jari.

City telah berjaya menjaringkan 12 gol dalam tiga perlawanan pertama mereka musim ini dan reputasi itu cukup menggerunkan Wigan.

“Melihat mereka menewaskan Spurs, Swansea dan ketika kalah kepada Manchester United dalam Perisai Komuniti, mereka ada kredibiliti untuk muncul juara liga.

“Mereka cukup bahaya sekarang, terutamanya ketika menyerang,” kata pengurus Wigan, Roberto Martinez.

Tevez, bakal, perlawanan, pertama, Carlos Tevez, turun. Liga, Perdana England, musim, Manchester, City, Wigan, Stadium, Etihad, kesebelasan, City, berpindah, kelab, pemain, Argentina, kedua, pengurus, Roberto Mancini, Aguero, Samir Nasri, Arsenal, barisan, tengah, patah, tulang, jari, Spurs, Swansea, pengurus, Wigan, Roberto, Martinez, berita harian, berita hiburan, berita indon, berita indonesia, berita jalan, berita kasa, berita kawan, berita kini, berita kl, berita majalah, berita malaysia, Berita Malaysia dan Singapore, berita melayu, berita penting, berita politik, berita scander, berita terkini, berita tv, berita web, berita baru, berita sukan