Tevez akan kembali jumpa Chelsea

Tevez akan kembali jumpa Chelsea

Tevez akan kembali jumpa Chelsea

MANCHESTER, England – Carlos Tevez berusaha untuk kembali ke England pada waktu yang ditetapkan bagi membantu Manchester City menghadapi perlawanan getir menentang Chelsea, Sabtu ini, kata jurucakapnya, Kia Joorabchian semalam.

Tevez ketika ini berada di Argentina menghabiskan masa bersama keluarga selepas teman wanitanya melahirkan bayi tidak cukup bulan.

Joorabchian membalas kenyataan pengurus City, Roberto Mancini yang sebelum ini berang dengan penyerang Argentina itu kerana gagal melaporkan diri.

Ketiadaan Tevez mendorong Mancini bergantung sepenuhnya kepada penyerang Togo, Emmanuel Adebayor ketika pasukannya seri 0-0 dengan Liverpool, kelmarin.

Tevez sebelum ini dikatakan tidak membalas pertanyaan pengurusan kelab yang mahu mendapatkan tarikh sebenar kepulangannya.

Difahamkan, teman wanita dan bayinya kini berada dalam keadaan yang sihat.

Selain bertemu Chelsea di Stamford Bridge, hujung minggu ini, City juga amat terdesak untuk mendapatkan khidmat Tevez bagi berdepanStoke City dalam saingan Piala FA.

”Saya tidak tahu bila Carlos akan pulang. Dia masih berada di Argentina dan ia mendatangkan masalah besar kepada kami.

”Kami mempunyai perlawanan penting minggu ini dan kami memerlukannya berada di sini. Dia sudah berada di sana selama lapan hari dan kami akan berusaha menghubunginya. Saya harap dia akan pulang secepat mungkin.

”Kami telah mengarahkannya pulang tetapi dia tidak mengendahkannya. Saya bercakap dengannya tiga hari lalu dan dia sekarang mungkin berada dalam kapal terbang. Dia kata ada masalah keluarga tetapi saya percaya semuanya telah diselesaikannya.” kata Mancini.

Kelmarin, para penyokong City melahirkan rasa tidak puas hati selepas tamat perlawanan dan perkara yang sama berlaku ketika seri dengan Stoke di gelanggang sendiri dalam Piala FA.

Bagaimanapun, Mancini merungut barisan penyerangnya yang tidak cergas telah memaksa dia mengambil pendekatan berbeza dalam permainan.

”Seperti mana kita menentang Manchester United, pasukan ini bermain dalam bentuk pasukan. Ini penting. Namun, saya ada masalah lebih besar. Saya cuma ada Adebayor di depan sebab Craig Bellamy hanya berada beberapa hari sahaja bersama kami.

”Carlos berada di Argentina manakala Roque Santa Cruz berdepan dengan masalah kecederaan lutut.

”Kami cuba mencari kemenangan menentang Liverpool, kelmarin tetapi mereka begitu sukar untuk dikalahkan. Gagal mencari kemenangan (kelmarin) menjadikan perlawanan kami selepas ini bertambah penting,” tegas Mancini.

Dalam pada itu, pengurus Liverpool, Rafael Benitez tentunya menarik nafas lega memiliki satu mata berbanding dengan lawannya kelmarin.

Perlawanan kelmarin juga menyaksikan penyerang Reds, Fernando Torres dan Yossi Benayoun yang berehat panjang kerana kecederaan kembali diturunkan pada babak kedua perlawanan sebagai pemain gantian.

”Kedua-dua pemain ini amat penting bagi kami sebelum ini dan berharap mereka akan hebat seperti dulu pada masa akan datang.

”Kami pada mulanya menyangka Torres tidak akan diturunkan. Namun, keadaannya begitu baik pada sesi latihan. Begitu juga David Ngog yang cedera buku lali dan hanya berupaya bermain dalam 15 hingga 20 minit,” ujar Benitez.

Keputusan seri menentang City menghalang pasukan bimbingan Benitez untuk naik ke tangga keempat liga (layak ke Liga Juara-Juara) selepas Tottenham mengisi kedudukan itu menewaskan Wigan.

Tevez akan, Tevez akan kini, Tevez akan terkini, Tevez akan terbaru, Tevez akan baru, Tevez akan skandal, gambar Tevez akan, foto Tevez akan, video Tevez akan, biodata Tevez akan, biografi Tevez akan, sejarah Tevez akan, web Tevez akan, berita terkini, berita terbaru, berita penting, berita dunia, berita asia, berita malaysia, berita melayu, berita indon, berita indonesia, berita kl, berita tv, berita Tevez akanan, berita gay, berita artis, berita hiburan, berita sukan, berita ekonomi, berita sains, berita teknologi, berita kesihatan, berita sejarah, berita politik, berita bf1, dunia, asia, malaysia, melayu, indon, indonesia, foto, gambar, terkini, web, Tevez akan, baru, macam-macam, Bf-1,ekonomi, teknologi,sains dan tenologi