Terbuka AS: Harapan tuan rumah

Terbuka AS: Harapan tuan rumah

mainpix1

Terbuka AS: Harapan tuan rumah

NEW YORK: Harapan untuk pemain tuan rumah melakar kemenangan pertama dalam tempoh enam tahun diperkuatkan, kelmarin, selepas Andy Roddick dan bintang muda, Sam Querrey mengetuai kemaraan ke pusingan ketiga tenis Terbuka Amerika Syarikat.

Roddick, pilihan kelima dan pemain Amerika terakhir memenangi gelaran pada 2003, mudah menang 6-1, 6-4, 6-4 ke atas pemain Perancis, Marc Giquel dalam aksi yang berakhir selepas tengah malam.

uerrey, 21, yang baru-baru ini mengambil alih status selaku pemain nombor dua Amerika, menundukkan rakan senegara, Kevin Kim 7-5, 6-7 (6/8), 6-4, 6-4 dan hanya dua aksi lagi sebelum kemungkinan pertembungan suku akhir menentang pilihan utama yang juga juara bertahan, Roger Federer.

Menyertai Roddick dan Querrey di pusingan ketiga ialah James Blake yang menundukkan Olivier Rochus dari Belgium 6-4, 3-6, 7-6 (8/6), 6-3, dan John Isner yang menyingkirkan tentangan pemain Turki, Marsel Ilhan 6-3, 6-4, 7-6 (7/1).

Di awalnya, seorang lagi pemain Amerika, Jesse Witten menewaskan lawan dari Argentina, Maximo Gonzalez 6-7 (3/7), 6-4, 7-5, 6-2.

“Saya rasa kami ada harapan,” kata Querrey mengenai peluang pemain Amerika memenangi gelaran di gelanggang sendiri.

“Kami ada Andy yang berada dalam kelompok 10 teratas dunia untuk hampir 10 tahun. Harap-harap James juga mampu di tahap itu.

“Saya kini sedang mendaki ranking. Isner juga beraksi baik. Jesse Levine di pusingan kedua, Jessie Witten di pusingan ketiga. Ada kumpulan kami yang besar. Saya rasa kami mampu jadikannya seperti pada era 1990an dahulu,” katanya.

Querrey merujuk kepada dekad di mana Pete Sampras, Andre Agassi, Jim Courier dan Michael Chang di kemuncak prestasi dan jaguh negara itu memenangi Terbuka Amerika Syarikat sebanyak enam kali dalam tempoh 10 tahun.


terbuka as, terbuka as kini, terbuka as terkini, terbuka as terbaru, terbuka as baru, terbuka as skandal, gambar terbuka as, foto terbuka as, video terbuka as, biodata terbuka as, biografi terbuka as, sejarah terbuka as, web terbuka as, berita terkini, berita terbaru, berita penting, berita dunia, berita asia, berita malaysia, berita melayu, berita indon, berita indonesia, berita kl, berita tv, berita harian, berita gay, berita artis, berita hiburan, berita sukan, berita ekonomi, berita sains, berita teknologi, berita kesihatan, berita sejarah, berita politik, berita bf1, dunia, asia, malaysia, melayu, indon, indonesia, foto, gambar, terkini, web, harian, baru, macam-macam, Bf-1, tenis, terbuka AS