Tag Archives: tirai

Strategi Mourinho menjadi

Strategi Mourinho menjadi

MADRID – Real Madrid menunjukkan kekuatan sebenar yang dimiliki mereka apabila melakar kemenangan bergaya 4-0 ke atas Lyon pada saingan Kumpulan D kempen Liga Juara-Juara awal pagi semalam.

Pada aksi di Santiago Bernabeu itu, ternyata percaturan jurulatih Real, Jose Mourinho untuk menurunkan penyerang Perancis, Karim Benzema telah membuahkan hasil.

Buktinya, Benzema berjaya membuka tirai jaringan pada minit ke-19 sebelum tiga lagi gol Real terhasil menerusi Sami Khedira (47), Hugo Lloris (jaringan sendiri – 55) dan Sergio Ramos (81).

Pada awalnya, keputusan Mourinho meletakkan Benzema dalam kesebelasan utama mengundang rasa pelik penyokong-penyokong setia Real kerana mereka menganggap Gonzalo Higuain beraksi lebih baik dalam perlawanan sebelum itu.

Ini kerana penyerang antarabangsa Argentina itu berjaya meledak hatrik ketika Real menewaskan Real Betis dalam saingan Liga Sepanyol, Ahad lalu.

Namun, Mourinho yang diminta mengulas mengenai keputusannya itu berkata: “Kami tahu corak permainan bagaimana yang akan berlaku pada perlawanan hari ini (awal pagi semalam).

“Sebab itu, kami memerlukan seorang pemain yang mampu beraksi dalam situasi ruang yang padat dan ternyata Benzema berjaya melakukannya.

“Kami juga tahu daripada awal lagi bahawa kami mampu untuk memenangi perlawanan tersebut dan kami menang dengan bergaya.

“Dengan berbaki tiga perlawanan lagi, Ajax Amsterdam atau Lyon masih boleh bergelar juara kumpulan, tetapi kami tidak merasai tekanannya,” kata Mourinho.

Kemenangan itu menyaksikan Real muncul selaku pendahulu Kumpulan D dengan mengumpul sembilan mata maksimum dalam tiga perlawanan.

Lyon dan Ajax pula berkongsi kedudukan di tangga kedua dengan selepas masing-masing mengumpul empat mata.

Strategi, Mourinho, MADRID, Real Madrid, kekuatan, sebenar, melakar, kemenangan, bergaya, Lyon saingan, Kumpulan, kempen, Liga, Juara, awal, Santiago, Bernabeu, percaturan, jurulatih, Real, Jose Mourinho, penyerang, Perancis, Karim Benzema, hasil, Bukti, Benzema, berjaya, tirai, jaringan, minit, gol, Real, terhasil, menerusi, Sami, Khedira, Hugo Lloris, Sergio Ramos, kesebelasan, penyokong, Real, menganggap, Gonzalo Higuain, beraksi, perlawanan, penyerang, antarabangsa, Argentina, meledak, hatrik, Liga, Sepanyol, Ajax Amsterdam, Lyon, bergelar, juara, kumpulan, berita sukan, berita bolasepak, berita dunia, berita terkini, berita pos, berita gambar, berita foto

Messi tunjuk taring sebenar

Messi tunjuk taring sebenar

BARCELONA – Lionel Messi membuktikan statusnya selaku penyerang terbaik dunia apabila meledak hatrik bagi membantu Barcelona membenam Osasuna 8-0 dalam saingan Liga Sepanyol awal pagi semalam.

Ia merupakan kemenangan pertama skuad The Catalan itu musim ini selepas mereka sekadar seri dalam dua perlawanan terdahulu.

Pada aksi yang berlangsung di Nou Camp semalam, Messi tidak perlu menunggu lama untuk membuktikan ketajaman penyudahnya apabila membuka tirai jaringan seawal minit kelima sebelum bekas kapten Arsenal, Cecs Fabregas menyumbat gol kedua lapan minit kemudian.

Penyerang antarabangsa Sepanyol, David Villa menjaringkan gol ketiga Barcelona pada minit ke-34 disusuli jaringan sendiri pemain Osasuna, Roversio pada minit ke-40.

Seminit kemudian, Messi yang juga penyerang antarabangsa Argentina terus mengganas apabila merekodkan gol kedua peribadi, diikuti ledakan Xavi pada minit ke-57 dan Villa (76).

Messi melengkapkan hari gemilang buat Barcelona apabila mencipta hatrik dengan jaringan ketiganya pada minit ke-79.

“Saya rasa, kami beraksi dengan baik sekali. Ia bukan merupakan perlawanan yang sempurna, tetapi apa yang lebih penting adalah kami berjaya mencipta banyak peluang untuk menjaringkan gol.

“Kemenangan ini adalah penting buat kami selepas sekadar mencatatkan keputusan seri dalam dua perlawanan sebelum ini,” kata tonggak pertahanan Barcelona, Sergio Ramos.

Sementara itu, jurulatih Barcelona, Pep Guardiola ternyata gembira dengan kemenangan tersebut, apatah lagi strateginya untuk mengatur serangan daripada bahagian tengah dilihat benar-benar membuahkan hasil.

“Saya gembira dengan kemenangan ini kerana kami sememangnya mahu lebih ramai pemain boleh beraksi di bahagian tengah dan mencipta peluang untuk menjaringkan gol.

“Masih ada beberapa kelemahan yang kami perlu baiki dan matlamat utama kami adalah untuk memperbaiki corak serangan kami,” kata Guardiola.

Messi, tunjuk, taring, sebenar, Lionel Messi, membuktikan, penyerang, terbaik, dunia, meledak, hatrik, membantu, Barcelona, membenam, Osasuna, saingan, Liga, Sepanyol, kemenangan, pertama, skuad, The Catalan, sekadar, seri, dua, perlawanan, terdahulu, berita terbaru, berita terkini, berita tv, biodata Chelsea, biografi Chelsea, Chelsea, Chelsea baru, Chelsea kini, Chelsea skandal, Chelsea terbaru, Chelsea terkini, dunia, elak, foto, foto Chelsea, gagal, gambar, gambar Chelsea, hadiah, hari ini, harian, indon, indonesia, Nou Camp, antarabangsa, Argentina, tirai, jaringan, seawal, minit, kelima, bekas, kapten, Arsenal, Cecs Fabregas, gol, kedua, lapan, minit

Chelsea mula tunjuk taring

Chelsea mula tunjuk taring

LONDON – Chelsea kembali bangkit daripada ketinggalan untuk mencatatkan kemenangan 2-1 ke atas West Bromwich Albion pada aksi saingan Liga Perdana England awal pagi semalam.

Pada aksi yang berlangsung di Stamford Bridge itu, perancang skuad The Blues, Florent Malouda dijulang sebagai wira apabila meledak gol kemenangan pada minit ke-83 perlawanan.

Sebelum itu, West Bromich terlebih dahulu membuka tirai jaringan menerusi Shane Long seawal minit keempat sebelum Nicolas Anelka menyamakan kedudukan buat Chelsea pada minit ke-53.

Kemenangan tersebut merupakan yang pertama direkokan pengurus baharu skuad The Blues, Andre Villas-Boas sejak menggantikan Carlo Ancelotti yang telah dipecat musim lalu.

“Ia merupakan perlawanan yang sukar buat kami (Chelsea) di tempat sendiri.

“Namun, apa pun kami masih mampu mengutip tiga mata penuh. Ia penting apatah lagi saingan musim ini baharu sahaja bermula,” kata Malouda.

Sementara itu, Villas-Boas yang diminta mengulas mengenai persembahan anak-anak buahnya pada aksi menentang West Bromwich itu berkata: “Mental para pemain saya pada babak kedua perlawanan adalah lebih baik daripada babak pertama.

“Ia merupakan perlawanan yang sukar buat kami. West Bromwich berjaya menjaringkan gol terlalu awal dan ia sekaligus telah mencemaskan penyokong-penyokong kami.

“Pada babak pertama, kami tidak beraksi pada prestasi sebenar kami, namun mujur pemain-pemain semua berjaya menemui rentak permainan pada babak kedua. Kini, mereka perlu terus bekerja keras sekiranya mahu mencipta kemenangan,” jelas Villa-Boas.

sukan, chelsea, mula, chelsea mula, tunjuk, mula tunjuk, taring, tunjuk taring, kembali, bangkit, ketinggalan, mencatatkan, kemenangan, West Bromwich, Albion, aksi, Liga, Perdana, England, awal, pagi, semalam, Stamford Bridge, itu, perancang, skuad, The Blues, Florent, Malouda, wira, meledak, gol, kemenangan, Sebelum itu, West Bromich, tirai, jaringan, Shane Long,  Nicolas Anelka, menyamakan, Chelsea, Villa-Boas, berita sukan, berita antarabangsa, berita kl, berita asia,  berita berita, berita dunia, berita foto, berita gambar, berita indon, berita terkini, asia