Tag Archives: timur

Taufan landa Jepun

Taufan landa Jepun

TOKYO – Taufan kuat melanda Jepun semalam sekali gus menyebabkan hujan lebat di bandar raya ini selain menyebabkan pengangkutan awam terjejas.

Seramai empat orang mati semasa taufan Roke melanda negara ini.

Taufan itu kini melanda kawasan yang menempatkan loji nuklear Fukushima di timur laut Jepun yang rosak selepas dilanda ombal tsunami pada 11 Mac lalu.

Ia yang merupakan taufan kedua terbesar melanda Jepun pada bulan ini.

Taufan itu bergerak selaju 220 kilometer sejam dan menurunkan hujan lebih 40 sentimeter di bahagian timur dan barat Jepun sejak 24 jam lalu.

Bekalan elektrik untuk lebih 575,500 penduduk yang dibekalkan oleh syarikat Tokyo Electric turut terputus.

Taufan itu menyebabkan perkhidmatan kereta api terhenti di sekitar Tokyo mengakibatkan ribuan penumpang terkandas semasa mereka dalam perjalanan pulang ke rumah. Stesen penyiaran NHK menyatakan kira-kira 450 penerbangan terpaksa dibatalkan.

Perkhidmatan Kereta Api Tengah Jepun menyatakan, beberapa perkhidmatan kereta laju juga digantung.

Syarikat Toyota menyatakan pihaknya merancang untuk menutup sebanyak 11 buah kilang di tengah Jepun dan menghentikan kerja pada waktu malam.

Sebuah lagi syarikat kereta Nissan menghentikan perkhidmatan di dua buah kilangnya.

Taufan, landa, Jepun, kuat, melanda, hujan, lebat, bandar, raya, menyebabkan, pengangkutan, awam, terjejas, Seramai, empat, orang, mati, taufan, Roke, melanda, negara, kawasan, menempatkan, loji, nuklear, Fukushima, timur, laut, rosak, landa, ombal, tsunami, pada, Mac, kilometer, sejam, berita eropah, berita dunia, berita asia, berita terkini, berita negara asia, foto berita, gambar berita, berita malaysia, berita penting, berita baru, berita politik, berita skandal, berita kini, berita kl, berita majalah, berita malaysia, Berita Malaysia dan Singapore, berita melayu, berita penting, berita jepun

Rusuhan merebak di tiga bandar Britain

Rusuhan merebak di tiga bandar Britain

LONDON, Britain – Keganasan merebak ke seluruh bandar raya ini dan sekurang-kurangnya tiga bandar lain semalam ketika polis bertempur dengan ribuan perusuh dan perompak yang memaksa Perdana Menteri David Cameron pulang ke Britain untuk berdepan dengan krisis itu.

Cameron menamatkan percutiannya di Itali dan kembali ke Britain untuk mempengerusikan mesyuarat semalam dengan Jawatankuasa Kecemasan Kerajaan mengenai rusuhan itu.

Banyak bangunan dibakar di Croydon, Peckham dan Lewisham, selatan bandar ini dengan kumpulan penjarah meronda jalan-jalan raya di Hackney di timur, Clapham di selatan, Camden di utara dan Ealing di barat.

Selain bandar raya ini, rusuhan turut berlaku di bandar raya Liverpool, Birmingham dan Bristol.

Polis Scotland Yard memberitahu, ia telah mengerahkan 1,700 anggota tambahan untuk menangani kekacauan di sini iaitu yang terburuk sejak beberapa tahun lalu. Polis turut menggunakan sejumlah kereta berperisai untuk menyuraikan perusuh.

Beratus-ratus anggota polis pencegah rusuhan memasuki Hackney untuk cuba mengawal keganasan di daerah berkenaan yang terletak cuma beberapa kilometer dari lokasi temasya Sukan Olimpik 2012 yang bakal berlangsung.

Menjelang malam, pasukan polis membawa baton memaksa kumpulan belia berundur manakala penduduk tempatan yang berharap untuk pulang ke kediaman mereka tersekat di belakang kepungan polis.

Di Croydon, sejumlah bangunan di seluruh blok terbakar termasuk sebuah premis perniagaan berusia 100 tahun yang menjual perabut dengan api terus marak.

Penduduk setempat dipindahkan kerana api yang merebak manakala akhbar Guardian memetik seorang anggota polis yang berada di lokasi kejadian sebagai berkata: “Kami tidak boleh bertahan, ia semakin teruk.”

Keganasan bermula pada Sabtu lepas di kawasan penempatan berbilang etnik di Tottenham, utara bandar raya ini selepas seorang lelaki kulit hitam berusia 29 tahun di tembak mati oleh polis dua hari sebelum itu.

Menurut Setiausaha Dalam Negeri, Theresa May, situasi yang berlaku di negara itu tidak pernah dilihat sejak lima tahun lalu.

“Kami perlu menamatkan dan kami perlu mengakhirinya dengan segera,” katanya kepada stesen televisyen Sky News.

Menurutnya, lebih 450 orang ditangkap di London sejak rusuhan berlaku selama tiga hari berturut-turut.

Scotland Yard menyatakan, bilik-bilik penjara sudah penuh dengan para banduan di London dengan para tahanan dipindahkan ke balai polis lain.

Kira-kira 6,000 anggota polis ditempatkan di London kelmarin tetapi mereka masih gagal untuk mengekang keganasan.

Rusuhan kini, Rusuhan terkini, Rusuhan terbaru, Rusuhan baru, Rusuhan skandal, gambar Rusuhan, foto Rusuhan, video Rusuhan, biodata Rusuhan, biografi Rusuhan, sejarah Rusuhan, web Rusuhan, Rusuhan antarabangsa, berita terkini, berita terbaru, berita penting, berita dunia, berita asia, berita malaysia, berita melayu, Perdana Menteri, David Cameron, pulang, Britain, Cameron, menamatkan, percutiannya, Itali, kembali, Britain, bangunan, dibakar, Croydon, Peckham, Lewisham, selatan, bandar, Hackney, timur, Clapham, selatan, Camden, bandar, raya, ini, rusuhan, Liverpool, Birmingham, Bristol, Rusuhan, merebak, tiga, bandar, Britain