Tag Archives: termasuk

16,000 polis Britain dikerah

16,000 polis Britain dikerah

LONDON 10 Ogos – Rusuhan terburuk di Britain dalam tempoh puluhan tahun berlarutan ke hari keempat hari ini apabila gerombolan pemuda mengganas di Manchester dan kawasan perindustrian tengah England tetapi keadaan di London agak tenang selepas 16,000 anggota polis dikerahkan untuk membendung keganasan.

Di Manchester, perusuh memecah masuk dan mencuri barang kedai serta menghalau jurugambar dari tempat kejadian dalam keganasan terburuk di bandar raya ketiga terbesar di Britain itu dalam tempoh 30 tahun.

Kejadian mencuri juga berleluasa di Birmingham buat malam kedua dan dalam insiden paling serius malam tadi, tiga lelaki yang baru keluar dari sebuah masjid terbunuh apabila mereka dirempuh sebuah kereta dalam kes langgar lari di bandar raya tersebut.

Di tempat lain, perusuh membakar bangunan di West Bromwich dan Wolverhampton di tengah England dan sebuah balai polis di Nottingham diserang dengan bom petrol, walaupun tiada kecederaan dilaporkan, sementara kira-kira 200 perusuh membaling objek ke arah polis di Liverpool.

Bagaimanapun di London, tiada lagi gelombang keganasan yang menyebabkan beberapa bahagian ibu kota ini terbakar malam semalam, selepas polis dikerahkan beramai-ramai dan kumpulan penduduk membanjiri jalan untuk mempertahankan komuniti mereka.

Scotland Yard awal hari ini berkata, 768 orang ditangkap di London kerana disyaki melakukan keganasan, mencetuskan kekacauan dan mencuri.

Sebanyak 109 lagi ditangkap di wilayah West Midlands, 108 di Manchester dan Salford, dan 44 di Liverpool dan sekitarnya, manakala di Bristol 19 tangkapan dilakukan kerana pelbagai kesalahan termasuk memiliki topeng ski.

Fokus keganasan malam tadi ialah Manchester, barat laut England, di mana polis terpaksa berundur akibat kemaraan ratusan pemuda yang menutup muka dengan skarf dan topeng ski.

Dua perusuh memecahkan pintu kaca pusat membeli-belah Arndale, gedung membeli-belah utama di Manchester, membolehkan ratusan pemuda masuk dan melarikan pelbagai barangan termasuk pakaian dan kasut.

Polis hanya mampu menjadi pemerhati apabila pencuri mengosongkan sebuah kedai barangan elektrik manakala kumpulan lain bersemuka dan memaki-hamun anggota polis.

Dalam perkembangan yang tidak akan membantu meredakan ketegangan, badan pemantau polis Britain berkata, pihaknya tidak menemui bukti Mark Duggan, lelaki yang ditembak mati oleh polis minggu lepas dalam insiden yang mencetuskan protes dan seterusnya rusuhan di London, telah melepaskan tembakan ke arah polis.

Dalam operasi terancang, anggota polis bersenjata menahan teksi yang dinaiki oleh Duggan, 29, di daerah berbilang etnik Tottenham, utara London, tembakan dilepaskan dan Duggan mati di tempat kejadian.

Keluarga Duggan berkata, hasil siasatan itu menyebabkan mereka berasa amat kesal dan mereka menuntut ‘jawapan’ daripada polis.

utusan, polis, britain, melayu, terkini, negeri, dalam negeri, laporan, negara, luar negara, sukan, semalam, semalam selepas, rusuhan, terburuk, britain dalam, tempoh, dalam tempoh, kawasan, tengah, tengah england, dikerahkan, polis dikerahkan, masuk, kedai, tempat kejadian, bandar, raya, bandar raya, insiden, dalam insiden, tadi, malam tadi, lelaki, lelaki yang, west, tiada, kira, arah, arah polis, liverpool, lagi, menyebabkan, ditangkap, kerana, mencetuskan, manakala, pelbagai, termasuk, topeng, ratusan, ratusan pemuda, membeli, belah, membeli belah, barangan

Serpihan satelit NASA mungkin ke Kanada, Afrika, Australia

Serpihan satelit NASA mungkin ke Kanada, Afrika, Australia

WASHINGTON: Serpihan angkasa terbesar dalam masa 30 tahun dijadual mencecah bumi dan antara kawasan yang dilintasinya termasuk Kanada, Australia dan Afrika, menurut NASA hari ini.

Ini berikutan kegagalan satelit Amerika Syarikat – Upper Atmosphere Research Satellite (UARS)- yang mempunyai 26 bahagian dijangka akan memasuki semula ruang angkasa bumi tetapi NASA menegaskan ia hanya membabitkan risiko yang kecil.

Data terkini NASA menunjukkan serpihan satelit yang akan memasuki semula ruang bumi antara jam 11 malam Jumaat (0300 GMT Sabtu) dan 3 pagi Sabtu (0700 GMT).

“Dalam tempoh masa itu, satelit berkenaan akan melintasi Kanada, Afrika dan Australia serta melepasi lautan luas di Pasifik, Atlantik and India.

“Risiko terhadap orang awam adalah amat-amat kecil,” kata NASA.

NASA berkata, berat serpihan satelit yang akan melepasi ruang angkasa bumi itu dengan terkecil satu kilogram dan sehingga 158 kilogram, dengan serpihannya boleh melayang di angkasa sejauh 800 kilometer.

Satelit yang gagal dan terawang-awang itu gagal dikesan lokasi sebenarnya dan peratusannya mendarat di laut adalah 70 peratus.

“Dalam tempoh lebih 50 sejarah progran angkasa lepas, belum ada lagi menusia yang cedera akibat terkena serpihan angkasa ketika memasuki semula ruang bumi,” kata saintis orbit NASA, Mark Matney.

Serpihan, satelit, NASA, Kanada, Afrika, Australia, WASHINGTON, Serpihan, angkasa, terbesar, masa, tahun, jadual, mencecah, bumi, kawasan, dilintasi, termasuk, Kanada, Australia, Afrika, menurut NASA hari ini. , berita malaysia, Berita Malaysia dan Singapore, berita melayu, berita penting, berita politik, berita scander, berita sukan, berita terkini, berita tv, berita web, berita-berita, berita awas, berita baru, berita bulan, berita dunia, berita foto, berita gambar, berita gay, berita Harian, berita indon, berita indonesia, berita kini, Upper, Atmosphere, Research, Satellite

All Blacks aibkan gergasi Asia

All Blacks aibkan gergasi Asia

HAMILTON – New Zealand memalukan Jepun dengan melakar kemenangan berat sebelah 83-7 dalam perlawanan yang bertukar mimpi ngeri buat gergasi ragbi Asia itu pada Piala Dunia, semalam.

Turun tanpa tiga tonggak utama yang cedera termasuk kapten, Richie McCaw, Dan Carter dan Mils Muliania, All Blacks masih mampu memperoleh 13 try, iaitu purata satu try dalam setiap enam minit untuk mengimbas memori di Bloemfontein 1995, apabila mereka menang besar 145-17 ke atas lawan yang sama.

Keputusan di Stadium Waikato yang penuh sesak semalam merupakan kekalahan terbesar pernah diterima mana-mana pasukan pada Piala Dunia setakat ini, sekali gus menyerlahkan jurang di antara pasukan gergasi dengan negara kerdil.

“Perkara paling penting buat kami dalam perlawanan ini adalah untuk meningkatkan prestasi dan memastikan struktur permainan kami betul.

“Biarpun menang besar hari ini, namun kami masih perlu memperbaiki beberapa aspek kerana minggu depan kami bakal berdepan satu tugas yang lebih getir (menentang Perancis),” kata ketua pasukan All Blacks, Keven Mealamu.

Dalam perlawanan semalam, Richard Kahui dan pemain sayap gantian, Sonny Bill Williams masing-masing memperoleh dua try.

Begitupun, All Blacks tidak terlalu ghairah untuk mencari mata pada awal permainan, dan hanya mula bertindak garang pada 50 minit terakhir, tempoh di mana mereka memperoleh 10 daripada 13 try.

Jurulatih All Blacks, Graham Henry berkata: “Kami bermula perlahan tetapi menunjukkan prestasi yang lebih baik berbanding minggu lalu.”

All Blacks, gergasi, Asia, HAMILTON, New Zealand, Jepun, melakar, kemenangan, berat, perlawana bertukar, mimpi, ngeri, gergasi, ragbi, Asia, Piala Dunia, semalam, Turun, tiga, tonggak, utama, termasuk, kapten, Richie McCaw, Carter, Mils Muliania, All Blacks, try, purata, satu, enam,  mengimbas, memori, Bloemfontein, menang, besar, lawan