Tag Archives: terburuk

16,000 polis Britain dikerah

16,000 polis Britain dikerah

LONDON 10 Ogos – Rusuhan terburuk di Britain dalam tempoh puluhan tahun berlarutan ke hari keempat hari ini apabila gerombolan pemuda mengganas di Manchester dan kawasan perindustrian tengah England tetapi keadaan di London agak tenang selepas 16,000 anggota polis dikerahkan untuk membendung keganasan.

Di Manchester, perusuh memecah masuk dan mencuri barang kedai serta menghalau jurugambar dari tempat kejadian dalam keganasan terburuk di bandar raya ketiga terbesar di Britain itu dalam tempoh 30 tahun.

Kejadian mencuri juga berleluasa di Birmingham buat malam kedua dan dalam insiden paling serius malam tadi, tiga lelaki yang baru keluar dari sebuah masjid terbunuh apabila mereka dirempuh sebuah kereta dalam kes langgar lari di bandar raya tersebut.

Di tempat lain, perusuh membakar bangunan di West Bromwich dan Wolverhampton di tengah England dan sebuah balai polis di Nottingham diserang dengan bom petrol, walaupun tiada kecederaan dilaporkan, sementara kira-kira 200 perusuh membaling objek ke arah polis di Liverpool.

Bagaimanapun di London, tiada lagi gelombang keganasan yang menyebabkan beberapa bahagian ibu kota ini terbakar malam semalam, selepas polis dikerahkan beramai-ramai dan kumpulan penduduk membanjiri jalan untuk mempertahankan komuniti mereka.

Scotland Yard awal hari ini berkata, 768 orang ditangkap di London kerana disyaki melakukan keganasan, mencetuskan kekacauan dan mencuri.

Sebanyak 109 lagi ditangkap di wilayah West Midlands, 108 di Manchester dan Salford, dan 44 di Liverpool dan sekitarnya, manakala di Bristol 19 tangkapan dilakukan kerana pelbagai kesalahan termasuk memiliki topeng ski.

Fokus keganasan malam tadi ialah Manchester, barat laut England, di mana polis terpaksa berundur akibat kemaraan ratusan pemuda yang menutup muka dengan skarf dan topeng ski.

Dua perusuh memecahkan pintu kaca pusat membeli-belah Arndale, gedung membeli-belah utama di Manchester, membolehkan ratusan pemuda masuk dan melarikan pelbagai barangan termasuk pakaian dan kasut.

Polis hanya mampu menjadi pemerhati apabila pencuri mengosongkan sebuah kedai barangan elektrik manakala kumpulan lain bersemuka dan memaki-hamun anggota polis.

Dalam perkembangan yang tidak akan membantu meredakan ketegangan, badan pemantau polis Britain berkata, pihaknya tidak menemui bukti Mark Duggan, lelaki yang ditembak mati oleh polis minggu lepas dalam insiden yang mencetuskan protes dan seterusnya rusuhan di London, telah melepaskan tembakan ke arah polis.

Dalam operasi terancang, anggota polis bersenjata menahan teksi yang dinaiki oleh Duggan, 29, di daerah berbilang etnik Tottenham, utara London, tembakan dilepaskan dan Duggan mati di tempat kejadian.

Keluarga Duggan berkata, hasil siasatan itu menyebabkan mereka berasa amat kesal dan mereka menuntut ‘jawapan’ daripada polis.

utusan, polis, britain, melayu, terkini, negeri, dalam negeri, laporan, negara, luar negara, sukan, semalam, semalam selepas, rusuhan, terburuk, britain dalam, tempoh, dalam tempoh, kawasan, tengah, tengah england, dikerahkan, polis dikerahkan, masuk, kedai, tempat kejadian, bandar, raya, bandar raya, insiden, dalam insiden, tadi, malam tadi, lelaki, lelaki yang, west, tiada, kira, arah, arah polis, liverpool, lagi, menyebabkan, ditangkap, kerana, mencetuskan, manakala, pelbagai, termasuk, topeng, ratusan, ratusan pemuda, membeli, belah, membeli belah, barangan

Man. United cipta fenomena baru

Man. United cipta fenomena baru

MUSIM baru Liga Perdana Inggeris (EPL) baru saja memasuki perlawanan kelima tetapi Manchester United sudah mencetus satu fenomena baru.

Lima kemenangan dicipta dengan jumlah jaringan besar iaitu 21 gol, satu permulaan garang dan mengejutkan buat peminat setia kelab tersebut kerana United biasanya sering bermula lembap pada awal musim.

Siapa boleh lupa aksi hebat United membaham Arsenal 8-2 pada 28 Ogos lalu? Kekalahan terburuk dalam tempoh 125 tahun sepanjang penubuhan Gunners dan United.

Keputusan tersebut mengejutkan ramai pemerhati bola sepak walaupun Arsenal pada masa itu tidak dapat menurunkan ramai pemain utama.

Bermula dengan menang tipis 2-1 ke atas West Brom, itu pun ihsan gol sendiri Steven Reid di minit ke-81. Namun, Red Devils bagaikan dirasuk bermula dari perlawanan kedua.

Selepas membenam Tottenham 3-0, mereka menang besar 8-2 ke atas Arsenal, diikuti membelasah Bolton 5-0 di Stadium Reebok. Kemenangan terbaru adalah menewaskan pencabar utama liga, Chelsea 3-1 pada 18 Septemberlalu.

Kali terakhir United memulakan musim dengan hebat adalah pada 1985 di bawah kendalian Ron Atkinson apabila menang 10 perlawanan pertama. Namun, mereka dipintas oleh Liverpool selepas memasuki separuh saingan.

Apa rahsia kejayaan United yang amat garang pada awal musim ini? Jika ditanya kebanyakan peminat setia mereka, sudah tentu ramai yang merujuk kepada Wayne Rooney yang kembali menemui sentuhan pemusnah dalam semua perlawanan.

Hanya selepas lima perlawanan, Rooney sudah menyumbat sembilan gol, permulaan cemerlang yang tidak dijangkakan kerana penyerang itu mempamer aksi kurang konsisten musim lalu.

Namun, berdasarkan statistik, rekod jaringan menakjubkan Rooney sebenarnya dibantu oleh kehadiran bintang baru dari Aston Villa, Ashley Young, selain sayap Portugal, Nani.

Man, United, cipta, fenomena, baru, MUSIM, baru, Liga, Perdana, Inggeris, EPL, memasuki, perlawanan, kelima, Manchester United, mencetus, satu, fenomena, baru, berita malaysia, Berita Malaysia dan Singapore, berita melayu, berita penting, berita politik, berita scander, berita sukan, berita terkini, berita tv, berita web, berita-berita, berita awas, berita baru, berita bulan, berita dunia, berita foto, berita gambar, berita gay, berita Harian, berita indon, berita indonesia, berita kini, membaham, Arsenal, Ogos, lalu, Kekalahan, terburuk, tempoh, tahun, sepanjang, penubuhan, Gunners, United