Tag Archives: tentera udara

17 mayat mangsa pesawat terhempas di temui

2_1

17 mayat mangsa pesawat terhempas di temui

Sebanyak 17 mayat yang ditemui di satu lokasi terpencil Lautan Atlantik di mana sebuah pesawat milik penerbangan Air France terhempas seminggu lalu dibawa ke kawasan kepulauan milik Brazil di sini, kata beberapa pegawai.

Semua mayat tersebut dan berpuluh-puluh komponen pesawat jenis Airbus A330 itu yang ditemui di laut dijangka tiba di kepulauan Fernando de Noronha hari ini.

Jurucakap tentera udara, Leftenan Kolonel Henry Munhoz berkata, mayat-mayat itu akan diterbangkan ke bandar pesisir pantai Recife, Brazil untuk proses pengenalan dengan menggunakan rekod pergigian dan ujian asid deoksiribonukleik (DNA) daripada saudara-mara mangsa.

Setakat ini, tentera Brazil dan Perancis masih melakukan kerja mencari lebih banyak mayat dan serpihan di zon pesawat itu terhempas iaitu kira-kira 1,100 kilometer ke timur laut pantai Brazil.

Sebuah kapal selam nuklear Perancis dijangka tiba di kawasan itu esok untuk membantu mencari beberapa kotak hitam milik penerbangan AF 447 yang terhempas pada 1 Jun lepas bersama-sama 228 penumpang dan krew ketika dalam penerbangan dari Rio de Janeiro menuju ke Paris.

Kotak-kotak hitam itu yang menyimpan maklumat penerbangan pesawat tersebut dipercayai berada di dasar laut pada kedalaman 6,000 meter dan akan berhenti mengeluarkan isyarat dalam tempoh tiga minggu.

Tentera Laut Amerika Syarikat pula memberitahu, ia akan menghantar dua buah kapal bersama 20 krew ke lokasi itu minggu ini bagi membantu mencari kotak-kotak hitam tersebut.

“Kapal pertama akan bergerak pada Khamis ini. Ia boleh digunakan untuk menjejaki kapal selam atau sebarang benda di dalam laut yang mengeluarkan isyarat,” kata jurucakap Pentagon, Komander Jeffrey Gordon.

pesawat terhempas, pesawat terhempas musik, pesawat terhempas video, pesawat terhempas foto, pesawat terhempas cinta, pesawat terhempas berita, pesawat terhempas awek, pesawat terhempas kontraksi, pesawat terhempas Hiburan, pesawat terhempas malaysia, pesawat terhempas Melayu, pesawat terhempas Indon, pesawat terhempas Indonesia, pesawat terhempas gambar, pesawat terhempas cerita, pesawat terhempas pilihan, pesawat terhempas kl, pesawat terhempas bf1,Berita Hiburan musik, Berita Hiburan video, Berita Hiburan, Berita, Hiburan cinta, Berita Hiburan berita, Berita Hiburan awek, Berita Hiburan kontraksi, Berita Hiburan Hiburan, Berita Hiburan malaysia, Berita Hiburan Melayu, Berita Hiburan, Berita Hiburan Indonesia,Berita Hiburan gambar, Berita Hiburan cerita, Berita Hiburan pilihan, Berita Hiburan kl, Berita Hiburan bf1, Artis musik, Artis video, Artis foto,Artis berita, Artis awek, Artis kontraksi, Artis Hiburan, Artis malaysia, Artis Melayu, Artis Indon, Artis Indonesia, Artis gambar, Artis cerita, Artis pilihan, Artis kl, Artis bf1, Artis foto, Artis Indon, Artis cinta, hiburan malaysia, hiburan melayu, hiburan korea, hiburan jepun, hiburan

Nafas tak berbau, tiada parut syarat jadi angkasawan

angkasawan.thumbnail

Nafas tak berbau, tiada parut syarat jadi angkasawan

SHANGHAI: Tiada parut, penyakit serius dan gigi berlubang selama tiga generasi adalah antara keperluan calon angkasawan akan datang China.

Menurut media, seseorang yang berminat menjadi angkasawan dalam ekspedisi akan datang perlu melepasi 100 syarat kesihatan ketat.  Seseorang yang memiliki masalah seperti nafas berbau atau selesema akan diketepikan.
Pegawai tentera udara yang mengendalikan saringan itu di Hospital Nanjing, Shi Bing Bing, berkata bau nafas boleh memberi kesan kepada rakan mereka di angkasa lepas.

Selain aspek fizikal, katanya, tentera juga mementingkan sifat calon angkasawan sebagai individu yang disenangi dan pintar.

“Angkasawan boleh dianggap sebagai manusia luar biasa,” katanya.

China menghantar angkasawan pertamanya untuk keluar dari kapal angkasa pada September tahun lalu.

Anak peniaga kecil, Zhai Zhigang, mengibarkan bendera kecil China di angkasa dengan bantuan rakannya, Liu Boming, yang sempat mengeluarkan kepala dari kapal angkasa untuk seketika.

angkasawan, angkasawan berita, angkasawan kini, angkasawan dunia, angkasawan asia, angkasawan malaysia, angkasawan melayu, angkasawan indon, angkasawan indonesia, angkasawan kl, angkasawan foto, angkasawan gambar, angkasawan bf1, berita dunia, berita majalah, berita baru, berita asia, berita artis, berita hiburan, berita kawan, berita politik, berita-berita, beritakini, beritadunia, beridaasia, beritamalaysia, beritamelayu, beritaindon, beritaindonesia, beritakl, beritafoto, beritagambar, beritaterkini, beritaweb, beritaharian, beritabaru, beritabf1, beritatv, berita8, beritagay, beritapenting, beritabulan, beritakasa, beritaawas, berita2, beritascander, beritajalan, beritamaju, beritasukan, berita kini, berita dunia, berita asia, berita malaysia, berita melayu, berita indon, berita indonesia, berita kl, berita foto, berita gambar, berita terkini, berita web, berita harian, berita baru, berita bf1, berita tv, berita 8, berita gay, berita penting, berita bulan, berita kasa, berita awas, berita scander, berita jalan, berita maju, berita sukan, berita, kini, dunia, asia, malaysia, melayu, indon, indonesia, kl, foto, gambar, terkini, web, harian, baru, bf1

Britain sewa helikopter Rusia

du_02.1

Britain sewa helikopter Rusia

KABUL – Gara-gara kekurangan jentera pengangkutan udara, kerajaan Britain sanggup menyewa helikopter dan pesawat Rusia untuk mengangkut askar-askarnya di Afghanistan.

Kementerian Pertahanan Britain dilapor menggunakan sejumlah helikopter Mi-8 dan Mi-26 buatan Rusia yang dikendali juruterbang kontrak dari Rusia dan Ukraine untuk mengangkut anggota tentera negara itu berulang-alik dari medan pertempuran.

Selain itu, Britain turut menyewa pesawat pengangkut Rusia, Antonov untuk mengangkut kenderaan dan peralatan berat dari pangkalan Tentera Udara Diraja Britain (RAF) di Oxfordshire ke Afghanistan. Semua pesawat itu tidak memiliki lambang RAF.

Kerajaan Britain sekali lagi mendapat malu selepas media negara itu mendedahkan terdapat lapan helikopter pengangkut RAF jenis Chinook yang kesemuanya berharga £259 juta (RM1.5 bilion) tersadai di beberapa hangar di Wiltshire sejak diserahkan pada 2001.

Semua helikopter itu tak ubah seperti gajah putih selepas Kementerian Luar Britain gagal meminta hak perisian penerbangan daripada syarikat Boeing yang membuat helikopter itu.

Isu kekurangan jentera pengangkutan udara mencetuskan perang dingin antara ketua angkatan tentera Britain, Jeneral Richard Dannat dan Perdana Menteri Gordon Brown.

Dannat yang terpaksa menumpang sebuah helikopter milik Amerika Syarikat ketika berada di Afghanistan pada minggu lalu berang selepas pentadbiran Brown memandang sepi permintaannya supaya kerajaan mengeluarkan peruntukan tambahan bagi menyelesaikan masalah tersebut.

“Tanpa pesawat yang cukup, kita (tentera Britain) terpaksa berdepan risiko jerangkap samar dan bom tepi jalan yang banyak ditanam militan di beberapa lokasi di selatan Afghanistan. Kami malu kerana terpaksa merayu untuk menumpang atau meminjam pesawat tentera pakatan lain,” kata seorang pegawai tentera Britain.

Britain,Britain berita, Britain kini, Britain dunia, Britain asia,Britain malaysia, Britain melayu, Britain indon, Britain indonesia, Britain kl, Britain foto, Britain gambar, Britain bf1, berita dunia, berita majalah, berita baru, berita asia, berita artis, berita hiburan, berita kawan, berita politik, berita-berita, beritakini, beritadunia, beridaasia, beritamalaysia, beritamelayu, beritaindon, beritaindonesia, beritakl, beritafoto, beritagambar, beritaterkini, beritaweb, beritaharian, beritabaru, beritabf1, beritatv, berita8, beritagay, beritapenting, beritabulan, beritakasa, beritaawas, berita2, beritascander, beritajalan, beritamaju, beritasukan, berita kini, berita dunia, berita asia, berita malaysia, berita melayu, berita indon, berita indonesia, berita kl, berita foto, berita gambar, berita terkini, berita web, berita harian, berita baru, berita bf1, berita tv, berita 8, berita gay, berita penting, berita bulan, berita kasa, berita awas, berita scander, berita jalan, berita maju, berita sukan, berita, kini, dunia, asia, malaysia, melayu, indon, indonesia, kl, foto, gambar, terkini, web, harian, baru, bf1