Tag Archives: tampil

Sharapova raih kejuaraan kedua

Sharapova raih kejuaraan kedua

CINCINNATI – Pemain Rusia, Maria Sharapova (gambar) tampil bergaya apabila muncul juara pada Kejohanan Tenis Terbuka Cincinnati 2011.

Bagaimanapun, Sharapova tidak diberikan laluan mudah bagi menggengam kejuaraan keduanya tahun ini itu.

Ini kerana, dia dipaksa bekerja keras sebelum ber- jaya mengetepikan cabaran pemain Serbia, Jelena Jankovic 4-6, 7-6 (3), 6-3 pada aksi final semalam.

Tampil selaku pemain pilihan keempat kejohanan, Sharapova membuktikan dirinya masih merupakan jaguh tenis dunia apabila berjaya kembali bangkit untuk menyamakan kedudukan pada set penentuan dan sekali gus mencatatkan kemenangan ke atas Jankovic.

“Berjaya mengutip sehingga lima mata bagi menyamakan kedudukan, ia adalah suatu yang menakjubkan daripada saya,” kata Sharapova.

Sementara itu, kemarau kejuaraan Jankovic berterusan ekoran kekalahan tersebut.

Sebagai rekod, kali terakhir Jankovic merekod- kan kejuaraan adalah pada Terbuka Indian Wells 2010.

“Saya sebenarnya boleh memenangi perlawanan hari ini (semalam). Saya ada peluang untuk melaku- kannya.

“Perlawanan tidak akan tamat selagi kamu tidak bersalaman antara satu sama lain,” jelas Jankovic.

Sharapova, raih, kejuaraan, kedua, Pemain, Rusia, Maria Sharapova, tampil, bergaya, muncul, juara, Kejohanan, Tenis, Terbuka, Cincinnati, Serbia, Jelena Jankovic, sukan, tenis, berita dunia, berita sukan, berita terkini, berita asia, berita tv, berita baru, berita foto, berita gambar, berita malaysia, Terbuka, Indian, Wells, Jankovic, kemenangan, Serbia, Perlawanan, mengutip

Torres julang Chelsea

Torres julang Chelsea

LONDON – Penyerang Chelsea, Fernando Torres tampil dengan aksi bertenaga ketika mereka menewaskan Genk pada saingan peringkat Kumpulan E saingan Liga Juara-Juara kelmarin.

Torres yang turut mendapat sokongan daripada David Luiz membuktikan bahawa dia masih tergolong dalam senarai penyerang paling berwibawa di Eropah.

Pasangan Chelsea itu menampilkan keserasian yang menakjubkan ketika membantu The Blues menewaskan Genk 5-0 di Stamford Bridge.

Torres berjaya menamatkan kemarau jaringan di pentas Eropah dengan meledak dua gol, namun pengurus Chelsea, Andres Villas-Boas belum mahu memuji prestasi yang dipamerkan penyerang dari Sepanyol itu.

“Kejayaan kami bukan bergantung kepada seorang individu tetapi ia adalah hasil daripada persembahan berpasukan.

“Hari ini (kelmarin) Tor- res berada pada prestasi terbaik dan dia semakin bijak menyambar peluang. Apa pun, kejayaan kami adalah hasil kerja keras daripada semua pemain.”

Selain Torres, turut berada dalam senarai penjaring termasuk Raul Mei- reles, Branislav Ivanovic dan pemain gantian, Salo- mon Kalou.

Kemenangan tersebut merupakan kejayaan terbesar Chelsea di Stamford Bridge dalam kejohanan Eropah dan kini mereka mendahului kedudukan dalam Kumpulan E.

“Saya puas hati dengan prestasi kami, bukan sahaja cara kami bermain tetapi komitmen daripada semua rakan sepasukan.

“Dua gol awal meletakkan kami dalam kedudukan yang sangat selesa dan dua lagi sebelum separuh masa sudah menampakkan hasil daripada kerja keras kami sepanjang perlawanan tersebut.

“Apa yang lebih penting, kami harus memikirkan untuk menghadapi perlawanan seterusnya. Bulan ini akan menjadi penentu buat kami sama ada kami berpeluang menjulang trofi atau sebaliknya,” ujarnya.

Torres, julang, Chelsea, LONDON, Penyerang, Chelsea, Fernando Torres, tampil, aksi, bertenaga, menewaskan, Genk, saingan, peringkat, Kumpulan E, saingan, Liga Juara-Juara, sokongan, David Luiz, masih, tergolong, senarai, penyerang, paling, berwibawa, Eropah, Pasangan, Chelsea, menampil, keserasian, menakjubkan, membantu, The Blues, Genk, Stamford Bridge, Raul Mei- reles, Branislav Ivanovic, pemain, gantian, Salomon Kalou, berita sukan, berita bolasepak, berita dunia, berita terkini, berita baru, gambar berita, foto berita, web berita, pos berita, sukan, bolasepak, berita lain-lain

Beyonce bangga tampil diri hamil

Beyonce bangga tampil diri hamil

LONDON – Penyanyi terkenal, Beyonce bangga untuk menunjukkan bentuk tubuhnya yang sedang hamil, lapor sebuah akhbar semalam.

Beyonce kini hamil anak hasil perkahwinannya dengan penyanyi Jay Z.

Menurut Beyonce, sukar untuknya untuk menyembunyikan kehamilannya.

Dia yang berusia 30 tahun berkahwin dengan Jay Z pada tahun 2008.

Beyonce berkata, dia mengalami kehidupan yang menyeronokkan seperti membeli-belah semasa hamil.

“Ia hebat,” katanya kepada stesen penyiaran CNN.

Dia menghadiri majlis pelancaran minyak wangi Beyonce Pulse di Penthouse, Dream Downtown di New York kelmarin.

Beyonce, bangga, tampil, diri, hamil, LONDON, Penyanyi, terkenal, Beyonce, bangga, bentuk, tubuhnya, hamil, lapor, sebuah, akhbar, semalam, kini, anak, hasil, perkahwinannya, penyanyi, Jay Z, menyembunyikan, berita sukan, berita asia, berita terkini, berita antarabangsa, berita asia, asia, balas, baru, dunia, emas, foto, gambar, handal, harian, indon, indonesia, kata, kini, kl, malaysia, melayu, antarabangsa