Tag Archives: Taliban asia

Pemimpin Taliban Nigeria ditembak mati

lu_01.1

Pemimpin Taliban Nigeria ditembak mati

MAIDUGURI, Nigeria – Pemimpin Taliban Nigeria ditembak mati dalam tahanan polis lewat semalam, selepas beratus-ratus orang terbunuh dalam pertempuran sengit selama hampir seminggu antara pengikutnya dengan pasukan keselamatan.

Mohammed Yusuf, 39, ketua kumpulan Boko Haram yang mahu undang-undang Islam dilaksanakan dengan lebih meluas di Nigeria, ditangkap dalam operasi yang melibatkan helikopter tentera, askar dan anggota polis.

Seorang wartawan Reuters dan wartawan lain melihat Yusuf di sebuah berek tentera di bandar di utara Nigeria ini selepas dia ditangkap.

Dia tidak mengalami kecederaan yang serius dan masih boleh berdiri. Yusuf kemudian dipindahkan ke ibu pejabat polis Maiduguri di mana dia ditembak mati.

“Dia sudah dibunuh dan anda boleh datang untuk melihat mayatnya di ibu pejabat polis negeri,” kata jurucakap polis di sini, Isa Azare.

Azare tidak memberi penjelasan lanjut mengenai kematian Yusuf tetapi pertubuhan hak asasi manusia yang berpangkalan di New York, Human Rights Watch mengutuk insiden itu sebagai pembunuhan ‘mengejutkan’ yang dilakukan oleh pihak berkuasa tanpa mempedulikan proses undang-undang.

Pegawai polis lain dipetik oleh media tempatan sebagai berkata, Yusuf mati dalam kejadian tembak-menembak ketika cuba melarikan diri.

Seorang wartawan Perbadanan Penyiaran British (BBC) berkata, rakaman video yang disiarkan kepada pegawai dan wartawan menunjukkan Yusuf mengaku bersalah dan menyuarakan rasa kesal dengan tindakannya.

“Dalam rakaman video itu sejurus kemudian, dia kelihatan ditembak dan mereka menunjukkan mayatnya,” kata wartawan itu.

Pasukan keselamatan bertempur di seluruh utara Nigeria sejak lima hari lalu untuk mematahkan pemberontakan anggota Boko Haram itu.

Keganasan meletus pada Ahad lalu apabila anggota kumpulan tersebut yang namanya bermaksud ‘pendidikan Barat adalah haram’ ditangkap di negeri Bauchi kerana disyaki berkomplot untuk menyerang sebuah balai polis.

Presiden Nigeria, Umaru Yar’Adua berkata, Boko Haram memperoleh bekalan senjata dan belajar untuk membuat bom bagi menguatkuasakan fahamannya ke atas rakyat Nigeria dengan kekerasan.

Beliau mengarahkan pasukan keselamatan mengambil segala tindakan yang perlu bagi menghancurkan kumpulan itu.

Taliban, Taliban berita, Taliban kini, Taliban dunia, Taliban asia, Taliban malaysia, Taliban melayu, Taliban indon, Taliban indonesia, Taliban kl, Taliban foto, Taliban gambar, Taliban bf1, berita dunia, berita majalah, berita baru, berita asia, berita artis, berita hiburan, berita kawan, berita politik, berita-berita, beritakini, beritadunia, beridaasia, beritamalaysia, beritamelayu, beritaindon, beritaindonesia, beritakl, beritafoto, beritagambar, beritaterkini, beritaweb, beritaharian, beritabaru, beritabf1, beritatv, berita8, beritagay, beritapenting, beritabulan, beritakasa, beritaawas, berita2, beritascander, beritajalan, beritamaju, beritasukan, berita kini, berita dunia, berita asia, berita malaysia, berita melayu, berita indon, berita indonesia, berita kl, berita foto, berita gambar, berita terkini, berita web, berita harian, berita baru, berita bf1, berita tv, berita 8, berita gay, berita penting, berita bulan, berita kasa, berita awas, berita scander, berita jalan, berita maju, berita sukan, berita, kini, dunia, asia, malaysia, melayu, indon, indonesia, kl, foto, gambar, terkini, web, harian, baru, bf1