Tag Archives: stadium nasional bukit jalil

‘Jangan cepat hukum pemain’

su_02.1

‘Jangan cepat hukum pemain’

BUKAN senang untuk mengalahkan Manchester United.
Hakikat ini sering dihadapi setiap pasukan yang akan turun menentang juara Liga Perdana England itu dan buat kali kedua, skuad pilihan Malaysia terpaksa berdepan realiti ini sekali lagi.

Kekalahan tipis 2-3 pada aksi persahabatan pertama di Stadium Nasional Bukit Jalil petang kelmarin adalah sesuatu yang membanggakan kerana kali terakhir skuad negara tewas kepada United ialah ketika dibelasah 0-6 pada 2001.

Apa yang membanggakan ialah skuad kendalian K. Rajagobal (gambar) itu berjaya menembusi gawang United selain turut mempamerkan permainan menarik dan menghiburkan.

Begitupun, walaupun aksi anak buahnya wajar diberikan pujian, namun Rajagobal, 53, sudah pastinya berdebar menanti reaksi pemain mudanya dan pemain United pada perlawanan ulangan malam ini.

Apa yang pasti, Red Devils akan turun dengan aksi yang berbeza serta penuh bertenaga.

Apa jua keputusannya nanti, hanya satu yang dituntut Rajagobal iaitu peminat negara akan terus memberi peluang kepada pemain mudanya untuk menimba pengalaman dan membentuk persefahaman dari semasa ke semasa.

“Pertemuan kita dengan United semalam (kelmarin) bukannya mudah, tapi pemain berjaya mempamerkan aksi yang agak bagus dan menghiburkan,” kata Rajagobal kepada Kosmo! semalam.

“United pasti akan turun dengan aksi yang berbeza dan ini akan memberi kesukaran kepada kita. Tapi kami akan menggunakan peluang ini dengan baik supaya pengalaman menentang sebuah kelab terbaik dunia ini dapat memantapkan lagi persefahaman dan kualiti pasukan kita.

“Kita harus ingat, skuad negara dibarisi pemain muda dan sebahagian besar daripada mereka baru kali pertama mewakili negara. Malah, mereka juga hanya berlatih selama sepuluh hari. Jadi hantaran, persefahaman dan corak permainan masih belum sempurna.

“Oleh itu saya harap peminat yang datang ke stadium nanti janganlah mengutuk dan mengkritik pemain negara jika mereka buat silap, mereka masih muda dan perlu diberi masa untuk meningkatkan permainan masing-masing,” tambahnya lagi.

Menurut Rajagobal, skuad muda bimbingannya ini mempunyai masa depan yang cerah untuk memulihkan kembali imej bola sepak negara, namun semua ini tidak mampu dilakar dalam masa dua atau tiga tahun.

“Pengurus United, Alex Ferguson pun memerlukan masa 10 tahun untuk membentuk sebuah pasukan yang mantap seperti hari ini.

“(Ryan) Giggs, (Rio) Ferdinand dan (Wayne) Rooney juga memerlukan masa untuk memantapkan persefahaman di antara mereka, jadi mengapa kalau skuad negara, peminat mahukan peningkatan dalam masa yang singkat?

“Saya rasa mentaliti peminat kenalah berubah. Pasukan hebat seperti United pun tidak boleh dibentuk sebegini mantap dalam masa satu atau dua tahun saja. Semuanya memerlukan masa dan saya harap peminat kita faham,” kata Rajagobal.

Mengenai barisan pemain yang akan diturunkan pada aksi kedua malam ini, Rajagobal berkata mungkin ada sedikit perubahan dalam skuad utama.

“Pada aksi pertama saya terpaksa mengeluarkan Aidil Zafuan dan Norhafiz (Zamani) kerana mereka mengalami kecederaan dan saya tidak mahu tanggung risiko kehilangan mereka.

“Jadi hari ini (semalam) saya akan lihat situasi mereka dulu sebelum buat keputusan. Lagipun, semua pemain negara agak keletihan kerana mereka beraksi bermati-matian kerana ingat berdepan United hanya sekali saja.

“Mungkin juga saya akan beri peluang kepada pemain yang belum diturunkan atau pemain yang masih cergas. Semuanya akan saya putuskan selepas sesi latihan petang ini (semalam),” katanya lagi.

hukum,hukum berita, hukum kini, hukum dunia, hukum asia,hukum malaysia, hukum melayu, hukum indon, hukum indonesia, hukum kl, hukum foto, hukum gambar, hukum bf1, berita dunia, berita majalah, berita baru, berita asia, berita artis, berita hiburan, berita kawan, berita politik, berita-berita, beritakini, beritadunia, beridaasia, beritamalaysia, beritamelayu, beritaindon, beritaindonesia, beritakl, beritafoto, beritagambar, beritaterkini, beritaweb, beritaharian, beritabaru, beritabf1, beritatv, berita8, beritagay, beritapenting, beritabulan, beritakasa, beritaawas, berita2, beritascander, beritajalan, beritamaju, beritasukan, berita kini, berita dunia, berita asia, berita malaysia, berita melayu, berita indon, berita indonesia, berita kl, berita foto, berita gambar, berita terkini, berita web, berita harian, berita baru, berita bf1, berita tv, berita 8, berita gay, berita penting, berita bulan, berita kasa, berita awas, berita scander, berita jalan, berita maju, berita sukan, berita, kini, dunia, asia, malaysia, melayu, indon, indonesia, kl, foto, gambar, terkini, web, harian, baru, bf1

United janji aksi berbeza

su_01.3

United janji aksi berbeza

AKSI yang berbeza dengan keputusan yang berbeza.
Itu janji pengurus Manchester United, Alex Ferguson menjelang pertemuan skuad bimbingannya itu dengan pilihan Malaysia di Stadium Nasional Bukit Jalil malam ini.

Selepas hampir dimalukan Malaysia sebelum menang 3-2 kelmarin, Ferguson kini mula menconggak strategi baru dengan membuat beberapa perubahan dalam kesebelasan utamanya ketika menjalani latihan tertutup di padang Majlis Sukan Negara (MSN), pagi semalam.

‘Budak baru’, Michael Owen yang meledak gol kemenangan United, mungkin akan digandingkan dengan penyerang England, Wayne Rooney di jentera serangan, manakala pemain veteran Ryan Giggs pula akan mendapat tempat dalam kesebelasan utama.

“Kami akan turun berdepan pilihan Malaysia sekali lagi di Stadium Nasional Bukit Jalil malam esok (hari ini) dan susunan pemain juga mungkin akan berubah,” kata Ferguson.

“Saya akan menurunkan barisan terkuat dan saya jamin pertemuan kedua ini pastinya berbeza dengan aksi pertama semalam (kelmarin).”

Pertemuan kedua dalam siri jelajah pra musim kelab Liga Perdana England itu ke Asia terpaksa diadakan di Kuala Lumpur selepas kunjungan ke Jakarta, Indonesia dibatalkan atas faktor keselamatan.

Bagi Ferguson, perlawanan kedua ini akan menjanjikan persembahan yang berbeza selepas pemainnya sudah mendapat rehat yang cukup setelah mengharungi penerbangan yang panjang sebelum tiba ke Kuala Lumpur Jumaat lepas.

“Pembatalan kunjungan ke Indonesia telah memberi kami lebih banyak masa untuk menjalani latihan.

“Pemain juga akan mendapat rehat yang secukupnya untuk memberi aksi yang lebih bertenaga. Jadi dengan masa yang kami ada sekarang, saya harap pemain dapat menggunakannya dengan baik,” kata Ferguson.

Sebaik saja tamat sesi latihan pagi semalam, skuad Manchester United kembali semula ke hotel penginapan mereka, Mandarin Oriental sebelum turun menjalani latihan ringan di gimnasium pada sebelah petang.

United,United berita, United kini, United dunia, United asia,United malaysia, United melayu, United indon, United indonesia, United kl, United foto, United gambar, United bf1, berita dunia, berita majalah, berita baru, berita asia, berita artis, berita hiburan, berita kawan, berita politik, berita-berita, beritakini, beritadunia, beridaasia, beritamalaysia, beritamelayu, beritaindon, beritaindonesia, beritakl, beritafoto, beritagambar, beritaterkini, beritaweb, beritaharian, beritabaru, beritabf1, beritatv, berita8, beritagay, beritapenting, beritabulan, beritakasa, beritaawas, berita2, beritascander, beritajalan, beritamaju, beritasukan, berita kini, berita dunia, berita asia, berita malaysia, berita melayu, berita indon, berita indonesia, berita kl, berita foto, berita gambar, berita terkini, berita web, berita harian, berita baru, berita bf1, berita tv, berita 8, berita gay, berita penting, berita bulan, berita kasa, berita awas, berita scander, berita jalan, berita maju, berita sukan, berita, kini, dunia, asia, malaysia, melayu, indon, indonesia, kl, foto, gambar, terkini, web, harian, baru, bf1

Ferguson kagum aksi Malaysia

su_02.1

Ferguson kagum aksi Malaysia

PENGURUS Manchester United, Sir Alex Ferguson tidak menjangkakan pasukan kebangsaan Malaysia yang pernah dibelasah mereka 6-0 pada 2001 hampir mengikat mereka pada aksi persahabatan di Stadium Nasional, Bukit Jalil.

Sambil menganggap perlawanan kali ini lebih memberi cabaran kepada anak-anak buahnya, Ferguson berpendapat bahawa corak permainan terbuka yang ditonjolkan barisan pemain muda negara nampak menyerlah .

“Saya melihat satu permainan terbuka pada perlawanan ini. Mereka (pemain Malaysia) telah menunjukkan kepantasan dan permainan bertenaga sehingga menjadikan perlawanan agak sengit.

“Selepas mendahului 2-0, kami berasa agak selesa tetapi mereka mendapat gol pertama pada penghujung babak pertama.

“Gol penyamaan itu hasil kesilapan Ben Foster yang telah menghidupkan semangat mereka untuk memberi saingan sebenar sepanjang babak kedua.

“Tetapi saya tetap gembira dengan permainan hari ini (semalam). Lagipun ini perlawanan pertama kami dan kami perlukan lebih banyak perlawanan untuk memantapkan pasukan,” kata Ferguson pada sidang media selepas perlawanan itu.

Namun, Ferguson tetap menjanjikan barisan pemain lebih kuat dan persembahan lebih mantap pada perlawanan ulangan bertemu Malaysia di venue yang sama, Stadium Nasional, Bukit Jalil pada 20 Julai.

Manchester United, Manchester United berita, Manchester United kini, Manchester United dunia, Manchester United asia, Manchester United malaysia, Manchester United melayu, Manchester United indon, Manchester United indonesia, Manchester United kl, Manchester United foto, Manchester United gambar, Manchester United bf1, berita dunia, berita majalah, berita baru, berita asia, berita artis, berita hiburan, berita kawan, berita politik, berita-berita, beritakini, beritadunia, beridaasia, beritamalaysia, beritamelayu, beritaindon, beritaindonesia, beritakl, beritafoto, beritagambar, beritaterkini, beritaweb, beritaharian, beritabaru, beritabf1, beritatv, berita8, beritagay, beritapenting, beritabulan, beritakasa, beritaawas, berita2, beritascander, beritajalan, beritamaju, beritasukan, berita kini, berita dunia, berita asia, berita malaysia, berita melayu, berita indon, berita indonesia, berita kl, berita foto, berita gambar, berita terkini, berita web, berita harian, berita baru, berita bf1, berita tv, berita 8, berita gay, berita penting, berita bulan, berita kasa, berita awas, berita scander, berita jalan, berita maju, berita sukan, berita, kini, dunia, asia, malaysia, melayu, indon, indonesia, kl, foto, gambar, terkini, web, harian, baru, bf1