Tag Archives: sejarah Wozniacki terus

Clijsters, Wozniacki terus mara

Clijsters, Wozniacki terus mara

MONTREAL – Penyandang juara Terbuka Amerika Syarikat 2009, Kim Clijsters dan naib juara, Caroline Wozniacki yang juga pemain No. 2 dunia mara ke pusingan ketiga Kejohanan Tenis Piala Montreal bernilai AS$2 juta, kelmarin.

Clijsters yang merupakan pemain pilihan kelima dari Belgium menyingkirkan pemain pusingan kelayakan dari AS, Bethanie Mattek-Sands 4-6, 6-4, 6-3 untuk menempah pertemuan di pusingan 16 terbaik dengan Kaia Kanepi dari Estonia yang turut menunjukkan jalan keluar kepada pemain Australia, Sybille Bammer 7-5, 6-2.

Selepas menang kejuaraan kali ke-38 sepanjang kariernya di Cincinnati, minggu lalu, Clijsters telah menunjukkan penguasaan yang membantu dia menang kembali mahkota Grand Slam tahun lalu.

Wozniacki yang memperoleh status bye pada pusingan pertama pula menundukkan pemain Switzerland, Patty Schnyder 7-5, 7-5 untuk kekal selaku pilihan kejuaraan di Kanada itu.

Pemain pilihan pertama, Jelena Jankovic dari Serbia pula tersingkir di minggu kedua, dua kali berturut-turut apabila tewas kepada pemain kelayakan manakala pilihan ketika dari AS, Venus Williams terpaksa menarik diri sekali gus menyertai kakaknya, Serena dalam senarai pemain tercedera.

Wozniacki yang menang empat daripada lima perlawanan menentang pemain ranking ke-52, Schnyder, telah menang dua minggu lalu di gelanggang sendiri di Copenhagen dan memintas Jankovic untuk menjadi pemain No. 2 dunia, Isnin lalu.

Pemain Denmark itu akan berhadapan dengan pemain Itali, Flavia Pennetta yang menyingkirkan pemain Rusia, Alisa Kleybanova, 6-3, 6-3.

Pilihan keenam dari Itali, Francesca Schiavone pula menang ke atas Ekaterina Makarova dari Rusia 6-4, 6-7 (5/7), 6-2 untuk bertemu seorang lagi pemain Rusia, Dinara Safina yang merupakan juara Montreal 2008 yang menumpaskan rakan senegara, Nadia Petrova 7-5, 4-6, 6-4.

Turut melangkah adalah pilihan ketujuh dari Poland, Agnieszka Radwanska yang menundukkan pemain AS Vania King 6-0, 6-3.

Pemain Jepun, Kimiko Date Krumm menarik diri akibat kecederaan sekali gus memberi kemenangan percuma buat Marion Bartoli bertemu pemain kelayakan Republik Czech, Iveta Benesova yang menumpaskan Jankovic

Wozniacki terus, Wozniacki terus kini, Wozniacki terus terkini, Wozniacki terus terbaru, Wozniacki terus baru, Wozniacki terus skandal, gambar Wozniacki terus, foto Wozniacki terus, video Wozniacki terus, biodata Wozniacki terus, biografi Wozniacki terus, sejarah Wozniacki terus, web Wozniacki terus, berita terkini, berita terbaru, berita penting, berita dunia, berita asia