Tag Archives: sebastian vettel

Vettel juara jika naik podium

Vettel juara jika naik podium

SINGAPURA – Sebastian Vettel mengesahkan kejuaraan dunia Formula Satu musim lalu dengan memenangi perlumbaan terakhir, namun pelumba Jerman itu mungkin hanya memerlukan penamat podium di Singapura pada Ahad ini untuk merangkul kejuaraan dunia, ketika baki lima perlumbaan.

Mendahului senarai pelumba dengan kelebihan 112 mata selepas 13 daripada 19 perlumbaan, pelumba Red Bull berusia 24 tahun itu berpeluang dinobat juara dunia berganda paling muda selepas menikmati lapan kemenangan musim ini.

Vettel mampu mencapai impiannya pada hujung minggu ini jika dia menamatkan perlumbaan di Singapura dengan kelebihan 125 mata ke atas pencabar terdekat iaitu pelumba Ferrari, Fernando Alonso.

Begitupun, Vettel enggan terlalu yakin untuk bergelar juara pada hujung minggu ini.

“Melihat kepada perlumbaan, kejuaraan dunia masih jauh. Kami berada pada kedudukan yang kukuh, yang mana kami memang layak berada pada kedudukan tersebut kerana kami bekerja keras dan melakukan hanya sedikit kesilapan.

“Asalkan kami beraksi pada perlumbaan akan datang dengan kelebihan mata yang besar, ini bermakna kami melakukan tugas dengan baik, nanti kita saksikan,” katanya.

Alonso mengakui berdebar cabaran beraksi di litar Marina Bay sepanjang 5.073 kilometer, satu-satunya perlumbaan malam dalam kalendar F1 yang memasuki musim ketiga dan Vettel berhasrat untuk memperbaiki pencapaian tempat kedua tahun lalu.

“Saya sukakan litar ini. Ia sangat mencabar, banyak selekoh, ia sangat panjang serta cuacanya panas. Ia adalah perlumbaan malam, jadi banyak yang istimewa tentang Singapura.

“Jentera kami sangat kompetitif di sini, jadi saya harap kami dapat beraksi semula dan menang, ia pastinya akan menjadi saat yang istimewa,” katanya.

Vettel, juara, jika, naik, podium, SINGAPURA, Sebastian Vettel, kejuaraan, dunia, Formula, Satu, musim, lalu, memenangi, perlumbaan, terakhir, pelumba, Jerman, hanya, memerlukan, penamat, podium, Ahad, merangkul, kejuaraan, dunia, ketika, baki, lima, perlumbaan, berita malaysia, Berita Malaysia dan Singapore, berita melayu, berita penting, berita politik, berita scander, berita sukan, berita terkini, berita tv, berita web, berita-berita, berita awas, berita baru, berita bulan, berita dunia, berita foto, berita gambar, berita gay, berita Harian, berita indon, berita indonesia, berita kini, pelumba, Ferrari, Fernando Alonso

Hamilton anggap Button pencabar

Hamilton anggap Button pencabar

LONDON – Pemandu McLaren, Lewis Hamilton berasa gembira dengan cabaran sengit diberikan Jenson Button meskipun dia tewas kepada rakan sepasukannya itu pada perlumbaan Grand Prix (GP) Hungary, Ahad lalu.

Bukan kali pertama untuk musim ini, Hamilton dan Button bersaing hebat sesama sendiri bagi merebut kemenangan tetapi kali ini ia tidak berakhir seperti GP Kanada apabila kedua- dua mereka berjaya menamatkan perlumbaan.

Selepas bertukar posisi tidak kurang daripada empat kali, Hamilton dan But- ton berlumba secara sengit untuk mendahului perlumbaan di Litar Budapest, Hungary sebelum akhirnya Hamilton terpaksa mengalah kerana mengalami masalah pada tayar jenteranya.

Button muncul juara, manakala Hamilton sekadar menamatkan saingan di tempat keempat di belakang pemandu Red Bull, Sebastian Vettel dan Fernando Alonso dari Ferrari.

Namun bagi Hamilton, dia tidak berasa sedih atau terkilan, sebaliknya tetap gembira kerana Button berjaya menjulang nama McLaren dengan muncul juara pada perlumbaan tersebut.

“Dia (Button) merupakan rakan sepasukan yang cukup hebat dan sememangnya seorang pemandu yang bagus.

“Dia memandu dengan baik pada perlumbaan yang cukup hebat (di Litar Budapest) dan memang layak untuk memenanginya.

“Kami menekan satu sama lain sepanjang perlumbaan dan itu sesuatu yang sentiasa kami harap dan mahu lakukan pada setiap perlumbaan.

“F1 sememangnya sukan yang memerlukan kita memaksa diri bagi mencapai had maksimum.

“Mempunyai rakan sepasukan yang mampu memberi saingan hebat adalah sebahagian daripadanya,” kata Hamilton.

Hamilton, biografi Hamilton, dunia, foto, gambar, harian, indon, indonesia, juga, kata, kini, kl, maju, malaysia, mampu, mara, melayu, menang, rasa, Hamilton  berita , Hamilton  gambar Hamilton  antarabangsa,  artis, Hamilton  asia, Hamilton awas, Hamilton baru, Hamilton, Hamilton biodata, Hamilton biografi, Hamilton bulan, Hamilton dunia, Hamilton  foto, Hamilton gambar, Pemandu, McLaren, Lewis, Hamilton, berasa, gembira, Jenson, Button, perlumbaan, Grand, Prix, Hungary, Bukan, kali, pertama, musim, ini, Hamilton, Button, GP, Kanada, Sebastian Vettel, Hamilton sukan

Webber nasihati Button

su_08.1

Webber nasihati Button

LONDON – Sekalipun berlainan pasukan, pemandu Red Bull, Mark Webber (gambar) tidak lokek memberi nasihat kepada pemandu Brawn GP, Jenson Button.

Webber berkata, Button tidak perlu berasa tertekan meskipun gagal untuk menamatkan perlumbaan pada Grand Prix (GP) Belgium bulan lepas.

Pada perlumbaan di Litar Spa- Francorchamps itu, Button gagal meraih mata buat pertama kali musim ini selepas terlibat dengan kemalangan di awal saingan.

Ia juga merupakan kali keempat berturut-turut pemandu Brawn GP itu gagal untuk meraih kejayaan podium selepas beraksi cemerlang pada awal musim dengan menjuarai enam daripada tujuh perlumbaan pertama.

Begitupun, Button masih kekal di tangga teratas dengan memiliki kelebihan 16 mata di hadapan rakan sepasukannya, Rubens Barrichello manakala pemandu Red Bull, Sebastian Vettel di tempat ketiga (53) diikuti Webber (51.5).

Menurut Webber, Button tidak perlu merasa tertekan kerana kegagalannya meraih mata di Spa-Francorchamps bukan disebabkan kesila- pan pemandu Britain itu.

“Ramai yang bercakap mengenai tekanan terhadap Button tetapi dia sebenarnya tidak melakukan sebarang kesilapan,” kata Webber.

“Brawn GP yang melakukan sedikit kesilapan pada semua empat perlumbaan terakhir kecuali ketika Barrichello muncul juara di Valen- cia.

“Disebabkan itu, saya tidak boleh memandang rendah terhadap Button kerana saya masih belum melihat dia melakukan sebarang kesilapan dalam perlumbaan.”

webber, webber kini, webber terkini, webber terbaru, webber baru, webber skandal, gambar webber, foto webber, video webber, biodata webber, biografi webber, sejarah webber, web webber, berita terkini, berita terbaru, berita penting, berita dunia, berita asia, berita malaysia, berita melayu, berita indon, berita indonesia, berita kl, berita tv, berita harian, berita gay, berita artis, berita hiburan, berita sukan, berita ekonomi, berita sains, berita teknologi, berita kesihatan, berita sejarah, berita politik, berita bf1, dunia, asia, malaysia, melayu, indon, indonesia, foto, gambar, terkini, web, harian, baru, macam-macam, Bf-1, Webber