Tag Archives: Schumacher indon

Schumacher ubah keputusan

su_10.1

Schumacher ubah keputusan

LONDON – Juara dunia tujuh kali, Michael Schumacher mengubah keputusannya untuk kembali beraksi dalam perlumbaan Formula Satu (F1).

Sebelum ini, pemandu Jerman itu dijadual membuat penampilan semula pada Grand Prix (GP) Eropah di Valencia, 23 Ogos ini bagi menggantikan pemandu Ferrari, Felipe Massa yang mengalami kecederaan.

Bagaimanpun, Schumacher menjelaskan, dia masih belum bersedia untuk membuat penampilan pada perlumbaan kereta paling berprestij di dunia itu.

“Saya telah cuba melakukan segala-galanya untuk memastikan saya dapat membuat penampilan semula tetapi malangnya, keadaan saya tidak membenarkan saya berlumba dalam masa terdekat,” kata Schumacher semalam.

“Leher saya masih terasa sakit sekalipun saya telah cuba untuk melakukan pelbagai rawatan terapi.”

Pemandu berusia 40 tahun itu mengalami kecederaan leher dalam satu kemalangan motosikal awal tahun ini dan dia mengakui masih belum pulih sepenuhnya.

“Kesan kecederaan yang saya alami ketika kemalangan motosikal itu masih terasa sehingga kini.

“Leher saya masih belum boleh menerima tekanan apabila beraksi dalam perlumbaan F1.

“Saya telah menjalani pemeriksaan sejak dua minggu lepas dan kali terakhir pada petang semalam (kelmarin).

“Saya memang kecewa dan saya ingin meminta maaf kepada semua krew Ferrari serta peminat. Saya mendoakan yang terbaik buat Ferrari pada perlumbaan akan datang.”

Berita kemunculan semula Schumacher merupakan khabar paling menggembirakan terutama buat peminat dan penganjur GP Eropah.

Malah, jualan tiket pada perlumbaan di Valencia itu juga dilaporkan meningkat gara-gara Schumacher.

Dalam pada itu, Ferrari mengumumkan memilih pemandu ketiga mereka, Luca Badoer bagi menggantikan Massa.

Pemandu veteran Itali berusia 38 tahun itu pernah beraksi sebanyak 49 perlumbaan ketika bersama pasukan Minardi dan Forti tetapi gagal untuk mengutip sebarang mata sejak tahun 1993 hingga 1999.

Schumacher, Schumacher berita, Schumacher kini, Schumacher dunia, Schumacher asia, Schumacher malaysia, Schumacher melayu, Schumacher indon, Schumacher indonesia, Schumacher kl, Schumacher foto, Schumacher gambar, Schumacher bf1, berita dunia, berita majalah, berita baru, berita asia, berita artis, berita hiburan, berita kawan, berita politik, berita-berita, beritakini, beritadunia, beridaasia, beritamalaysia, beritamelayu, beritaindon, beritaindonesia, beritakl, beritafoto, beritagambar, beritaterkini, beritaweb, beritaharian, beritabaru, beritabf1, beritatv, berita8, beritagay, beritapenting, beritabulan, beritakasa, beritaawas, berita2, beritascander, beritajalan, beritamaju, beritasukan, berita kini, berita dunia, berita asia, berita malaysia, berita melayu, berita indon, berita indonesia, berita kl, berita foto, berita gambar, berita terkini, berita web, berita harian, berita baru, berita bf1, berita tv, berita 8, berita gay, berita penting, berita bulan, berita kasa, berita awas, berita scander, berita jalan, berita maju, berita sukan, berita, kini, dunia, asia, malaysia, melayu, indon, indonesia, kl, foto, gambar, terkini, web, harian, baru, bf1