Tag Archives: Royal

Piala Davis: Federer bantu ikat Australia

SYDNEY – Roger Federer bangkit daripada permulaan hambar untuk menewaskan Lleyton Hewitt 5-7, 7-6 (5), 6-2, 6-3 semalam, sekali gus membantu Switzerland menyamakan kedudukan 1-1 dengan Australia pada hari pembukaan saingan penentuan peringkat kumpulan Tenis Piala Davis.

Federer yang tiba di Australia, Rabu lalu selepas tersingkir daripada separuh akhir Terbuka Amerika Syarikat, memulakan aksinya di Royal Sydney dengan kekalahan di set pertama sebelum bangkit memenangi tiga set berikutnya.

Juara Grand Slam 16 kali itu kini memiliki rekod keme- nangan 18-8 ke atas bekas pemain No. 1 dunia, Hewitt yang kali terakhir memenangi pertemuan tersebut pada final di Halle, Jerman tahun lepas.

Terdahulu, Bernard Tomic berjaya menewaskan Stanislas Wawrinka 4-6, 6-4, 6-3, 6-3 untuk memberi kelebihan 1-0 kepada Australia.

Bagi acara beregu hari ini, Hewitt yang akan bergandingan dengan Chris Guccione, bakal berdepan Federer dan Wawrinka, pasangannya yang pernah memenangi pingat emas di Sukan Olimpik 2008.

Pemenang aksi penentuan ini akan menempat tiket ke pusingan final peringkat kumpulan Piala Davis tahun depan, manakala pasukan yang kalah terpaksa bermain di peringkat zon kelayakan.

Piala, Davis, Federer, bantu, ikat, Australia, Roger, Federer, bangkit, hambar, menewaskan, Lleyton, Hewitt, semalam, sekali, gus, membantu, Switzerland, menyamakan, kedudukan, Australia, pembukaan, saingan, penentuan, peringkat, kumpulan, Tenis, Piala Davis, Federer, Australia, Rabu, lalu, selepas, tersingkir, separuh, akhir, Terbuka, Amerika Syarikat, memulakan, aksinya, Royal, Sydney, kekalahan, set, pertama, bangkit, memenangi, tiga, Bernard, Tomic, berjaya, Stanislas, Wawrinka, memberi, Australia