Tag Archives: rekod

Bolt cipta rekod di Zagreb

Bolt cipta rekod di Zagreb

ZAGREB, Croatia – Selepas dibatalkan penyertaan pada Kejohanan Olahraga Dunia di Daegu, Korea Selatan bulan lalu, Usain Bolt kini lebih berhati-hati ketika memulakan saingan acara 100 meter.

Begitupun, pelari pecut Jamaica ini masih mampu mencipta kemenangan dan mencipta rekod peribadi terbaik musim ini dengan catatan masa 9.85 saat pada Cabaran Dunia Zagreb kelmarin.

Di Daegu, Bolt, 25, gagal mempertahankan gelaran dunia acara 100m selepas penyertaannya dibatalkan, tetapi kali ini, catatan 9.85s lebih pantas daripada catatan terdahulu (9.88s) yang dilakukannya di Monaco pada Jun lalu.

“Ia adalah satu permulaan yang buruk,” kata pemegang rekod dunia dan Olimpik ini.

“Saya hilang konsentrasi dan hanya mahu melepasi garisan. Ia sesuatu yang baik, tetapi saya mungkin boleh melakukan lebih baik daripada itu terutamanya dengan keadaan cuaca seperti ini.”

Kim Collins dari Saint Kitts dan Nevis turut mencatat masa terbaik musim ini (10.01 saat) untuk menamatkan saingan di tempat kedua, di depan pelari Trinidad, Richard Thompson (10.03 saat).

Boris Hanzekovic Memorial yang dipenuhi penonton itu turut dihadiri Presiden Real Madrid, Florentino Perez dan pegawai kelab, Emilio Butragueno.

Perez dan Butragueno meluangkan masa menyaksikan persembahan Bolt menjelang aksi Liga Juara-Juara menentang Dinamo Zagreb awal pagi tadi.

“Kehadiran penonton di sini sungguh menakjubkan,” kata Bolt.

“Saya seronok kerana mereka sangat teruja dan peminat turut menemui saya. Saya seringkali menghargainya.”

Bolt, cipta, rekod, Zagreb, ZAGREB, Croatia, penyertaan, Kejohanan, Olahraga, Dunia, Daegu, Korea, Selatan, bulan, lalu, Usain Bolt, kini, ketika, memulakan, saingan, acara, Begitupun, pelari, pecut, Jamaica, mampu, mencipta, kemenangan, mencipta, rekod, peribadi, terbaik, musim, catatan, masa, saat, Cabaran, Dunia, Zagreb, Daegu, Bolt, 25, mempertahankan, gelaran, dunia, acara,  penyertaannya, catatan, pantas, catatan, terdahulu, Monaco, Jun, lalu, berita indon, berita indonesia, berita kesihatan, berita kl, berita malaysia, Berita Malaysia dan Singapore, berita melayu, berita penting, berita politik, berita sains, berita sejarah, berita sukan, berita teknologi, berita terbaru, berita terkini, berita tv

Mata ketepikan rasa hormat

Mata ketepikan rasa hormat

VALENCIA, Sepanyol – Penyerang Chelsea, Juan Mata akan mengetepikan rasa hormat apabila bertemu bekas rakan sepasukan di Valencia dalam saingan Liga Juara-Juara pada awal pagi esok.

Penyerang berusia 23 tahun itu berpindah ke Stamford Bridge pada Ogos lalu dan mencatat rekod pembelian yang termahal buat Chelsea dalam usaha memburu trofi Liga Juara-Juara.

Pada final tahun 2008, skuad The Blues sema- kin hampir untuk memenangi gelaran berprestij di Eropah itu apabila sepakan penalti John Terry tersasar.

Sejak itu, trofi Liga Juara-Juara menjadi sasaran utama Chelsea yang bimbingan pengurus baharu, Andres Villas-Boas.

Mata dianggap sebagai pemain penting pada pertemuan menentang Valencia ini selepas dia meluangkan masa selama empat tahun bersama kelab itu.

“Ia bakal menjadi satu perlawa- nan yang istimewa buat saya dan saya melalui tempoh yang hebat di sana (Valencia) dan kini, keutama- an saya adalah Chelsea. Saya akan melakukan yang terbaik,” kata Mata.

Sementara itu, Villas-Boas tidak yakin skuad bimbingannya akan berada dalam situasi keletihan selepas beraksi dua perlawanan berturut-turut yang berakhir dengan 10 pemain.

“Ia sepatutnya tidak mempunyai masalah dan tiada apa-apa yang perlu dibimbangi tetapi ia masih di awal saingan,” katanya yang mele- takkan Frank Lampard di bangku simpanan ketika menang 4-1 ke atas Swansea pada aksi Liga Perdana England, Sabtu lalu.

“Kami akan menurunkan sembi- lan pemain baharu di atas padang dan mereka akan bermain Rabu ini (awal pagi esok). Saya fikir, ia adalah penting.”

Selepas mengharungi satu perlawanan dalam saingan Kumpulan E, Chelsea memimpin kedudukan teratas setelah menewaskan Bayer Leverkusen, manakala Valencia mengalami kekecewaan apabila seri di Genk.

Kepulangan Mata menjadi topik hangat di Valencia dan bekas rakan sebiliknya, Pablo Hernandez turut teruja untuk menghadapi perlawanan tersebut.

Mata, ketepikan, rasa, hormat, VALENCIA, Sepanyol, Chelsea, Juan Mata, mengetepikan, rasa, hormat, apabila, bertemu, bekas, rakan, sepasukan, Valencia, saingan, Liga, Juara, awal, pagi, esok,Penyerang, berusia, tahun, berpindah, Stamford Bridge, Ogos, mencatat, rekod, pembelian, termahal, Chelsea, usaha, memburu, trofi, Liga, Juara-Juara, berita artis, Berita Asia, berita baru, berita bf1, berita dunia, berita harian, berita hiburan, berita indon, berita indonesia, berita kawan, berita kini, berita majalah, berita malaysia, berita politik, Mata, Mata asia, Mata baru, Mata berita, Mata bf1, Mata dunia, Mata ekonomi, Mata foto, Mata gambar, Mata indon, Mata indonesia, Mata kini, Mata kl, Mata malaysia, Mata melayu, Mata terkini, Mata web, teknologi Mata

Detik memalukan Torres

Detik memalukan Torres

MANCHESTER – Daripada dipuji, Fernando Torres akhirnya dikeji apabila terlepas peluang keemasan untuk menjaringkan gol ketika berdepan Manchester United yang menyaksikan Blues kalah 1-3 kelmarin.

Torres hanya mampu meledak dua gol untuk Chelsea sejak berpindah dari Liverpool Januari lalu menerusi rekod perpindahan tertinggi di Britain.

Jaringan pertama yang diperoleh Torres pada perlawanan kelmarin dijelmakan pada babak kedua minit ke-46 selepas memperdaya penjaga gol, David de Gea, ketika United mendahului 3-0 pada babak pertama lagi.

Ketika Ramires menghantar bola kepada Torres untuk mendapatkan jaringan, penyerang Chelsea itu dilihat sudah hampir pasti dapat menjaringkan gol apabila berupaya mengelecek penjaga gol David de Gea.

Namun peluang mudah di hadapan pintu gol United yang terbuka luas gagal dimanfaatkan, apabila pemain itu seolah-olah tidak mampu mengawal bola sehinggakan percubaannya tersasar, menyebabkan Torres diejek hampir 75,000 penjaga gol, David de Gea

Kini tiada cara untuk Chelsea mengembalikan peluang tersebut namun boss Blues, Andre Villas-Boas enggan menyalahkan pemain itu sebaliknya beranggapan kesilapan Torres tidak seteruk ketika Wayne Rooney gagal menyempurnakan penalti pada awal perlawanan.

“Contoh terdekat ialah Rooney yang gagal menjaringkan penalti. Itu adalah kesilapan paling buruk buat seorang penyerang bertaraf dunia, juga buat pasukan,” kata Villas-Boas.

Sementara itu, pengurus United, Alex Ferguson berpendapat kesukaran Torres untuk menghasilkan jaringan disebabkan dia belum memperoleh rentak.

“Torres memerlukan masa untuk mendapatkan jaringan. Sungguh teruk apabila dia tidak dapat mendapatkan gol dan dia memerlukan masa untuk itu,” jelas Ferguson.

Detik, memalukan, Torres, MANCHESTER, puji, Fernando Torres, terlepas, peluang, keemasan, gol, ketika, berdepan, Manchester United, menyaksikan, Blues, kalah, Torres, mampu, meledak, dua, gol,  Chelsea, sejak, berpindah, Liverpool, Januari, rekod, perpindahan, tertinggi, Britain, penjaga, gol, David de Gea, penjaga gol, David, de, Gea, Rooney, penalti, Blues, kalah, penyerang, bertaraf, dunia, berita dunia, berita foto, berita gambar, berita gay, berita harian, berita indon, berita indonesia, berita kini, berita kl, berita malaysia, berita melayu, berita penting, berita scander, berita sukan, berita terkini, berita tv