Tag Archives: Ramai

Bas guna jet jumbo pertama di dunia

Bas guna jet jumbo pertama di dunia

LONDON 7 Okt. – Orang ramai kini boleh mengembara dari Dubai ke Abu Dhabi sejauh 121 kilometer dalam tempoh tidak sampai setengah jam dengan hanya menaiki bas.

Bas yang digelar ‘super bus’, ciptaan seorang angkasawan dari Belanda dan merupakan bekas pakar aerodinamik Formula One, Profesor Wubbo Ockels itu merupakan yang pertama di dunia dan mampu memecut sehingga 250 kilometer sejam.

Bas berteknologi tinggi yang kelihatan seperti sebuah kereta Lamborghini yang panjang itu mampu membawa seramai 23 orang penumpang dan berharga 7 juta pound (RM34 juta).

Diperbuat daripada bahan-bahan ringan termasuk aluminium, gentian karbon, kaca gentian dan polikarbonat.

Penumpang akan menikmati keselesaan setanding dengan limusin atau jet peribadi ketika menaiki bas sepanjang 15 meter, lebar 2.5 meter dan setinggi 1.65 meter itu yang menggunakan tenaga elektrik daripada kuasa solar.

Menurut pereka projek, Antonia Terzi, ‘super bus’ itu yang dibawa ke Emiriyah Arab Bersatu menggunakan jet jumbo akan melalui kawasan bandar dengan kelajuan yang dibenarkan dan hanya akan memecut apabila memasuki lebuh raya.

“Penumpang boleh membuat tempahan tiket secara talian dan kami akan mengambil mereka di rumah dan menghantar ke destinasi mereka,” katanya.

Bas, guna, jet, jumbo, pertama, dunia, LONDON, Orang, ramai, kini, mengembara, Dubai, Abu Dhabi, sejauh, kilomete, tempoh, setengah, jam, hanya, menaiki, bas, digelar,super bus, ciptaan, angkasawan, Belanda, bekas, pakar, aerodinamik, Formula, One, Profesor, Wubbo, Ockels, pertama, dunia, memecut, kilometer, sejam, Antonia, Terzi, bus, Emiriyah Arab Bersatu, berita dunia, berita foto, berita gambar, berita gay, berita harian, berita indon, berita indonesia, berita kini, berita kl, berita malaysia, berita melayu, berita penting, berita scander, berita sukan, berita terkini, berita tv, berita web

Korea Selatan mula cari pelumba F1

Korea Selatan mula cari pelumba F1

SEOUL – Penganjuran perlumbaan kereta Formula Satu (F1) di Korea Selatan pada penghujung minggu lalu mula menyedarkan negara tersebut tentang betapa pentingnya mereka memiliki seorang pelumba sendiri seperti Park Ji-sung dalam bola sepak.

Sehubungan itu, penganjur Grand Prix (GP) Korea berharap, seorang pelumba mereka dapat beraksi tidak lama lagi bagi membolehkan lebih ramai rakyat negara itu datang menyaksikan perlumbaan di tempat sendiri.

“Jika kami dapat lahirkan pelumba sendiri, tentu bagus untuk perlumbaan di sini dan pembangunan sukan bermotor keseluruhannya.

“Suatu ketika dulu bola sepak bukan ada ramai peminat pun tetapi sejak ada Park Ji-sung, sukan itu melonjak naik popularitinya dengan mendadak.

“Jadi kami akan cuba melakukan cara yang sama supaya F1 berada di hati rakyat Korea. Kami sudah semakin dekat (mempunyai pelumba),” kata jurucakap penganjur, Shin Young.

Namun begitu Shin mengakui, sukan bermotor masih tidak mendapat liputan menyeluruh daripada media mahupun penaja dalam kalangan syarikat korporat.

Ketika ini, hanya ada tiga litar perlumbaan di negara itu yang menganjurkan perlumbaan dalam setahun. Malah di Korea, ada pelumba mereka yang beraksi dalam Formula Dua (F2), Mun Sung-hak tetapi kurang mendapat perhatian.

Berpangkalan di England, Sung-hak yang berlumba go- kart sejak berusia 11 tahun, menghadapi kekangan kewangan kerana kekurangan penaja untuk mengembangkan bakatnya.

Namun, jika sekiranya Korea serius mencari pelumba, Sung-hak adalah pilihan terbaik untuk menjadi pelumba F1 pertama dari Korea Sela- tan sambil boleh dibantu pengeluar kereta tempatan seperti Hyundai dan KIA.

Korea Selatan, cari, pelumba, SEOUL, Penganjuran, perlumbaan, kereta Formula Satu, Korea Selatan, penghujung minggu, menyedar, negara, memiliki, seorang, pelumba, sendiri, Park Ji-sung bola sepak, penganjur Grand Prix, Korea, berharap, pelumba, dapat, beraksi, memboleh, lebih, ramai, rakyat, negara, menyaksikan, perlumbaan, sendiri, pembangunan, sukan, bermotor, keseluruhan, England, Sung-hak, berlumba, go- kart, berusia, kewangan, penaja, mengembangkan, bakatnya, berita sukan, berita terkini, berita formula one, Korea Selatan, Korea Selatan baru, Korea Selatan kini, Korea Selatan skandal, Korea Selatan terbaru, Korea Selatan terkini, baru, berita artis, Berita Asia, berita gay, berita harian, berita hiburan, berita indon, berita indonesia, berita kesihatan, berita kl, berita malaysia, Berita Malaysia dan Singapore, berita melayu, berita penting, berita politik, berita sains, berita sejarah, berita sukan, berita teknologi, berita terbaru, berita terkini, berita tv,dunia, foto, gambar, gambar Korea Selatan, harian, indon, indonesia, korat thailand, Lumba Basikal, mahu, malaysia, melayu, mingguan, mohamad, nampak, nurul, radzi, sahaja, sejarah Korea Selatan, sukan sea manila, tebus, terkini, video Korea Selatan, vientiane laos, web, web Korea Selatan

Nelayan tangkap ketam ganjil

Nelayan tangkap ketam ganjil

SOUTHSEA – Seorang nelayan menangkap seekor ketam ganjil yang wajahnya dikatakan mirip makhluk asing dalam filem Predator yang dibintangi pelakon Arnold Schwazenegger pada tahun 1980-an, lapor sebuah akhbar semalam.

Ketam itu kini ditempatkan di Akuarium Blue Reef di Southsea, Hampshire, Britain selepas haiwan tersebut diserahkan untuk dipamerkan baru-baru ini.

Haiwan tersebut turut dikenali sebagai ketam span dan ia boleh menyamar dan mengelak daripada dilihat menerusi pemandangan mata semasa haiwan tersebut berada di dasar laut.

Ketam itu akan dipamerkan kepada orang ramai selepas ia selesai dikuarantin.

Nelayan, tangkap, ketam, ganji, menangkap, seekor, ketam, ganjil, mirip, makhluk, asing, filem, Predator, pelakon, Arnold Schwazenegger, pada, tahun ,Ketam, Akuarium, Blue Reef, Southsea, Hampshire, Britain, haiwan, pamerkan, Haiwan, kenali, ketam, span, menyamar, mengelak, menerusi, pemandangan, mata, haiwan, berada, dasar, laut, berita harian, berita asia, berita indon, berita indonesia, berita kesihatan, berita kl, berita malaysia, Berita Malaysia dan Singapore, berita melayu, berita penting, berita politik, berita sains, berita sejarah, berita sukan, berita teknologi, berita terbaru, berita terkini, orang, ramai, kuarantin