Tag Archives: penyertaan

Bolt cipta rekod di Zagreb

Bolt cipta rekod di Zagreb

ZAGREB, Croatia – Selepas dibatalkan penyertaan pada Kejohanan Olahraga Dunia di Daegu, Korea Selatan bulan lalu, Usain Bolt kini lebih berhati-hati ketika memulakan saingan acara 100 meter.

Begitupun, pelari pecut Jamaica ini masih mampu mencipta kemenangan dan mencipta rekod peribadi terbaik musim ini dengan catatan masa 9.85 saat pada Cabaran Dunia Zagreb kelmarin.

Di Daegu, Bolt, 25, gagal mempertahankan gelaran dunia acara 100m selepas penyertaannya dibatalkan, tetapi kali ini, catatan 9.85s lebih pantas daripada catatan terdahulu (9.88s) yang dilakukannya di Monaco pada Jun lalu.

“Ia adalah satu permulaan yang buruk,” kata pemegang rekod dunia dan Olimpik ini.

“Saya hilang konsentrasi dan hanya mahu melepasi garisan. Ia sesuatu yang baik, tetapi saya mungkin boleh melakukan lebih baik daripada itu terutamanya dengan keadaan cuaca seperti ini.”

Kim Collins dari Saint Kitts dan Nevis turut mencatat masa terbaik musim ini (10.01 saat) untuk menamatkan saingan di tempat kedua, di depan pelari Trinidad, Richard Thompson (10.03 saat).

Boris Hanzekovic Memorial yang dipenuhi penonton itu turut dihadiri Presiden Real Madrid, Florentino Perez dan pegawai kelab, Emilio Butragueno.

Perez dan Butragueno meluangkan masa menyaksikan persembahan Bolt menjelang aksi Liga Juara-Juara menentang Dinamo Zagreb awal pagi tadi.

“Kehadiran penonton di sini sungguh menakjubkan,” kata Bolt.

“Saya seronok kerana mereka sangat teruja dan peminat turut menemui saya. Saya seringkali menghargainya.”

Bolt, cipta, rekod, Zagreb, ZAGREB, Croatia, penyertaan, Kejohanan, Olahraga, Dunia, Daegu, Korea, Selatan, bulan, lalu, Usain Bolt, kini, ketika, memulakan, saingan, acara, Begitupun, pelari, pecut, Jamaica, mampu, mencipta, kemenangan, mencipta, rekod, peribadi, terbaik, musim, catatan, masa, saat, Cabaran, Dunia, Zagreb, Daegu, Bolt, 25, mempertahankan, gelaran, dunia, acara,  penyertaannya, catatan, pantas, catatan, terdahulu, Monaco, Jun, lalu, berita indon, berita indonesia, berita kesihatan, berita kl, berita malaysia, Berita Malaysia dan Singapore, berita melayu, berita penting, berita politik, berita sains, berita sejarah, berita sukan, berita teknologi, berita terbaru, berita terkini, berita tv