Tag Archives: pengoperasian

Bakal miliki dua satelit baru

Bakal miliki dua satelit baru

Industri angkasa umumnya boleh dibahagikan kepada segmen huluan (upstream) dan hiliran (downstream).

Segmen huluan merangkumi industri pembuatan, pelancaran dan pengoperasian sistem satelit seperti MEASAT dan juga RazakSat.

Segmen hiliran pula merangkumi antaranya aplikasi kepada sistem satelit komunikasi, panduan arah atau navigasi, remote sensing, ketenteraan dan juga saintifik.

Program-program di bawah industri hiliran angkasa penting bukan sahaja untuk meningkatkan aplikasi teknologi angkasa negara, malah ia adalah segmen industri yang memberikan pulangan secara langsung kepada negara dan orang ramai. Di sinilah manfaat dari sektor angkasa yang diharapkan.

Ia seperti aplikasi telefon yang membolehkan seseorang berhubung dengan saudara mara atau rakan di luar negara pada bila-bila masa, menonton siaran Astro dan menyaksikan perlawanan bola sepak secara langsung.

Aplikasi lain termasuk mengeluarkan wang tunai melalui mesin pengeluaran wang automatik (ATM) di stesen minyak di tengah perjalanan, adalah antara aplikasi satelit komunikasi.

Bantuan perjalanan, penjejakan kenderaan atau pun barangan untuk tujuan pengurusan juga keselamatan, pemetaan, penyediaan skala waktu tepat untuk tujuan perbankan dan juga caj perkhidmatan berasaskan masa seperti panggilan telefon dan utiliti, adalah antara aplikasi satelit navigasi.

Sementara aplikasi imej satelit remote sensing untuk tujuan kajian keadaan sekitar, pembangunan kawasan, guna tanah dan pemantauan keadaan, sudah menjadi kelaziman di negara ini.

Sehubungan itu menurut Ketua Pengarah Agensi Angkasa Negara (Angkasa), Dr. Mustafa Din Subari, pembangunan industri hiliran angkasa inilah yang akan menjadi fokus pembangunan sektor angkasa tempatan selepas dasar angkasa negara dan akta diselesaikan dalam setahun dua ini.

Dalam pada itu, pembangunan segmen huluan angkasa juga akan diteruskan.

Beliau berharap, dua lagi satelit akan dapat dibangunkan dalam Rancangan Malaysia Kesepuluh (RMK-10) sebagai sebahagian daripada usaha membangunkan sektor angkasa negara.

Industri, angkasa, umumnya, segmen, huluan, hiliran, (downstream), Segmen, huluan, merangkumi, industri, pembuatan, pelancaran, pengoperasian, sistem, satelit, MEASAT, RazakSat, satelit, komunikasi, panduan, arah, navigasi, remote sensing, ketenteraan, saintifik, stesen, minyak, tengah, perjalanan, aplikasi, satelit, komunikasi, asia, baru, berita, berita artis, Berita Asia, berita awas, berita baru, berita bf1, berita foto, berita gambar, berita gay, berita harian, berita hiburan, berita indon, berita indonesia, berita jalan, berita kasa, berita kawan, berita kini, berita kl, berita majalah, berita malaysia, Berita Malaysia dan Singapore, berita melayu, berita penting, berita politik, berita sains, berita teknologi

Samsung keluar telefon Galaxy

Samsung keluar telefon Galaxy

HONG KONG – Gergasi elektronik Korea Selatan, Samsung Electronics semalam memperkenalkan telefon bimbit terbaharunya, Galaxy Nexus.

Ia merupakan telefon pintar pertama menggunakan versi terkini sistem pengoperasian Android keluaran Google.

Galaxy Nexus merupakan hasil kerjasama Samsung-Google.

Pengeluaran itu adalah reaksi terhadap telefon pintar terbaharu keluaran Apple, iPhone 4S yang sudah dijual melebihi empat juta unit selepas kurang seminggu ia dipasarkan.

Dalam satu majlis pelancarannya di sini, Eksekutif Google, Andy Rubin berkata, sistem pengoperasian terkini Android itu yang dikenali sebagai Sandwich Ais Krim boleh digunakan pada telefon bimbit, komputer tablet dan pelbagai gajet lain.

Telefon itu turut memiliki teknologi pengecaman muka dan bukan kata laluan untuk mengaktifkannya.

Ia akan mula dijual pada bulan depan di Amerika Syarikat, Eropah, dan Asia termasuk China serta Jepun.

Harga telefon pintar tersebut bagaimanapun tidak didedahkan.

telefon, galaxy, samsung, keluar, samsung keluar, keluar telefon, telefon galaxy, Samsung keluar telefon, Galaxy, HONG KONG, Gergasi, elektronik, Korea Selatan, Samsung, Electronics, telefon, bimbit, terbaharu, Galaxy Nexus, telefon, pintar, pertama, menggunakan, versi, terkini, sistem, pengoperasian, Android, keluaran, Google, Galaxy Nexus, hasil, kerjasama, Samsung, Google, Pengeluaran, reaksi, terhadap, telefon, pintar, iPhone, melebihi, empat, juta, unit, kurang, seminggu, satu, majlis, pelancaran, Eksekutif, Google, Andy Rubin, sistem, Sandwich, Ais Krim, komputer, tablet, gajet, berita teknologi, berita telefon, berita terkini, berita luar negara, gambar telefon, foto telefon, galeri telefon, web telefon, berita asia berita harian