Tag Archives: pecat

Hamburg cipta kemenangan sulung selepas pecat pengurus

Hamburg cipta kemenangan sulung selepas pecat pengurus

BERLIN: Empat hari selepas memecat pengurusnya, Michael Oenning, Hamburg meraih kemenangan sulungnya musim ini ke atas Stuttgart 2-1 dalam perlawanan Liga Jerman, awal pagi tadi.

Dua gol diperoleh menerusi jaringan Jeffrey Bruma pada minit ke-50 dan Robert Tesche (m-67), sekali gus membolehkan pengurus baru, Rodolfo Cardoso meraikan kemenangan bermakna itu.

Bagaimanapun, Humburg ketinggalan 0-1 seawal minit ke-18 apabila penyerang antarabangsa Austria, Martin Harnik menyumbat masuk gol untuk Stuttgart.

“Anda boleh menyelami semangat kemenangan ini malam ini apabila kami mengaut tiga mata,” kata Cardoso yang mahu meneruskan kecemerlangan itu apabila bertandang ke Schalke, minggu depan.

Hamburg, cipta, kemenangan, sulung, selepas, pecat, pengurus, BERLIN, Empat, hari, memecat, pengurus, Michael Oenning, kemenangan, sulungnya, musim, Stuttgart, perlawanan, Liga, Jerman, awal, pagi, tadi, berita malaysia, Berita Malaysia dan Singapore, berita melayu, berita penting, berita politik, berita scander, berita sukan, berita terkini, berita tv, berita web, berita-berita, berita awas, berita baru, berita bulan, berita dunia, berita foto, berita gambar, berita gay, berita Harian, berita indon, berita indonesia, berita kini, Jeffrey Bruma, Robert Tesche, pengurus, baru, Rodolfo Cardoso

Mourinho bakal hilang jawatan

Mourinho bakal hilang jawatan

LONDON – Jose Mourinho berkemungkinan dipecat sebagai jurulatih Real Madrid.

Mourinho dikesan berkelakuan tidak profesional kerana mencucuk mata salah seorang jurulatih Barcelona, Tito Vilanova dengan jari te- lunjuk tangan kanannya selepas Real tewas 2-3 pada aksi kedua Piala Super Sepanyol di Nou Camp kelmarin.

Persatuan Bola Sepanyol (RFEF) tidak akan mengenakan sebarang hukuman terhadap bekas jurulatih Inter Milan itu kerana perbua- tan yang dilakukannya tidak tercatat dalam laporan pengadil perlawanan, David Fernandez Borbalan.

Bagaimanapun, perbuatan yang dilakukan Mourinho itu ternyata menghadir- kan rasa kurang senang pemimpin-pemimpin tertinggi Real.

“Real tidak akan berkompromi terhadap perlakuan tidak bermoral itu (menunjukkan isyarat lucah) kerana beliau merupakan seorang jurulatih.

“Tindakan mesti diambil. Mourinho telah memalukan arena bola sepak di Sepanyol,” kata Naib Presiden Real, Carles Vilarrubi.

Bukan sahaja kontroversi membabitkan Mourinho menjadi tumpuan tetapi sikap bintang Real turut menjadi perbualan hangat dalam kalangan pihak pengurusan kelab gergasi Sepanyol itu.

Ini kerana anak-anak buah Mourinho enggan menunggu sehingga majlis penyampaian pingat selepas mereka tewas secara agregat 4-5.

“Sikap pemain-pemain Madrid amat buruk. Mereka bermain kasar di tengah padang dan di luar padang pula, sikap mereka amat tidak boleh diterima.

“Kami tewas kepada mereka pada Piala Super Sepanyol, April lalu tetapi kami tetap memberi sokongan kepada mereka pada majlis penyampaian pingat.

“Tetapi apabila mereka tewas, mereka terus masuk ke bilik persalinan,” kata pemain tengah Barca, Xavi.

sukan, mourinho, bakal, mourinho bakal, hilang, bakal hilang, jawatan, hilang jawatan, Mourinho, bakal, hilang, jawatan, Jose Mourinho, pecat, jurulatih, Real Madrid, Mourinho, profesional, mencucuk, mata, jurulatih, Barcelona, Tito Vilanova,  Piala Super, Sepanyol, Nou Camp, David, Fernandez, Borbalan, berita kl, berita malaysia, Berita Malaysia dan Singapore, berita melayu, berita penting, berita politik, berita sains, berita sejarah, berita sukan, berita teknologi, berita terbaru, berita terkini, berita antarabangsa

Inter pecat jurulatih

Inter pecat jurulatih

OME – Seperti dijangka, Inter Milan menyingkirkan Gian Piero Gasperini dari jawatannya sebagai jurulatih kelab itu ekoran daripada kekalahan memalukan 1-3 kepada pendatang baru Novara kelmarin.

Kelab itu meletakan jurulatih sementara iaitu pembantunya, Giuseppe Baresi dan Daniele Bernazzani.

Gasperini hanya mampu bertahan selama tiga bulan selepas hanya membimbing kelab itu dalam tiga perlawanan liga dan satu perlawanan Liga Juara-Juara dengan kalah tiga dan seri sekali.

Terdahulu kelmarin, Presiden Inter, Massimo Moratti memberi isyarat bahawa ‘tempoh’ Gasperini sudah berakhir.

Bercakap kepada pemberita ketika tiba di pejabatnya di Milan, Moratti ditanya sama ada Gasperini akan kekal namun dia menegaskan: “Saya tidak fikir begitu.

“Ini merupakan saat yang sukar terutama kepadanya. Saya belum lagi memikirkan tentang penggantinya.

“Saya tidak fikir masalah ini ada kaitan dengan pemain.

“Dia berdepan kesukaran dari setiap sudut. Kita dapat saksikan pada perlawanan semalam. Saya tidak suka perlawanan semalam,”.

Inter gagal menang walau satu perlawanan di bawah Gasperini, yang mencetuskan kontroversi kerana meletakan tiga pemain pertahanan dan bukan secara tradisi empat pemain.

Inter, pecat, jurulatih, Inter Milan, Gian, Piero, Gasperini, jurulatih, kelab, kekalahan, memalukan, pendatang, baru, Novara, kelmarin, Kelab, meletakan, jurulatih, sementara, pembantunya, Giuseppe Baresi, Daniele, Bernazzani, berita eropah, berita dunia, berita asia, berita terkini, berita negara asia, foto berita, gambar berita, berita malaysia, berita penting, berita baru, berita politik, berita skandal, berita kini, berita kl, berita majalah, berita malaysia, Berita Malaysia dan Singapore, berita melayu, berita penting, berita jepun, Milan, Moratti, sama, Gasperini