Tag Archives: pakar

Bas guna jet jumbo pertama di dunia

Bas guna jet jumbo pertama di dunia

LONDON 7 Okt. – Orang ramai kini boleh mengembara dari Dubai ke Abu Dhabi sejauh 121 kilometer dalam tempoh tidak sampai setengah jam dengan hanya menaiki bas.

Bas yang digelar ‘super bus’, ciptaan seorang angkasawan dari Belanda dan merupakan bekas pakar aerodinamik Formula One, Profesor Wubbo Ockels itu merupakan yang pertama di dunia dan mampu memecut sehingga 250 kilometer sejam.

Bas berteknologi tinggi yang kelihatan seperti sebuah kereta Lamborghini yang panjang itu mampu membawa seramai 23 orang penumpang dan berharga 7 juta pound (RM34 juta).

Diperbuat daripada bahan-bahan ringan termasuk aluminium, gentian karbon, kaca gentian dan polikarbonat.

Penumpang akan menikmati keselesaan setanding dengan limusin atau jet peribadi ketika menaiki bas sepanjang 15 meter, lebar 2.5 meter dan setinggi 1.65 meter itu yang menggunakan tenaga elektrik daripada kuasa solar.

Menurut pereka projek, Antonia Terzi, ‘super bus’ itu yang dibawa ke Emiriyah Arab Bersatu menggunakan jet jumbo akan melalui kawasan bandar dengan kelajuan yang dibenarkan dan hanya akan memecut apabila memasuki lebuh raya.

“Penumpang boleh membuat tempahan tiket secara talian dan kami akan mengambil mereka di rumah dan menghantar ke destinasi mereka,” katanya.

Bas, guna, jet, jumbo, pertama, dunia, LONDON, Orang, ramai, kini, mengembara, Dubai, Abu Dhabi, sejauh, kilomete, tempoh, setengah, jam, hanya, menaiki, bas, digelar,super bus, ciptaan, angkasawan, Belanda, bekas, pakar, aerodinamik, Formula, One, Profesor, Wubbo, Ockels, pertama, dunia, memecut, kilometer, sejam, Antonia, Terzi, bus, Emiriyah Arab Bersatu, berita dunia, berita foto, berita gambar, berita gay, berita harian, berita indon, berita indonesia, berita kini, berita kl, berita malaysia, berita melayu, berita penting, berita scander, berita sukan, berita terkini, berita tv, berita web

Bangkai paus terdampar di padang

Bangkai paus terdampar di padang

YORKSHIRE, Britain – Bangkai seekor ikan paus yang didapati terdampar di sebuah padang dan terletak kira-kira 800 meter dari pesisir pantai di Humber Estuary di sini mencetuskan kekeliruan dalam kalangan pakar haiwan.

Ikan paus betina sepanjang lebih 10 meter (m) itu adalah daripada spesies Sei dan jarang terperangkap di perairan Britain.

“Ia mungkin terperangkap kerana air cetek ,” kata seorang pegawai persatuan hidupan liar Yorkshire, Andy Gibson.

Tambahnya, sepanjang tempoh 20 tahun, hanya tiga ekor paus tersebut pernah terperangkap di Britain.

“Keadaannya amat menyedihkan. Ia berada di dalam air yang cetek iaitu pada kedalaman 1.2m ke 1.6m menyebabkannya sukar untuk berenang,” kata Andy.

Paus tersebut merupakan paus terbaru yang mati di kawasan perairan itu. Pada awal bulan ini, seekor paus muda daripada spesies Fin terperangkap di Immingham, timur laut Lincolnshire.

Bangkai, paus, terdampar, padang, YORKSHIRE, Britain, Bangkai, seekor, ikan, paus, terdampar, sebuah, padang, terletak, meter, pesisir, pantai, Humber, Estuary, sini, mencetuskan, kekeliruan, kalangan, pakar, haiwan, Ikan paus, betina, sepanjang, meter, spesies, jarang, terperangkap, perairan, Britain, berita gambar, berita gay, berita harian, berita hiburan, berita indon, berita indonesia, berita jalan, berita luar negara, berita kawan, berita kini, berita kl, berita majalah, berita malaysia, Berita Malaysia dan Singapore, berita melayu, berita penting, berita politik, berita skander, berita terkini, berita tv, berita web, berita baru, berita sukan, berita dunia