Tag Archives: misi

Schumacher ikrar gegar GP Singapura

Schumacher ikrar gegar GP Singapura

LONDON – Pemandu Mercedes GP, Michael Schumacher menuntut krew pasukannya lebih bekerja keras dalam misi melakar keputusan lebih baik pada GP Singapura hujung minggu ini.

Schumacher kini dilihat berada dalam prestasi terbaiknya apabila berjaya mengutip mata dalam dua perlumbaan terakhir.

Justeru, juara dunia tujuh kali itu yang telah mengumpul 52 mata, mahu meneruskan momentum sedia ada menjelang GP Singapura, Ahad ini.

“Saya sangat seronok ketika pertama kali berlumba pada waktu malam di Singapura tahun lalu dan ia bakal menjadi hujung minggu yang menarik untuk bekerja keras bagi mencatatkan keputusan yang baik.

“Meskipun berbeza waktu, tetapi ia merupakan perlumbaan yang menggembirakan di waktu malam.

“Kami telah mencatat keputusan yang baik dalam dua perlumbaan sebelum ini iaitu di Itali dan Belgium dan semua ahli dalam pasukan pasti akan terus bekerja keras untuk mengekalkan kecemerlangan itu,” kata Schumacher.

Schumacher, ikrar, gegar, GP, Singapura, LONDON, Pemandu, Mercedes, GP, Michael Schumacher, menuntut, krew, bekerja, keras, misi, melakar, keputusan, GP, Singapura, Schumacher, kini, berita teknologi, berita terbaru, berita terkini, berita tv, biodata Chelsea, biografi Chelsea, Chelsea, Chelsea baru, Chelsea kini, Chelsea skandal, Chelsea terbaru, Chelsea terkini, dunia, elak, foto, foto Chelsea, gagal, gambar, gambar Chelsea, hadiah, hari ini, harian, indon, indonesia,Justeru, juara, dunia, tujuh, kali, mengumpul, mata, momentum, menjelang, GP, Singapura, Ahad

Nadal julang Sepanyol

Nadal julang Sepanyol

PARIS – Saingan separuh akhir Kejohanan Tenis Piala Davis awal pagi semalam menyaksikan skrip berbeza antara finalis Terbuka Amerika Syarikat – Novak Djokovic dan Rafael Nadal.

Tatkala Nadal mengetuai Sepanyol membelasah Perancis 4-1, Djokovic pula sengsara melihat Serbia tewas 2-3 kepada Argentina.

Sepanyol akan menentang Argentina pada perlawanan akhir Piala Davis Disember depan dalam misi memburu kejuaraan buat kali kelima setelah memenangi Piala Davis pada edisi 2000, 2004, 2008 dan 2009.

Argentina pula masih tercari-cari kejuaraan sulung selepas hanya berpuas hati sebagai naib juara sebanyak tiga kali sebelum ini.

Pada aksi awal pagi semalam, kekecewaan tewas kepada Djokovic pada final Terbuka Amerika Syarikat minggu lalu dilihat telah berjaya dilupakan Nadal.

Pemain No. 2 dunia itu mudah mengatasi pemain utama Perancis, Jo-Wilfried Tsonga 6-0, 6-2, 6-4 setelah membenam cabaran Richard Gasquet 6-3, 6-0, 6-1 pada Jumaat lalu.

Rakan sepasukan Nadal, David Ferrer pula meneruskan rentak kecemerlangan setelah menewaskan Gilles Simon 6-1, 6-4, 6-1.

Bagaimanapun, gandingan Tsonga dan Michael Llodra kembali menghidupkan peluang Perancis setelah menewaskan beregu Sepanyol, Feliciano Lopez dan Fernando Verdasco 6-1, 6-2, 6-0.

Verdasco kemudiannya menamatkan langkah bergaya Sepanyol melangkah ke final selepas menewaskan Gasquet 6-2, 6-1.

“Ia sesuatu yang menakjubkan, saya sungguh terharu hari ini (awal pagi semalam),” kata Nadal yang bakal beraksi di pentas akhir Piala Davis buat kali keenam.

“Walaupun tidak cergas sepenuhnya ketika menentang Gasquet, saya gembira kerana berjaya mempamerkan aksi sebenar bagi membantu Sepanyol meraih kemenangan.

Sementara itu, Djokovic ternyata kecewa gagal membantu Serbia mara ke final apabila kecederaan belakang kembali menghantuinya.

Situasi itu sekali gus memaksa Djokovic menarik diri selepas ketinggalan 6-7, 0-3 ketika menentang Juan Martin Del Potro.

“Sudah tentu saya amat kecewa perlawanan berakhir dengan cara ini.

“Saya telah cuba sebaik mungkin, tetapi ia tidak berjaya,” kata pemain No. 1 dunia itu.

Nadal, julang, Sepanyol, PARIS, Saingan, separuh, akhir, Kejohanan, Tenis, Piala, Davis, skrip, finalis, Terbuka, Amerika Syarika, Novak, Djokovic, Rafael, Nadal, Sepanyol, membelasah, Perancis, Djokovic, sengsara, Serbia, tewas, Argentina, Sepanyol, menentang, Argentina, perlawanan, akhir, Piala, Davis, Disember, depan, misi, memburu, kejuaraan, buat, kali, kelima, memenangi, Piala, Davis, edisi, berita dunia, berita asia, berita sukan, berita terkini