Tag Archives: mengesahkan

Genk tentukan masa depan Torres

Genk tentukan masa depan Torres

LONDON – Pengurus Chelsea, Andre Villas-Boas mengesahkan masa depan Fernando Torres dengan kelab itu bergantung kepada aksi Liga Juara-Juara menentang pasukan dari Belgium, Genk esok.

Sekiranya Torres diturunkan, bermakna penyerang dari Sepanyol kekal berada dalam perancangan jangka panjang Villas- Boas.

Tetapi jika sebaliknya berlaku, bermakna jodoh Torres bersama kelab gergasi itu mungkin tidak akan berpanjangan.

“Jika kami tidak memutuskan tentang nasibnya (pada perlawanan menentang Genk), bermakna dia akan diketepikan untuk masa yang lama.

“Namun, Torres cukup cergas dalam latihan malah bermain untuk Sepanyol lagi. Cuma kami perlu buat satu keputusan penting sama ada dia masih berada dalam perancangan pasukan ini,” kata Villas-Boas.

Torres telah diketepikan dalam dua perlawanan terbaharu Chelsea selepas menerima kad merah ketika aksi menentang Swansea pada 24 September lalu.

Bagaimanapun, kad merah tersebut tidak menyekatnya untuk beraksi di peringkat Eropah, termasuk menentang Genk di Stamford Bridge esok.

Namun, semasa ketiadaannya, Daniel Sturridge berjaya meyakinkan Villas- Boas untuk merampas tempat Torres dengan menjaringkan gol ketika menentang Bolton dan Everton.

Malah, Villas-Boas dijangka akan mengekalkan gandingan Sturridge, Didier Drogba dan Juan Mata di barisan serangan dan itu tentunya memberi tamparan hebat kepada Torres.

Genk, masa, depan, Torres, LONDON, Pengurus Chelsea, Andre Villas-Boas, mengesahkan, masa, depan, Fernando Torres, kelab, bergantung, aksi, Liga Juara-Juara, menentang, pasukan, Belgium, Genk, Sekira, bermakna, penyerang, Sepanyol, kekal, perancangan, jangka, panjang, Villas- Boas,sebalik, berlaku, bermakna, jodoh, bersama, kelab, gergasi, berpanjangan, Chelsea, menerima, kad merah, aksi, menentang, Swansea, September, Bagaimanapun, kad merah, menyekat, beraksi, peringkat, Eropah, menentang, Genk, Stamford, Bridge, esok, Daniel Sturridge, berjaya, Villas- Boas, merampas, tempat, Torres, menjaringkan, gol, ketika, menentang, Bolton, Everton