Tag Archives: menerima

Salji luar biasa landa New Zealand

Salji luar biasa landa New Zealand

WELLINGTON 15 Ogos – Penduduk New Zealand hari ini dikejutkan dengan keadaan cuaca pelik iaitu angin kuat yang datang dari Antartik dan membawa salji lebat turun di negara itu dan mengakibatkan penutupan jalan raya, lapangan terbang serta sekolah.

South Island merupakan kawasan yang paling teruk dilanda ribut tersebut tetapi ibu negara, Wellington di North Island menerima salji yang turun paling banyak dalam tempoh 40 tahun.

Ahli kaji cuaca memberi amaran cuaca akan bertambah buruk selepas ini kerana mereka menjangkakan salji akan turun dengan lebatnya di kawasan pergunungan di sekeliling Auckland, 66 kilometer ke arah utara.

Pihak berkuasa memberi amaran kepada orang ramai terutama yang tinggal di kawasan yang paling teruk untuk tidak keluar dari rumah mereka.

Kebanyakan jalan utama di South Island tidak dapat dilalui dan polis menutup dua lebuh raya utama yang menghubungkan Auckland dan Wellington.

Lapangan terbang di Christchurch, Queenstown dan Dunedin ditutup, menyebabkan 150 orang penumpang yang terkandas untuk tinggal semalaman di dalam lapangan terbang tersebut.

Cuaca pelik itu disifatkan sebagai ribut yang hanya berlaku sekali seumur hidup sahaja dan lebih banyak salji dijangka akan turun selepas ini sehingga hujung minggu ini.

Salji luar, Salji luar asia, Salji luar baru, berita artis, Berita Asia, berita bf1, berita gay, berita harian, berita hiburan, berita indon, berita indonesia, berita kesihatan, berita kl, berita malaysia, Berita Malaysia dan Singapore, berita melayu, berita penting, berita politik, berita sains, berita sejarah, berita sukan, berita teknologi, berita terbaru, berita terkini, berita tv, New Zealand, South Island, Wellington, North Island, menerima, salji

Genk tentukan masa depan Torres

Genk tentukan masa depan Torres

LONDON – Pengurus Chelsea, Andre Villas-Boas mengesahkan masa depan Fernando Torres dengan kelab itu bergantung kepada aksi Liga Juara-Juara menentang pasukan dari Belgium, Genk esok.

Sekiranya Torres diturunkan, bermakna penyerang dari Sepanyol kekal berada dalam perancangan jangka panjang Villas- Boas.

Tetapi jika sebaliknya berlaku, bermakna jodoh Torres bersama kelab gergasi itu mungkin tidak akan berpanjangan.

“Jika kami tidak memutuskan tentang nasibnya (pada perlawanan menentang Genk), bermakna dia akan diketepikan untuk masa yang lama.

“Namun, Torres cukup cergas dalam latihan malah bermain untuk Sepanyol lagi. Cuma kami perlu buat satu keputusan penting sama ada dia masih berada dalam perancangan pasukan ini,” kata Villas-Boas.

Torres telah diketepikan dalam dua perlawanan terbaharu Chelsea selepas menerima kad merah ketika aksi menentang Swansea pada 24 September lalu.

Bagaimanapun, kad merah tersebut tidak menyekatnya untuk beraksi di peringkat Eropah, termasuk menentang Genk di Stamford Bridge esok.

Namun, semasa ketiadaannya, Daniel Sturridge berjaya meyakinkan Villas- Boas untuk merampas tempat Torres dengan menjaringkan gol ketika menentang Bolton dan Everton.

Malah, Villas-Boas dijangka akan mengekalkan gandingan Sturridge, Didier Drogba dan Juan Mata di barisan serangan dan itu tentunya memberi tamparan hebat kepada Torres.

Genk, masa, depan, Torres, LONDON, Pengurus Chelsea, Andre Villas-Boas, mengesahkan, masa, depan, Fernando Torres, kelab, bergantung, aksi, Liga Juara-Juara, menentang, pasukan, Belgium, Genk, Sekira, bermakna, penyerang, Sepanyol, kekal, perancangan, jangka, panjang, Villas- Boas,sebalik, berlaku, bermakna, jodoh, bersama, kelab, gergasi, berpanjangan, Chelsea, menerima, kad merah, aksi, menentang, Swansea, September, Bagaimanapun, kad merah, menyekat, beraksi, peringkat, Eropah, menentang, Genk, Stamford, Bridge, esok, Daniel Sturridge, berjaya, Villas- Boas, merampas, tempat, Torres, menjaringkan, gol, ketika, menentang, Bolton, Everton

Capello ketepikan Rooney

Capello ketepikan Rooney

LONDON – Jurulatih England, Fabio Capello berkata, Wayne Rooney tidak boleh berharap untuk mudah disenaraikan dalam kesebelasan utama pada Euro 2012 selepas pemain itu digantung kerana dilayangkan merah ketika menentang Montenegro.

Rooney sekurang-kurangnya akan digantung satu perlawanan pada pusingan akhir di Poland dan Ukraine, selepas bintang Manchester United itu menerima kad merah keenam dalam kariernya.

Capello berkata, dia tidak akan teragak-agak untuk mencari alternatif bagi mengatasi masalah tersebut.

“Ya, sepanjang kehidupan saya sebagai pengurus, saya pernah meletakkan ramai pemain di bangku simpanan. Saya selalunya akan membuat keputusan siapakah pemain terbaik.

“Saya perlu mencari jalan penyelesaiannya untuk satu atau dua perlawanan pertama yang mana Rooney tidak boleh beraksi.

“Jika kami berjaya mengatasinya, dia perlu bekerja keras untuk meraih tempat dalam kesebelasan utama.

“Anda kenal saya. Kadang kala saya buat kesilapan, tetapi saya akan cuba untuk memilih pemain yang berada pada prestasi terbaik.

“Terdapat dua pemain yang saya tidak pilih untuk beraksi pada perlawanan ini tetapi memiliki prestasi yang baik. Saya telah menyaksikan permainan Jermain Defoe ketika menentang Arsenal.

“Dia beraksi dengan baik. Dia banyak bergerak dan memberikan tekanan kepada lawan, Daniel Sturridge pun sama,” kata Capello.

Setelah tempat England ke pusingan Euro sudah terjamin, Capello akan memanfaatkan perlawanan persahabatan dengan juara dunia, Sepanyol pada 12 November ini untuk menilai barisan serangan pasukan.

“Rooney tidak akan bermain pada perlawanan menentang Sepanyol. Saya mahu menguji pemain baru, gaya baru dan pergerakan yang berbeza,” kata Capello.

Capello, Rooney, LONDON, Jurulatih, England, Fabio Capello, Wayne Rooney, berharap, mudah, kesebelasan, utama, pada, Euro, pemain, digantung, layangkan, merah, ketika, menentang, Montenegro, Poland, Ukraine, bintang, Manchester, United, menerima, kad, merah, keenam, kariernya, bangku, simpanan, keputusan, pemain, terbaik, berita kl, berita malaysia, Berita Malaysia dan Singapore, berita melayu, berita penting, berita politik, berita sains, berita sejarah, berita sukan, berita teknologi, berita terbaru, berita terkini, berita tv