Tag Archives: melakar

Schumacher ikrar gegar GP Singapura

Schumacher ikrar gegar GP Singapura

LONDON – Pemandu Mercedes GP, Michael Schumacher menuntut krew pasukannya lebih bekerja keras dalam misi melakar keputusan lebih baik pada GP Singapura hujung minggu ini.

Schumacher kini dilihat berada dalam prestasi terbaiknya apabila berjaya mengutip mata dalam dua perlumbaan terakhir.

Justeru, juara dunia tujuh kali itu yang telah mengumpul 52 mata, mahu meneruskan momentum sedia ada menjelang GP Singapura, Ahad ini.

“Saya sangat seronok ketika pertama kali berlumba pada waktu malam di Singapura tahun lalu dan ia bakal menjadi hujung minggu yang menarik untuk bekerja keras bagi mencatatkan keputusan yang baik.

“Meskipun berbeza waktu, tetapi ia merupakan perlumbaan yang menggembirakan di waktu malam.

“Kami telah mencatat keputusan yang baik dalam dua perlumbaan sebelum ini iaitu di Itali dan Belgium dan semua ahli dalam pasukan pasti akan terus bekerja keras untuk mengekalkan kecemerlangan itu,” kata Schumacher.

Schumacher, ikrar, gegar, GP, Singapura, LONDON, Pemandu, Mercedes, GP, Michael Schumacher, menuntut, krew, bekerja, keras, misi, melakar, keputusan, GP, Singapura, Schumacher, kini, berita teknologi, berita terbaru, berita terkini, berita tv, biodata Chelsea, biografi Chelsea, Chelsea, Chelsea baru, Chelsea kini, Chelsea skandal, Chelsea terbaru, Chelsea terkini, dunia, elak, foto, foto Chelsea, gagal, gambar, gambar Chelsea, hadiah, hari ini, harian, indon, indonesia,Justeru, juara, dunia, tujuh, kali, mengumpul, mata, momentum, menjelang, GP, Singapura, Ahad

Strategi Mourinho menjadi

Strategi Mourinho menjadi

MADRID – Real Madrid menunjukkan kekuatan sebenar yang dimiliki mereka apabila melakar kemenangan bergaya 4-0 ke atas Lyon pada saingan Kumpulan D kempen Liga Juara-Juara awal pagi semalam.

Pada aksi di Santiago Bernabeu itu, ternyata percaturan jurulatih Real, Jose Mourinho untuk menurunkan penyerang Perancis, Karim Benzema telah membuahkan hasil.

Buktinya, Benzema berjaya membuka tirai jaringan pada minit ke-19 sebelum tiga lagi gol Real terhasil menerusi Sami Khedira (47), Hugo Lloris (jaringan sendiri – 55) dan Sergio Ramos (81).

Pada awalnya, keputusan Mourinho meletakkan Benzema dalam kesebelasan utama mengundang rasa pelik penyokong-penyokong setia Real kerana mereka menganggap Gonzalo Higuain beraksi lebih baik dalam perlawanan sebelum itu.

Ini kerana penyerang antarabangsa Argentina itu berjaya meledak hatrik ketika Real menewaskan Real Betis dalam saingan Liga Sepanyol, Ahad lalu.

Namun, Mourinho yang diminta mengulas mengenai keputusannya itu berkata: “Kami tahu corak permainan bagaimana yang akan berlaku pada perlawanan hari ini (awal pagi semalam).

“Sebab itu, kami memerlukan seorang pemain yang mampu beraksi dalam situasi ruang yang padat dan ternyata Benzema berjaya melakukannya.

“Kami juga tahu daripada awal lagi bahawa kami mampu untuk memenangi perlawanan tersebut dan kami menang dengan bergaya.

“Dengan berbaki tiga perlawanan lagi, Ajax Amsterdam atau Lyon masih boleh bergelar juara kumpulan, tetapi kami tidak merasai tekanannya,” kata Mourinho.

Kemenangan itu menyaksikan Real muncul selaku pendahulu Kumpulan D dengan mengumpul sembilan mata maksimum dalam tiga perlawanan.

Lyon dan Ajax pula berkongsi kedudukan di tangga kedua dengan selepas masing-masing mengumpul empat mata.

Strategi, Mourinho, MADRID, Real Madrid, kekuatan, sebenar, melakar, kemenangan, bergaya, Lyon saingan, Kumpulan, kempen, Liga, Juara, awal, Santiago, Bernabeu, percaturan, jurulatih, Real, Jose Mourinho, penyerang, Perancis, Karim Benzema, hasil, Bukti, Benzema, berjaya, tirai, jaringan, minit, gol, Real, terhasil, menerusi, Sami, Khedira, Hugo Lloris, Sergio Ramos, kesebelasan, penyokong, Real, menganggap, Gonzalo Higuain, beraksi, perlawanan, penyerang, antarabangsa, Argentina, meledak, hatrik, Liga, Sepanyol, Ajax Amsterdam, Lyon, bergelar, juara, kumpulan, berita sukan, berita bolasepak, berita dunia, berita terkini, berita pos, berita gambar, berita foto

Alonso halangan utama Vettel

Alonso halangan utama Vettel

SINGAPURA – Sebastian Vettel bakal melakar sejarah menjadi pemandu paling muda merangkul gelaran juara dunia buat kali kedua berturut- turut sekiranya berjaya memenangi perlumbaan Formula Satu (F1) Grand Prix (GP) Singapura, Ahad ini.

Pemandu Red Bull itu juga dalam usaha untuk merekodkan kemenangan ketiga berturut-turut pada perlumbaan di Litar Marina Bay itu selepas melakukannnya di GP Belgium dan GP Itali. Bagaimanapun, laluan pemandu muda Jerman itu untuk merealisasi- kan kesemua matlamat tersebut tidak semudah yang disangka.

Ini kerana, selain perlu berdepan dengan cabaran daripada aspek fizikal dan teknikal, dia juga pastinya akan diberikan tentangan sengit oleh pencabar-pencabar terdekat. Vettel yang telah memenangi lapan perlumbaan musim ini, unggul selaku pendahulu dalam carta kategori pemandu apabila mengumpul 284 mata, 112 mata meninggalkan pe- mandu Ferrari, Fernando Alonso.

Sekiranya dia mahu mengesahkan gelaran juara dunia pada GP Singa- pura, pemandu berusia 24 tahun itu tidak mempunyai pilihan selain memenangi perlumbaan di Litar Marina Bay itu.

Namun, itu hanya akan menjadi kenyataan sekiranya Alonso gagal menaiki podium. Berdasarkan situasi tersebut, banyak pihak menganggap Vettel pasti akan bergelar juara dunia sekiranya dia mengambil pendekatan berhati- hati tanpa sebarang risiko dengan bersabar sehingga perlumbaan musim ini tamat. Bagaimanapun, ketua teknikal Red Bull, Adrian Newey menjelaskan, pendekatan tersebut bukan cara Vettel.

“Vettel enggan terlepas gelaran juara dunia musim ini. Dia benar-benar mahu mendapatkannya. Kamu sendiri dapat lihat betapa dia benar- benar serius dengan matlamat itu di Monza.

“Apa yang menariknya mengenai Vettel, dia tidak akan mengulangi ke- silapan yang sama.

“Dia banyak belajar daripada kesi- lapan-kesilapan yang dilakukannya dan begitu juga dengan kritikan-kritikan yang diterimanya,” kata Newey.

Alonso, halangan, utama, Vettel, SINGAPURA, Sebastian, Vettel, bakal, melakar, sejarah, menjadi pemandu paling muda merangkul gelaran juara dunia buat kali kedua berturut- turut sekiranya berjaya memenangi perlumbaan Formula Satu (F1) Grand Prix (GP) Singapura, Ahad ini, berita sukan, berita asia, berita terkini, berita antarabangsa