Tag Archives: kementerian luar

Presiden China batal lawatan

lu_04.1

Presiden China batal lawatan

URUMQI, China 8 Julai – Presiden China memendekkan lawatan ke sidang kemuncak Kumpulan Lapan (G8) dan bergegas pulang selepas ketegangan kaum di wilayah Xinjiang semakin meruncing dan kerajaan telah mengerahkan ribuan anggota keselamatan untuk mengawal keadaan berikutan rusuhan yang menyebabkan 156 orang mati.

Dua buah helikopter menggugurkan risalah yang meminta 2.3 juta penduduk di bandar utama Xinjiang bertenang, sehari selepas berlaku pertempuran jalanan antara etnik Han dengan kaum minoriti Uighur yang melibatkan penggunaan batu, paip besi dan pisau.

Kementerian Luar China dalam kenyataannya berkata, ‘disebabkan situasi yang berlaku di Xinjiang, Presiden Hu Jintao memendekkan lawatan ke Itali untuk menghadiri mesyuarat G8 lewat hari ini dan pulang ke tanah air.

Tidak dapat dipastikan sama ada beliau akan ke Urumqi yang terletak empat jam perjalanan udara di barat Beijing.

Selepas perintah berkurung sepanjang malam, jalan-jalan raya lebih tenang hari ini namun penduduk menunjukkan rakaman video menggunakan telefon dan kamera video yang menayangkan kekecohan awal, keganasan antara jiran tetangga dan pertumpahan darah.

“Kerajaan hari ini meminta kami tidak melibatkan diri dalam sebarang aktiviti ganas. Mereka telah menyiarkannya di radio dan melalui kawasan kejiranan dengan pembesar suara meminta penduduk tidak membawa senjata,” kata seorang lelaki Han yang hanya mahu dikenali sebagai Wang.

Sekumpulan besar polis separa tentera mengawal jalan utama ke kawasan kejiranan Uighur. Kebanyakan mereka menggunakan perisai dan belantan sementara beberapa yang lain dilengkap dengan senapang dengan bayonet.

Nota yang digugurkan dari helikopter adalah rayuan oleh Setiausaha Parti Komunis Xinjiang, Wang yang meminta semua orang pulang ke rumah, pulang ke tempat kerja dan pulang kepada komuniti masing-masing. – AP

Presiden China batal lawatan, Presiden China batal lawatan musik, Presiden China batal lawatan video, Presiden China batal lawatan foto, Presiden China batal lawatan cinta, Presiden China batal lawatan berita, Presiden China batal lawatan awek, Presiden China batal lawatan kontraksi, Presiden China batal lawatan Hiburan, Presiden China batal lawatan malaysia, Presiden China batal lawatan Melayu, Presiden China batal lawatan Indon, Presiden China batal lawatan Indonesia, Presiden China batal lawatan gambar, Presiden China batal lawatan cerita, Presiden China batal lawatan pilihan, Presiden China batal lawatan kl, Presiden China batal lawatan bf1,Berita Hiburan musik, Berita Hiburan video, Berita Hiburan, Berita, Hiburan cinta, Berita Hiburan berita, Berita Hiburan awek, Berita Hiburan kontraksi, Berita Hiburan Hiburan, Berita Hiburan malaysia, Berita Hiburan Melayu, Berita Hiburan, Berita Hiburan Indonesia,Berita Hiburan gambar, Berita Hiburan cerita, Berita Hiburan pilihan, Berita Hiburan kl, Berita Hiburan bf1, Artis musik, Artis video, Artis foto,Artis berita, Artis awek, Artis kontraksi, Artis Hiburan, Artis malaysia, Artis Melayu, Artis Indon, Artis Indonesia, Artis gambar, Artis cerita, Artis pilihan, Artis kl, Artis bf1, Artis foto, Artis Indon, Artis cinta, hiburan malaysia, hiburan melayu, hiburan korea, hiburan jepun, hiburan

Israel akui guna fosforus putih di Gaza

Bnetanyahu

Israel akui guna fosforus putih di Gaza

BAITULMAQDIS: Israel kelmarin mengakui anggota tenteranya menggunakan fosforus putih dalam serangan ke atas Gaza Januari lalu tapi berkeras perbuatannya itu tidak mencabuli undang-undang antarabangsa.

Dalam kenyataan setebal 163 muka surat yang dikeluarkan menjelang siasatan jenayah perang Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) yang dijangka siap bulan depan, Israel mempertahankan serangan 22 hari itu “sebagai tindakan perlu dan sepadan” bagi membalas bedilan roket oleh Hamas terhadapnya.

Kira-kira 1,400 rakyat Palestin, kebanyakannya orang awam, dan 13 rakyat Israel terbunuh dalam serangan itu yang berlaku di antara 27 Disember 2008 hingga 18 Januari lalu. Israel sudah berkali-kali menepis tuduhan jenayah perang oleh beberapa kumpulan hak asasi manusia.

Dalam laporan yang diterbitkan oleh Kementerian Luar itu, Israel berkata peperangan berkenaan adalah tindakan balasnya kepada 12,000 bedilan roket oleh militan Hamas di Gaza selama lapan tahun, selain pengeboman bunuh diri yang membunuh 1,100 orang di Israel.

Ia menegaskan Israel memenuhi tuntutan undang-undang antarabangsa dalam serangan 22 hari itu, dan menambah ia sedang menjalankan siasatan menyeluruh ke atas 100 aduan mengenai salah laku anggotanya, yang ditimbulkan oleh PBB dan kumpulan hak asasi manusia.

Kira-kira 13 fail jenayah dibuka, kebanyakannya membabitkan dakwaan bahawa askar Israel menggunakan orang awam sebagai penghadang manusia atau sengaja merosakkan harta benda, tambah laporan berkenaan.

Sebelum ini Israel berkata siasatan dalaman oleh pasukan keselamatannya tidak menemui sebarang bukti mengenai salah laku serius oleh anggotanya dalam pertempuran di Gaza.

Israel juga buat pertama kalinya mengakui dalam laporan berkenaan bahawa tenteranya menggunakan “senjata mengandungi fosforus putih” di Gaza, tapi menolak ia mencabuli undang-undang antarabangsa, dengan menyatakan ia tidak melepaskan tembakan seumpama di kawasan ramai penduduk.

Sebelum ini Israel berkata ia sedang menyiasat dakwaan bahawa ia melepaskan tembakan fosforus, yang menyebabkan kesan terbakar serius, tanpa mengesahkan atau menafikan ia melakukannya.

Israel tidak memberi kerjasama kepada siasatan PBB yang diketuai bekas ketua pendakwa jenayah perang PBB, Richard Goldstone dan menuduh pertubuhan berkenaan bertindak berat sebelah menentang negara Yahudi itu.

Selain itu, satu lagi laporan menyebut 30 veteran Israel berkata mereka berusaha mengurangkan mangsa kecederaan di kalangan mereka, berbanding mengelakkan kematian orang awam di Gaza.

“Ada usaha untuk terus menghidupkan isu ini, oleh itu kami akan menyediakan penjelasan sepenuhnya kenapa kami melakukannya, apa yang kami lakukan dan bagaimana,” kata pegawai kementerian Israel.


Israel, Israel berita, Israel kini, Israel dunia, Israel asia, Israel malaysia, Israel melayu, Israel indon, Israel indonesia, Israel kl, Israel foto, Israel gambar, Israel bf1, berita dunia, berita majalah, berita baru, berita asia, berita artis, berita hiburan, berita kawan, berita politik, berita-berita, beritakini, beritadunia, beridaasia, beritamalaysia, beritamelayu, beritaindon, beritaindonesia, beritakl, beritafoto, beritagambar, beritaterkini, beritaweb, beritaharian, beritabaru, beritabf1, beritatv, berita8, beritagay, beritapenting, beritabulan, beritakasa, beritaawas, berita2, beritascander, beritajalan, beritamaju, beritasukan, berita kini, berita dunia, berita asia, berita malaysia, berita melayu, berita indon, berita indonesia, berita kl, berita foto, berita gambar, berita terkini, berita web, berita harian, berita baru, berita bf1, berita tv, berita 8, berita gay, berita penting, berita bulan, berita kasa, berita awas, berita scander, berita jalan, berita maju, berita sukan, berita, kini, dunia, asia, malaysia, melayu, indon, indonesia, kl, foto, gambar, terkini, web, harian, baru, bf1

Britain sewa helikopter Rusia

du_02.1

Britain sewa helikopter Rusia

KABUL – Gara-gara kekurangan jentera pengangkutan udara, kerajaan Britain sanggup menyewa helikopter dan pesawat Rusia untuk mengangkut askar-askarnya di Afghanistan.

Kementerian Pertahanan Britain dilapor menggunakan sejumlah helikopter Mi-8 dan Mi-26 buatan Rusia yang dikendali juruterbang kontrak dari Rusia dan Ukraine untuk mengangkut anggota tentera negara itu berulang-alik dari medan pertempuran.

Selain itu, Britain turut menyewa pesawat pengangkut Rusia, Antonov untuk mengangkut kenderaan dan peralatan berat dari pangkalan Tentera Udara Diraja Britain (RAF) di Oxfordshire ke Afghanistan. Semua pesawat itu tidak memiliki lambang RAF.

Kerajaan Britain sekali lagi mendapat malu selepas media negara itu mendedahkan terdapat lapan helikopter pengangkut RAF jenis Chinook yang kesemuanya berharga £259 juta (RM1.5 bilion) tersadai di beberapa hangar di Wiltshire sejak diserahkan pada 2001.

Semua helikopter itu tak ubah seperti gajah putih selepas Kementerian Luar Britain gagal meminta hak perisian penerbangan daripada syarikat Boeing yang membuat helikopter itu.

Isu kekurangan jentera pengangkutan udara mencetuskan perang dingin antara ketua angkatan tentera Britain, Jeneral Richard Dannat dan Perdana Menteri Gordon Brown.

Dannat yang terpaksa menumpang sebuah helikopter milik Amerika Syarikat ketika berada di Afghanistan pada minggu lalu berang selepas pentadbiran Brown memandang sepi permintaannya supaya kerajaan mengeluarkan peruntukan tambahan bagi menyelesaikan masalah tersebut.

“Tanpa pesawat yang cukup, kita (tentera Britain) terpaksa berdepan risiko jerangkap samar dan bom tepi jalan yang banyak ditanam militan di beberapa lokasi di selatan Afghanistan. Kami malu kerana terpaksa merayu untuk menumpang atau meminjam pesawat tentera pakatan lain,” kata seorang pegawai tentera Britain.

Britain,Britain berita, Britain kini, Britain dunia, Britain asia,Britain malaysia, Britain melayu, Britain indon, Britain indonesia, Britain kl, Britain foto, Britain gambar, Britain bf1, berita dunia, berita majalah, berita baru, berita asia, berita artis, berita hiburan, berita kawan, berita politik, berita-berita, beritakini, beritadunia, beridaasia, beritamalaysia, beritamelayu, beritaindon, beritaindonesia, beritakl, beritafoto, beritagambar, beritaterkini, beritaweb, beritaharian, beritabaru, beritabf1, beritatv, berita8, beritagay, beritapenting, beritabulan, beritakasa, beritaawas, berita2, beritascander, beritajalan, beritamaju, beritasukan, berita kini, berita dunia, berita asia, berita malaysia, berita melayu, berita indon, berita indonesia, berita kl, berita foto, berita gambar, berita terkini, berita web, berita harian, berita baru, berita bf1, berita tv, berita 8, berita gay, berita penting, berita bulan, berita kasa, berita awas, berita scander, berita jalan, berita maju, berita sukan, berita, kini, dunia, asia, malaysia, melayu, indon, indonesia, kl, foto, gambar, terkini, web, harian, baru, bf1