Tag Archives: kelima

Nadal julang Sepanyol

Nadal julang Sepanyol

PARIS – Saingan separuh akhir Kejohanan Tenis Piala Davis awal pagi semalam menyaksikan skrip berbeza antara finalis Terbuka Amerika Syarikat – Novak Djokovic dan Rafael Nadal.

Tatkala Nadal mengetuai Sepanyol membelasah Perancis 4-1, Djokovic pula sengsara melihat Serbia tewas 2-3 kepada Argentina.

Sepanyol akan menentang Argentina pada perlawanan akhir Piala Davis Disember depan dalam misi memburu kejuaraan buat kali kelima setelah memenangi Piala Davis pada edisi 2000, 2004, 2008 dan 2009.

Argentina pula masih tercari-cari kejuaraan sulung selepas hanya berpuas hati sebagai naib juara sebanyak tiga kali sebelum ini.

Pada aksi awal pagi semalam, kekecewaan tewas kepada Djokovic pada final Terbuka Amerika Syarikat minggu lalu dilihat telah berjaya dilupakan Nadal.

Pemain No. 2 dunia itu mudah mengatasi pemain utama Perancis, Jo-Wilfried Tsonga 6-0, 6-2, 6-4 setelah membenam cabaran Richard Gasquet 6-3, 6-0, 6-1 pada Jumaat lalu.

Rakan sepasukan Nadal, David Ferrer pula meneruskan rentak kecemerlangan setelah menewaskan Gilles Simon 6-1, 6-4, 6-1.

Bagaimanapun, gandingan Tsonga dan Michael Llodra kembali menghidupkan peluang Perancis setelah menewaskan beregu Sepanyol, Feliciano Lopez dan Fernando Verdasco 6-1, 6-2, 6-0.

Verdasco kemudiannya menamatkan langkah bergaya Sepanyol melangkah ke final selepas menewaskan Gasquet 6-2, 6-1.

“Ia sesuatu yang menakjubkan, saya sungguh terharu hari ini (awal pagi semalam),” kata Nadal yang bakal beraksi di pentas akhir Piala Davis buat kali keenam.

“Walaupun tidak cergas sepenuhnya ketika menentang Gasquet, saya gembira kerana berjaya mempamerkan aksi sebenar bagi membantu Sepanyol meraih kemenangan.

Sementara itu, Djokovic ternyata kecewa gagal membantu Serbia mara ke final apabila kecederaan belakang kembali menghantuinya.

Situasi itu sekali gus memaksa Djokovic menarik diri selepas ketinggalan 6-7, 0-3 ketika menentang Juan Martin Del Potro.

“Sudah tentu saya amat kecewa perlawanan berakhir dengan cara ini.

“Saya telah cuba sebaik mungkin, tetapi ia tidak berjaya,” kata pemain No. 1 dunia itu.

Nadal, julang, Sepanyol, PARIS, Saingan, separuh, akhir, Kejohanan, Tenis, Piala, Davis, skrip, finalis, Terbuka, Amerika Syarika, Novak, Djokovic, Rafael, Nadal, Sepanyol, membelasah, Perancis, Djokovic, sengsara, Serbia, tewas, Argentina, Sepanyol, menentang, Argentina, perlawanan, akhir, Piala, Davis, Disember, depan, misi, memburu, kejuaraan, buat, kali, kelima, memenangi, Piala, Davis, edisi, berita dunia, berita asia, berita sukan, berita terkini

Man. United cipta fenomena baru

Man. United cipta fenomena baru

MUSIM baru Liga Perdana Inggeris (EPL) baru saja memasuki perlawanan kelima tetapi Manchester United sudah mencetus satu fenomena baru.

Lima kemenangan dicipta dengan jumlah jaringan besar iaitu 21 gol, satu permulaan garang dan mengejutkan buat peminat setia kelab tersebut kerana United biasanya sering bermula lembap pada awal musim.

Siapa boleh lupa aksi hebat United membaham Arsenal 8-2 pada 28 Ogos lalu? Kekalahan terburuk dalam tempoh 125 tahun sepanjang penubuhan Gunners dan United.

Keputusan tersebut mengejutkan ramai pemerhati bola sepak walaupun Arsenal pada masa itu tidak dapat menurunkan ramai pemain utama.

Bermula dengan menang tipis 2-1 ke atas West Brom, itu pun ihsan gol sendiri Steven Reid di minit ke-81. Namun, Red Devils bagaikan dirasuk bermula dari perlawanan kedua.

Selepas membenam Tottenham 3-0, mereka menang besar 8-2 ke atas Arsenal, diikuti membelasah Bolton 5-0 di Stadium Reebok. Kemenangan terbaru adalah menewaskan pencabar utama liga, Chelsea 3-1 pada 18 Septemberlalu.

Kali terakhir United memulakan musim dengan hebat adalah pada 1985 di bawah kendalian Ron Atkinson apabila menang 10 perlawanan pertama. Namun, mereka dipintas oleh Liverpool selepas memasuki separuh saingan.

Apa rahsia kejayaan United yang amat garang pada awal musim ini? Jika ditanya kebanyakan peminat setia mereka, sudah tentu ramai yang merujuk kepada Wayne Rooney yang kembali menemui sentuhan pemusnah dalam semua perlawanan.

Hanya selepas lima perlawanan, Rooney sudah menyumbat sembilan gol, permulaan cemerlang yang tidak dijangkakan kerana penyerang itu mempamer aksi kurang konsisten musim lalu.

Namun, berdasarkan statistik, rekod jaringan menakjubkan Rooney sebenarnya dibantu oleh kehadiran bintang baru dari Aston Villa, Ashley Young, selain sayap Portugal, Nani.

Man, United, cipta, fenomena, baru, MUSIM, baru, Liga, Perdana, Inggeris, EPL, memasuki, perlawanan, kelima, Manchester United, mencetus, satu, fenomena, baru, berita malaysia, Berita Malaysia dan Singapore, berita melayu, berita penting, berita politik, berita scander, berita sukan, berita terkini, berita tv, berita web, berita-berita, berita awas, berita baru, berita bulan, berita dunia, berita foto, berita gambar, berita gay, berita Harian, berita indon, berita indonesia, berita kini, membaham, Arsenal, Ogos, lalu, Kekalahan, terburuk, tempoh, tahun, sepanjang, penubuhan, Gunners, United

Messi tunjuk taring sebenar

Messi tunjuk taring sebenar

BARCELONA – Lionel Messi membuktikan statusnya selaku penyerang terbaik dunia apabila meledak hatrik bagi membantu Barcelona membenam Osasuna 8-0 dalam saingan Liga Sepanyol awal pagi semalam.

Ia merupakan kemenangan pertama skuad The Catalan itu musim ini selepas mereka sekadar seri dalam dua perlawanan terdahulu.

Pada aksi yang berlangsung di Nou Camp semalam, Messi tidak perlu menunggu lama untuk membuktikan ketajaman penyudahnya apabila membuka tirai jaringan seawal minit kelima sebelum bekas kapten Arsenal, Cecs Fabregas menyumbat gol kedua lapan minit kemudian.

Penyerang antarabangsa Sepanyol, David Villa menjaringkan gol ketiga Barcelona pada minit ke-34 disusuli jaringan sendiri pemain Osasuna, Roversio pada minit ke-40.

Seminit kemudian, Messi yang juga penyerang antarabangsa Argentina terus mengganas apabila merekodkan gol kedua peribadi, diikuti ledakan Xavi pada minit ke-57 dan Villa (76).

Messi melengkapkan hari gemilang buat Barcelona apabila mencipta hatrik dengan jaringan ketiganya pada minit ke-79.

“Saya rasa, kami beraksi dengan baik sekali. Ia bukan merupakan perlawanan yang sempurna, tetapi apa yang lebih penting adalah kami berjaya mencipta banyak peluang untuk menjaringkan gol.

“Kemenangan ini adalah penting buat kami selepas sekadar mencatatkan keputusan seri dalam dua perlawanan sebelum ini,” kata tonggak pertahanan Barcelona, Sergio Ramos.

Sementara itu, jurulatih Barcelona, Pep Guardiola ternyata gembira dengan kemenangan tersebut, apatah lagi strateginya untuk mengatur serangan daripada bahagian tengah dilihat benar-benar membuahkan hasil.

“Saya gembira dengan kemenangan ini kerana kami sememangnya mahu lebih ramai pemain boleh beraksi di bahagian tengah dan mencipta peluang untuk menjaringkan gol.

“Masih ada beberapa kelemahan yang kami perlu baiki dan matlamat utama kami adalah untuk memperbaiki corak serangan kami,” kata Guardiola.

Messi, tunjuk, taring, sebenar, Lionel Messi, membuktikan, penyerang, terbaik, dunia, meledak, hatrik, membantu, Barcelona, membenam, Osasuna, saingan, Liga, Sepanyol, kemenangan, pertama, skuad, The Catalan, sekadar, seri, dua, perlawanan, terdahulu, berita terbaru, berita terkini, berita tv, biodata Chelsea, biografi Chelsea, Chelsea, Chelsea baru, Chelsea kini, Chelsea skandal, Chelsea terbaru, Chelsea terkini, dunia, elak, foto, foto Chelsea, gagal, gambar, gambar Chelsea, hadiah, hari ini, harian, indon, indonesia, Nou Camp, antarabangsa, Argentina, tirai, jaringan, seawal, minit, kelima, bekas, kapten, Arsenal, Cecs Fabregas, gol, kedua, lapan, minit