Tag Archives: jolo

Abu Sayyaf bebaskan warga Itali

lu_07.1

Abu Sayyaf bebaskan warga Itali

Seorang pegawai Palang Merah warga Itali dibebaskan hari ini setelah enam bulan ditahan sebagai tebusan oleh kumpulan Abu Sayyaf di dalam hutan di selatan Filipina.

Eugenio Vagni, 63, kelihatan sihat tetapi letih semasa gerila Abu Sayyaf menyerahkan beliau kepada seorang timbalan gabenor wilayah sejurus selepas tengah malam tadi di dalam hutan dekat pekan Maimbung, Pulau Jolo, kata pegawai.

“Dia sangat lemah tetapi tentunya sangat gembira kerana dapat menikmati semula kebebasan,” kata pegawai marin Filipina, Kolonel Eugenio Clemen menerusi telefon dari Jolo.

Vagni yang menghadapi kesukaran untuk berjalan disebabkan hernia, memeluk para pegawai tentera di sebuah kem tentera di Jolo sambil berkali-kali mengucapkan terima kasih.

“Saya sangat gembira pengalaman perit itu sudah berlalu bagi Vagni,” kata Senator Richard Gordon yang mengetuai Palang Merah Filipina.

Menteri Luar Itali, Franco Frattini memberitahu media Itali di Rom, tiada wang tebusan dibayar untuk mendapatkan pembebasan Vagni. Timbul spekulasi sejumlah wang tebusan yang banyak telah dibayar kepada penculik.

Gordon berkata, Timbalan Gabenor Sulu, Lady Ann Sahidulla diminta oleh penculik supaya mengiringi Vagni ke tempat selamat dan wanita itu telah ‘menyumbangkan’ 50,000 peso (RM3,747) kepada orang tengah.

Senator itu bagaimanapun, menegaskan sumbangan itu bukanlah wang tebusan.

Penculik juga mengalami tekanan disebabkan penangkapan dua isteri kepada komander Abu Sayyaf, Albader Parad yang menahan Vagni, kata Clemen.

Tidak jelas sama ada kedua-dua wanita berkenaan telah dibebaskan sebagai pertukaran dengan pembebasan Vagni.


Abu Sayyaf, Abu Sayyaf musik, Abu Sayyaf video, Abu Sayyaf foto, Abu Sayyaf cinta, Abu Sayyaf berita, Abu Sayyaf awek, Abu Sayyaf kontraksi, Abu Sayyaf Hiburan, Abu Sayyaf malaysia, Abu Sayyaf Melayu, Abu Sayyaf Indon, Abu Sayyaf Indonesia, Abu Sayyaf gambar, Abu Sayyaf cerita, Abu Sayyaf pilihan, Abu Sayyaf kl, Abu Sayyaf bf1,Berita Hiburan musik, Berita Hiburan video, Berita Hiburan, Berita, Hiburan cinta, Berita Hiburan berita, Berita Hiburan awek, Berita Hiburan kontraksi, Berita Hiburan Hiburan, Berita Hiburan malaysia, Berita Hiburan Melayu, Berita Hiburan, Berita Hiburan Indonesia,Berita Hiburan gambar, Berita Hiburan cerita, Berita Hiburan pilihan, Berita Hiburan kl, Berita Hiburan bf1, Artis musik, Artis video, Artis foto,Artis berita, Artis awek, Artis kontraksi, Artis Hiburan, Artis malaysia, Artis Melayu, Artis Indon, Artis Indonesia, Artis gambar, Artis cerita, Artis pilihan, Artis kl, Artis bf1, Artis foto, Artis Indon, Artis cinta, hiburan malaysia, hiburan melayu, hiburan korea, hiburan jepun, hiburan