Tag Archives: Hernandez penting

Hernandez kekal milik United

Hernandez kekal milik United

LONDON – Bintang muda Manchester United, Javier Hernandez telah memperbaharui kontraknya bersama pasukan itu untuk tempoh lima tahun lagi.

Perkara itu disahkan sendiri oleh ejen Hernandez, Eduardo Hernandez semalam.

Penyerang antarabangsa Mexico itu berjaya mencuri tumpuan pengurus skuad The Red Devils, Alex Ferguson selepas merekodkan 20 gol dalam semua sai- ngan sejak di bawa masuk ke Old Trafford musim lalu.

Situasi itu memaksa Ferguson untuk mengikat kontrak bagi tempoh jangka panjang sebagai ganjaranpemain berusia 23 tahun yang lebih dikenali dengan jolokannya, Chicarito itu.

“Kami telah membincang- kan mengenai kontrak Hernandez sebelum ini dan dia kini secara rasminya telah memperbaharui kontraknya selama lima tahun bersama United.

“Kontrak baharu adalah baik untuk United dan Hernandez sendiri kerana ia boleh menjadi penilaian sama pemain itu serasi bersama kelab tersebut.

“United berpuas hati dengan prestasi Hernandez musim lalu dan sebab itu mereka menandatangani kontrak bersama pemain tersebut untuk tempoh jangka panjang.

“Saya tidak bercakap mengenai angka. Cukuplah sekiranya saya memberitahu bahawa Hernandez akan bersama United untuk tempoh lima tahun lagi.

“Gajinya juga sudah dite- tapkan dan tidak perlu hendak dibandingkan dengan dua pemain utama United, Wayne Rooney dan Nani.

“Dia juga mendapat insentif lain sekiranya kelab itu melakarkan kejayaan dalam sesuatu kejohanan,” kata Eduardo.

Dalam pada itu, Eduardo juga turut menafikan speku- lasi yang mengaitkan Hernandez akan berhijrah ke kelab gergasi Sepanyol, Real Madrid.

Hernandez, kekal, milik, United, LONDON, Bintang, muda, Manchester United, Javier Hernandez, memperbaharui, kontrak, bersama, pasukan, tempoh, lima, tahun, Perkara, ejen, Hernandez, Eduardo Hernandez, Penyerang, antarabangsa, Mexico, tumpuan, pengurus, skuad, The Red Devils, Alex Ferguson, Old Trafford, dua, pemain, utama, United, Wayne Rooney, Nani, Chicarito, Hernandez kini, Hernandez antarabangsa, Hernandez majalah, Hernandez malaysia, Hernandez melayu, Hernandez penting, Hernandez politik, Hernandez Hernandez, Hernandez scander, Hernandez sejarah, Hernandez skandal, Hernandez sukan, Hernandez terbaru, Hernandez terkini, gambar Hernandez, foto Hernandez, sukan Hernandez, Hernandez bolasepak, Hernandez handal