Tag Archives: Hari

Samsung mahu halang iPhone 5

Samsung mahu halang iPhone 5

SEOUL 20 Sept. – Syarikat elektronik Korea Selatan, Samsung Electronics akan memfailkan saman bagi menghalang penjualan produk terbaru syarikat teknologi Amerika Syarikat (AS), Apple, iPhone 5, kata satu laporan hari ini.

Akhbar Korea Selatan, Maeil Business Newspaper yang memetik pegawai Samsung sebagai berkata, syarikat itu akan melancarkan satu tindakan perundangan strategik ketika Apple dijangka memulakan penjualan telefon pintar itu bulan depan.

‘‘Kami masih belum membuat keputusan untuk memfailkan saman di Korea Selatan atau di negara ketiga,’’ kata pegawai yang enggan identitinya didedahkan.

Jurucakap syarikat Korea Selatan enggan mengulas ketika dihubungi.

Apple sebelum ini menuduh Samsung meniru teknologi dan reka bentuk iPhone dan iPad.

Apple memfailkan saman di beberapa negara termasuk Jerman dan Australia bagi menghalang penjualan Galaxy S dan Galaxy Tab.

Samsung turut melancarkan saman balas mendakwa pesaingnya dari AS itu meniru paten teknologi tanpa wayarnya.

Samsung, mahu, halang, iPhone, SEOUL, Syarikat, elektronik, Korea, Selatan, Samsung, Electronics, memfailkan, saman, menghalang, penjualan, produk, terbaru, syarikat, teknologi, Amerika Syarikat, Apple, iPhone, satu, laporan, hari, berita melayu, berita penting, berita politik, berita scander, berita terkini, berita tv, berita web, berita-berita, beritaasia, beritaawas, beritabaru, beritabulan, beritadunia, beritafoto, beritagambar, beritagay, beritaharian, beritaindon, beritaindonesia, beritakini, beritakl, beritamalaysia, beritamelayu, beritapenting, beritascander, beritasukan, beritaterkini, Akhbar, Korea, Selatan, Maeil, Business, Newspaper, memetik, pegawai, Samsung, melancarkan, satu, tindakan, perundangan, strategik, Apple, memulakan, penjualan, telefon, pintar, bulan, depan

Mr. Bean cedera ringan terlibat dalam kemalangan

Mr. Bean cedera ringan terlibat dalam kemalangan

LONDON 6 Ogos – Aktor komedi Britain, Rowan Akitson yang terkenal dengan watak Mr. Bean, telah keluar daripada hospital hari ini selepas menjalani rawatan ekoran terlibat dalam kemalangan apabila kereta yang dipandunya melanggar sebatang pokok, semalam.

Akitson yang mengalami kecederaan bahu selepas kereta F1 McLaren yang dipandunya tergelincir di sebatang jalan dekat Haddon, timur England, sebelum melanggar sebatang pokok dan terbakar.

Pelakon berusia 56 tahun itu sempat keluar dari kawasan kemalangan sebelum pasukan bomba tiba untuk memadamkan kebakaran tersebut.

berita kini, Bean cedera, Bean cedera asia, Bean cedera baru, Bean cedera berita, Bean cedera bf1, Bean cedera dunia, Bean cedera foto, Bean cedera gambar, Bean cedera indon, Bean cedera indonesia, Bean cedera kini, Bean cedera kl, Bean cedera malaysia, Bean cedera melayu, Bean cedera terkini, Bean cedera web, Aktor, komedi, Britain, Rowan Akitson, terkenal, watak, Mr. Bean, hospital, hari, ini, selepas, menjalani, rawatan, ekoran, terlibat, kemalangan, kereta, sebatang, pokok, kebakaran

Barca mahu cerahkan peluang

Barca mahu cerahkan peluang

PARIS – Juara bertahan, Barcelona mahu peluang mempertahankan trofi Liga Juara-Juara kembali ke landasan hari ini, ketika Arsenal dan AC Milan juga mahu melebarkan kelebihan untuk ke pusingan seterusnya kejohanan bola sepak elit Eropah itu.

Gergasi England, Chelsea yang memulakan kempen dengan kemenangan, boleh menjangkakan tentangan sengit apabila menentang kelab Sepanyol, Valencia di Mestalla.

Barcelona terikat 2-2 dengan juara 2010 AC Milan di Nou Camp dalam perlawanan pembukaan Kumpulan H.

Walaupun menang 5-0 ke atas Atletico Madrid dalam La Liga yang mana Lionel Messi meledak hatrik, jurulatih Pep Guardiola memberi amaran supaya tidak memandang mudah ke atas pasukan lawan apabila kelab Catalan itu berkunjung ke Minsk untuk menentang juara Belarus, FC Bate Borisov.

Kedua-dua pasukan memiliki satu mata dalam Kumpulan H selepas Bate seri dengan juara Republik Czech, FC Viktoria Plzen.

“Kami bukan pasukan yang kebal, mana-mana pasukan boleh mengalahkan kami.

“Begitupun, jika semua perkara berjalan dengan betul, penyokong yang datang menyaksikan perlawanan akan menikmati saat yang menggembirakan, ia amat penting bagi kami.

“Kami beraksi sangat baik ketika menentang Atletico, ia adalah pembelajaran dalam aspek tumpuan. Kami harus melakukan seperti itu sekali lagi. Ayuh kita lihat sama ada kami mampu mengekalkan tahap ini. Tahun ini amat mencabar,” kata Guardiola.

Bos Chelsea, Andre Villas-Boas pula mahu mengorak langkah ke pusingan 16 pasukan terakhir apabila beraksi di Sepanyol bersama Juan Mata, yang hanya baru sebulan meninggalkan Valencia demi menyertai skuad di Stamford Bridge.

Chelsea berada pada kedudukan teratas Kumpulan E selepas menang 2-0 di padang sendiri ke atas Bayer Leverkusen manakala Valencia yang seri dengan kelab Belgium Genk, beraksi di padang lawan mereka di Jerman.

Chelsea, yang mengalahkan Swansea 4-1 hujung minggu lalu, belum kalah dalam enam kunjungan ke Sepanyol sejak 2005 dan kali terakhir menang di Sepanyol 2-1 ke atas Valencia.

Begitupun, Villas-Boas menyedari mereka berdepan tugas sukar di Valencia, walaupun kelab Sepanyol itu seri tanpa jaringan dengan Genk dan kalah dalam aksi La Liga kepada Sevilla hujung minggu lalu.

“Keputusan di Genk memang tidak dijangka. Sukar untuk ke Genk dengan stadium yang sempit. Saya menjangkakan Valencia menang di sana.

“Jika menang di Valencia ia akan meletakkan kami pada kedudukan yang sangat bagus,” kata Villas-Boas.

Barca, mahu, cerahkan, peluang, PARIS, Juara, bertahan, Barcelona, peluang, mempertahankan, trofi, Liga, Juara, kembali, landasan, hari, Arsenal, AC Milan, melebarkan, kelebihan, pusingan, seterus, kejohanan, bola, sepak, elit, Eropah, Berita Asia, berita baru, berita dunia, berita harian, berita hiburan, berita indon, berita indonesia, berita kawan, berita kini, berita majalah, berita malaysia, berita politik, Barca, Barca asia, Barca baru, Barca berita, Barca bf1, Barca dunia, Barca ekonomi, Barca foto, Barca gambar, Barca indon, Barca indonesia, Barca kini, Barca kl, Barca malaysia, Barca melayu, Barca terkini, Barca web, teknologi Barca