Tag Archives: Hamilton awas

Hamilton anggap Button pencabar

Hamilton anggap Button pencabar

LONDON – Pemandu McLaren, Lewis Hamilton berasa gembira dengan cabaran sengit diberikan Jenson Button meskipun dia tewas kepada rakan sepasukannya itu pada perlumbaan Grand Prix (GP) Hungary, Ahad lalu.

Bukan kali pertama untuk musim ini, Hamilton dan Button bersaing hebat sesama sendiri bagi merebut kemenangan tetapi kali ini ia tidak berakhir seperti GP Kanada apabila kedua- dua mereka berjaya menamatkan perlumbaan.

Selepas bertukar posisi tidak kurang daripada empat kali, Hamilton dan But- ton berlumba secara sengit untuk mendahului perlumbaan di Litar Budapest, Hungary sebelum akhirnya Hamilton terpaksa mengalah kerana mengalami masalah pada tayar jenteranya.

Button muncul juara, manakala Hamilton sekadar menamatkan saingan di tempat keempat di belakang pemandu Red Bull, Sebastian Vettel dan Fernando Alonso dari Ferrari.

Namun bagi Hamilton, dia tidak berasa sedih atau terkilan, sebaliknya tetap gembira kerana Button berjaya menjulang nama McLaren dengan muncul juara pada perlumbaan tersebut.

“Dia (Button) merupakan rakan sepasukan yang cukup hebat dan sememangnya seorang pemandu yang bagus.

“Dia memandu dengan baik pada perlumbaan yang cukup hebat (di Litar Budapest) dan memang layak untuk memenanginya.

“Kami menekan satu sama lain sepanjang perlumbaan dan itu sesuatu yang sentiasa kami harap dan mahu lakukan pada setiap perlumbaan.

“F1 sememangnya sukan yang memerlukan kita memaksa diri bagi mencapai had maksimum.

“Mempunyai rakan sepasukan yang mampu memberi saingan hebat adalah sebahagian daripadanya,” kata Hamilton.

Hamilton, biografi Hamilton, dunia, foto, gambar, harian, indon, indonesia, juga, kata, kini, kl, maju, malaysia, mampu, mara, melayu, menang, rasa, Hamilton  berita , Hamilton  gambar Hamilton  antarabangsa,  artis, Hamilton  asia, Hamilton awas, Hamilton baru, Hamilton, Hamilton biodata, Hamilton biografi, Hamilton bulan, Hamilton dunia, Hamilton  foto, Hamilton gambar, Pemandu, McLaren, Lewis, Hamilton, berasa, gembira, Jenson, Button, perlumbaan, Grand, Prix, Hungary, Bukan, kali, pertama, musim, ini, Hamilton, Button, GP, Kanada, Sebastian Vettel, Hamilton sukan